Tuesday, July 6, 2010

Coretan Kisah Percutian Aku Ke Port Dickson....

Akhirnya, dapat juga aku update entri Trip Ke Port Dickson... minta maaflah sebab urutan gambarnya berterabur sikit...nak kejar lunch time...

Untuk pengetahuan anda semua, aku pergi trip ke PD ni atas tiket company trip wife aku, Rimbun Corporate Advisory....Gambar ni dah di pertengahan cerita...

Kucing bunting ni tiba2 jer keluar dari kereta menuju ke arah aku...sian aku tengok kat dia...dah sarat dah.....mesti dia nak mintak dukung...mana boleh makcik, awak tu tu kan mengandung...kang tak pasal2 terberanak plak...

Lepas tu, keluar plak lagi seekor..kali ni kucing jantan..aku rasa laki dia laa...muka brutal giler...tapi, bila aku amati secara dekat.....

kucing ni menghidap sakit mata yang agak kronik...sian dia..kurap pun ada skit...adess,,minyak gamat tak bawak plak..kalau tak boleh gak aku tuang sebotol kat kepala mamat ni...

Tak padan dengan brutal, manja plak tu...siap tadah muka dia soh aku snap gambar dia banyak2....wahh, sporting betul kucing2 kat PD ni....dia biar je aku snap gambar dia banyak2...agaknya, dia tahu aku ni blogger kottt...tengokla lubang idung dia tu....

Siap guling2 kat lantai lagi....gumuks...

Si celoreng ni mengiau tak sudah...last-last.....

Wife aku belikan makanan untuk meow ni....biar dia boleh keluarkan susu yang banyak untuk babynya...laki dia pun muka tak malu join sama...alulululu, makanla.... memang untuk hang pun....kucing jantan ni mengiau takde bunyi pun...badan dia kurang air la tu...dehidration...

Gambar ni pun pertengahan cerita gak...swiming pool penuh bangat..aku tak selesa kalau mandi ramai2 ni....

Ha ha...waktu yang ditunggu telah tiba...Along & Angah berendam kat Bath Tub...boya tu sebenarnya nak pakai kat swimming pool...last2, pakai kat bath tub jer...

Gambar ni pada waktu malam...wife aku sedang mengikuti program dan agenda yang disediakan oleh companynya...so, aku dengan budak2 ni free & easy....pakai gaun beb...jangan marrraaa...

Ni gambar pada keesokkan paginya...waktu nak gi sarapan, ada jer kucing datang kat aku...macam tau2 jer yang aku ni cat lover...bunting lagi tu....

Manja sangat minah ni...tapi, inilah masalahnya...kucing2 terbiar ni semakin hari semakin bertambah...tiada orang atau badan2 yang berkaitan nak ambil insiatif...kalau tak dikasikan, bilangannya yang semakin banyak boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat setempat dan kucing2 itu sendiri..

Dari tadi dia duduk kat sebelah aku...bagi makan dia tak nak...dia lebih suka bodek aku supaya bawak dia balik rumah....tak bole la nak, papa takut tak mampu menjaga awak dengan baik....

Balik jer dari sarapan, wife aku pergi ke agenda dan program companynya, sementara aku dengan si kembar ni lepak dalam water chalet...inilah aktiviti Along & Angah kat dalam chalet...pertandingan memakaikan kasut teddy bear...( Teringat plak kat blogger Si Tedi...)..Gambar bawah ni Angah....

Yang ni Along....tengokla muncung dia tu...aku tengok Along ni bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu kerja....

Ni lah hasil Along...Angah dari tadi tak dapat nak pakaikan kasut teddy ni...

Lepas tu, aku bawak budak2 ni pergi ke pantai....tak mandi pun..jalan jer...tak best la mandi kalau ibunya takde...budak2 ni siap bawak teddy lagi pergi laut...ha ha

Posing menarik dari Si Kembar Cute...

Along ( kanan ) pandai buat tanda peace, Angah macam kompius jer nak buat peace tu...
Angah peace 4 jari...

Gambar yang ni adalah ni hari terakhir aku di PD...wife aku dah selesai dengan program companynya....so, kitorang satu family jenjalan kat tepi pantai....aku tak faham nape Angah buat muncung macam tu...

