Saturday, August 6, 2011

Akhbar Ramal Telefon Bimbit 111 Tahun Lalu




KERATAN akhbar Daily Mail edisi 31 Disember 1900 yang meramalkan penggunaan telefon bimbit, kapal terbang dan kereta api laju.



Edisi khas akhbar Daily Mail di Britain yang diterbitkan 111 tahun lalu meramalkan dengan tepat teknologi masa kini seperti penggunaan telefon bimbit, penerbangan pelancong dengan pesawat dan kereta api laju.




Wartawan-wartawan akhbar berkenaan turut meramalkan pembinaan Terowong Selat yang menghubungkan Britain dan Perancis seratus tahun sebelum pembinaan itu dijalankan.



Kesemua ramalan itu kembali mendapat liputan selepas edisi khas berkenaan berada dalam keadaan baik ditemui oleh seorang lelaki John Jenkins, 63, dan isterinya Joyce, 69, di dalam timbunan majalah lama di kediaman mereka di sini.



Ramalan itu diterbitkan dalam edisi cenderamata dikenali sebagai Golden Extra dan menggunakan dakwat emas.



Akhbar tersebut dibeli oleh datuk dan nenek Joyce di London sebelum ia diserahkan kepada mendiang ibunya, Amelia Fry.



Akhbar itu kemudian diserahkan kepada generasi ketiga keluarga berkenaan.



Edisi itu diterbitkan pada 31 Disember 1900 bagi meraikan ketibaan abad ke-20. - Agensi








P/S : Macam mana ramalan mereka boleh tepat ye? panggil jin ke ape, HAHA

Related Posts

  • Keindahan Sungai 5 Warna di ColumbiaDinamakan sebagai Cano Crystals, ia diiktiraf sebagai sungai tercantik di dunia...Fakta ringkas: -Cano Crystals ter…
  • Peminat Setia F1 Dapat Tangan BionikMatthew James, 14, yang dilahirkan tanpa tangan kirinya, secara suka-suki menghantar surat kepada Ross Brawn, bos pasuka…
  • Teksi Amsterdam Anti IsraelSebuah teksi di Amterdam, Belanda , ditulis dengan ayat anti israel . Bila Malaysia nak buat macam ni juga ekk ?Apa kata…
  • Lelaki Buat Seks Dengan Ekzos Kereta Seorang lelaki berbangsa british mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan keretanya sendiri di halaman garaj…
  • 10 Penipuan YahudiMichel Collon, seorang wartawan dan pengarang berketurunan Belgium dalam bukunya "Israel, let's talk about it," telah me…

0 komentar:

Post a Comment