Kalau ada budget & collection yang OK, aku bercadang nak bawak korang sumer gi trip ke sini...apartment kat sini pun ok gak..tp, kalau ada cadangan lain, mungkin boleh dipertimbangkan...mungkin boleh pergi PD area Teluk Kemang....

Si Kembar ni memang pantang nampak ikan..semuanya sebab pengaruh Finding Nemo tu..kalau yang biasa ikut blog ni, diorang tau la apa cerita kenapa budak2 ni suka kat ikan...

Along kalah lumba lari dengan Angah...masa ni tengah menuju ke bilik aku...

Langkah pertama si kembar di atas pasir laut...dua2 takut nak jalan sebab pasir tak rata...
Kan aku dah cakap, Angah peace 4 jari...tapi kali ni dua tangan...maknanya Argentina kalah 4-0...

Sama tak muka diorang..??

Air laut tengah pasang...takde orang mandi pun...

Amacam?? Romantik tak?? ha ha ha

Pada malam sebelumnya, aku bawak bebudak ni main Daytona....pastu tak nak balik plak tu...puas aku pujuk diorang....orang yang lalu lalang senyum jer kat aku...malu sioott...

Sampul access room kad....

Ni gambar masa baru sampai chalet...wife aku dengan program companynya...aku dengan budak2 ni layan FINDING NEMO....

Ni gambar masa nak bertolak dari rumah...HERO macam tak bagi jer aku pergi PD...tengoklah macamana HERO merajuk....siap berdiri kat depan pintu bilik tak bagi aku keluar...

Siap mengeliat kat lantai lagi....

Si Kembar ni dah bersiap sedia, tapi nak layan Tom & Jerry dulu..colourful betul life budak2 ni....
Posing sebelum bertolak dari rumah...

Aku paksa dia pusing belakang semata nakkan gambar nama2 player German...
Angah : GOMEZ ( kena plak dengan muka dia sebab chubby )
Along : KLOSE ( cantik macam Along )

HERO ni memang tak bagi aku pergi laaa....Pak Tam dengan Baby aku kurung kat rumah sebab kat luar tu banyak anjing liar..Baby boleh susukan anak2 dia...

Mak Tam memang aku tinggalkan kat luar...sian kat dia...dia selalu tumpang tido kat rumah aku....oleh sebab dia suka tidur kat sudut tu, aku letak jer baju2 lama supaya dia selesa...

Ni gambar ketika baru sampai ke LEGEND WATER CHALET, LUKUT...yang ni tempat makan...

Gambar yang ni, aku baru masuk ke dalam bilik....tengoklah budak2 ni, ada ke patut dia suruh aku bukak cermin tu....nak mandi kata dia...

Air tengah surut ketika ni..memang jelas boleh nampak air laut kat bawah tu...

Santai...rilek arr bro....

Yang ni Pn Azlinda dengan suaminya, En Harman...Pn Azlinda ni colleague wife aku...masa ni tengah dinner....

kat lobby hotel tu, aku terjumpa plak dengan sepasang kembar lelaki ni...namanya aku dah lupa plak....sumer orang berkerumun kat lobby ni semata2 nak tengok diorang...nama bapanya ialah saudara Daim..

Aku sempat meninjau sedikit aktiviti2 company wife aku ni..diorang sewa Functioning Hall...

Keadaan chalet ketika air sudah mula pasang...


Minta maaflah sebab turutan gambar2 ni bercampur aduk sebab diambil dari pendrive yang berlainan...pening aku nak menyusunnya...

Hari ni ( 6.07.10 ) adalah hari terakhir pengesahan kedatangan ke majlis bbq tu...sebenarnya, majlis tu hanya permulaan sahaja...nak test power kata orang...lepas majlis tu berjaya, saya bercadang nak buat trip dengan anda semua...tempat dan tarikh masih belum dipastikan lagi...mungkin anda semua ada cadangan yang lebih baik...kuota mungkin aku hadkan kepada 15-20 orang sahaja dan keutamaan akan diberi kepada mereka yang selalu mengikuti perkembangan blog saya...

Ok, jumpa lagi di entri yang lain...
Ujian Kelancaran Lidah Anda...Jangan Terbelit Suda...

Ujian Kelancaran Lidah Anda...Jangan Terbelit Suda...

Cerita yg bermula dengan huruf K

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?"
Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!"
Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!Kodok..Kodok..kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"
Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok.
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena
keperok Kodok. Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan
kesakitan."Kesian Ketam, kepala kena keperok.

Cerita yg bermula dengan huruf C:

Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput.
Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot
cilau.cahaye cerah cube culik copot.
Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot
cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput
came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput
cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab
cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum cambil chow
came copot... Caja cuka cuka.
mafacafam mafanafa??...ofokefe tafak??.....muakakakakaka

Monday, July 5, 2010

Bestnya Dapat Membahagiakan Kucing Jalanan....


Aku belum update lagi foto2 trip PD ari tu..sementara nak update, aku post dulu entri ni untuk tatapan korang semua. Pagi sebelum aku bertolak ke PD, aku sarapan dulu kat sebuah restoran mamak...aku suka melihat telatah budak india perempuan ni sedang asyik bermain2 dgn anak kucing..dia tak kisah kucing tu kotor asalkan dia dapat membahagiakan anak kucing tersebut....orang bukan islam pun ramai yang sayangkan haiwan...


Di sinilah pentingnya kesedaran memupuk semangat cintakan haiwan lebih-lebih lagi dengan kanak-kanak. 2 thumbs up untuk ibubapa budak perempuan ni...aku tengok, mak dia pun sukakan kucing...aku ada tanya dia apa haiwan yang dia bela, dia kata dia tak bela kucing tapi bela anjing...dia tak boleh bela sebab takut mereka bergaduh...lihatlah mata budak ni, aku rasa jauh dilubuk hati mesti dia nak bawa kucing ni pulang ke rumah...

Lepas aku panggil jer, kucing ni terus datang kat aku...korang tengok la muka dia...comel tak??
Lepas tu datang plak si oren ni....sebijik macam model piskis...

Apa kelainan yang ada dalam gambar ni?? ha ha ha....

Kesian aku tengok kucing ni...dia seolah2 mengharapkan ada manusia yang akan membawanya pulang...tapi, aku tak mampu membawanya balik, sebab dah serik banyak anak kucing yang aku bawa balik banyak yang mati akibat terkena virus....

Bagi aku, kepuasan dapat membahagiakan kucing2 jalanan ni tak dapat digambarkan dengan kata-kata...pahala tu belakang kira, yang penting keikhlasan kita diuji ketika ada kucing2 jalanan yang 'menegur' kita...kita tak faham apa yang mereka ingin katakan, tetapi cukuplah kita lihat ke arah matanya...betapa mereka kasihkan kita sebenarnya...kita jer yang perasan....

Siapakah Pereka Millatfacebook?











Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.





Sekarang rata-rata penduduk dunia tidak kira kafir atau ummat Islam kebanyakannya sedang dibuai dengan mimpi-mimpi bola, termasuk saya dan mungkin anda para pembaca. Demam bola, makan bola, minum bola, tidur bola, segalanya bola. Walhal, baru beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan tragedi Freedon Flotilla dan serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza iaitu Mavi Marmara yang mana ia juga melibatkan rakyat warganegara Malaysia. Tidak dapat dinafikan, pengaruhnya begitu kuat dalam kehidupan seharian kita sepanjang bulan Jun dan Julai ini.






Bercakap mengenai millatfacebook (mfb) pula, tahukah anda apa itu millatfacebook? Pernahkah anda dapat mesej seperti ini?




“Jom sokong millatfacebook, mfb ni buatan orang Islam Pakistan, jom ramai-ramai kita pakat buat akaun di mfb, boikot fb buatan yahudi ni”




Sudah pasti anda yang mempunyai akaun di facebook (fb) pernah mendapat mesej seperti itu bukan? Ataupun mesej yang seumpamanya. Tetapi, pernahkah anda tertarik untuk mengkaji siapakah disebalik dalang mfb tersebut? Tahukah apa isu disebaliknya yang menyebabkan munculnya mfb ini?






Mfb mendakwa, mereka mencipta mfb tersebut atas usaha untuk memboikot barangan yahudi (fb) yang mana fb telah melakukan satu penghinaan kepada Junjungan Besar Baginda Rasulullah saw dengan melakukan satu aktiviti melukis wajah Muhammad dalam ruangan mereka. Jadi disini memang ada niat baik bagi pencipta mfb tersebut.




Tapi persoalannya, mengapakah terlalu pantas mfb tersebut wujud? Baru satu hari fb lakukan ‘Hari melukis Muhammad’ tapi mfb sudah siap dicipta??? Hebat betul pereka mfb ini? Atau dia sudah menjangkakannya dari awal lagi? Kalau sudah menjangkakannya dari awal, mengapa server mfb tersebut terlalu lambat? Setiap kali saya menjejakkan kaki ke mfb, pasti akan ‘page loading’ berjam-jam. Dan mengapa Facebook.com tidak mengambil tindakan terhadap pereka mfb ini? Kerana pereka mfb ini telah mencuri hak cipta fb dengan meletakkan facebook pada jenama mereka.






Dan tidak dinafikan didalam mfb tersebut, sudah banyak mereka-mereka yang mencipta grup-grup mengenai Islam. Dan ia mfb sungguh kelihatan seperti milik orang Islam. Satu persoalan lagi, pada sekitar 3 hari mfb diwujudkan, satu ‘quote’ telah muncul di muka hadapan mfb yang berbunyi “If Facebook can reach 1Thousand Million followers, We at Millatfacebook also can! Yes, We Can!”






Oh! Apakah ini tanda paling ketara yang sudah cukup membuatkan saya syak wasangka dengan mfb ini??? Apakah itu “Yes, We Can!”??? Saya rasa anda sudah tahu apa jawapannya.






Sekarang mari kita huraikan pula apa itu ‘millatfacebook’ yang didakwa oleh sesetengah pihak yang ianya bagus lah apa lah…




1, Millat = Kata asalnya adalah dalam Bahasa Arab yang mana berbunyi Millatun yang membawa maksud Agama atau pegangan kepercayaan.




2, Face = Muka, wajah




3, Book = Buku, kitab, catatan




4, Jika digabungkan ketiga-tiganya, maka ia akan menjadi ‘millatfacebook’ yang mana ia akan membawa maksud ‘Agama Muka Buku’ atau dalam erti kata lain boleh juga anda menjadikan ‘facebook’ itu sebagai agama atau pegangan. Atau juga boleh dirungkaikan sebagai ‘Agama yang menjadikan sesuatu platform sebagai catatan’. Mungkin maksudnya kurang jelas, tapi tidak mengapa. Ia tidaklah terlalu membebankan. Terserah kepada anda, jika ada yang lebih mahir, dipersilakan tampil untuk menghuraikannya.










Seterusnya, kita tinggalkan huraian nama mfb ini, sekarang mari kita trace IP Adress mereka. Kita jejaki dari mana ia berasal? Adakah ia sama seperti facebook? Adakah ia juga milik Amerika/CIA? Mari kita lakukannya. Anda juga boleh melakukannya bersama-sama saya.




Cara-caranya:




1) Pergi ke Start Menu, kemudian klik pada Run…




2) Taip ‘cmd’ pada ruangan komen untuk Run …




3) Kemudian akan muncul satu kotak berwarna hitam




4) Taipkan ‘ping millatfacebook.com’ pada ruangan yang terdapat dalam kotak hitam tersebut. Dan tunggu beberapa saat. Anda akan dapat hasilnya.




5) Hasilnya akan kelihatan seperti ini atau mungkin lain sedikit:




Microsoft Windows [Version 5.1.2600]


Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation. All rights reserved.





C:\Document and Setting\kapak>ping millatfacebook.com


Pinging millatfacebook.com [204.61.223.84] with 32 bytes of data:





Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=383ms TTL=51


Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51

Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51



Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51




Ping statistics for 204.61.223.84:


Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),

Approximate round trip times in milli-seconds:

Minimum = 329ms, Maximum = 352ms, Average = 381ms

C:\Document and Setting\kapak>





6) Seterusnya 'copy' Ping Statistics (IP Adress) tersebut dan 'paste'kan di http://www.ipaddresslocation.org/ip-address-tracker.php




7) Anda akan dapat hasilnya! Dan hasilnya akan kelihatan seperti ini:




IP Address Finder


IP Address: 204.61.223.84

Hostname: node-lb0.millatbook.com

IP Country: United States

IP Country Code: USA

IP Continent: North America

IP Region: Texas

Guessed City: Friendswood

IP Latitude: 29.5141

IP Longitude: -95.1903

Organization: Lakota Data Center LLC

ISP Provider: Lakota Data Center LLC



8) Sekarang lihat hasilnya. Sudah dapat apa yang saya cuba sampaikan?




9) Ok, sekarang kita trace Ip address bagi facebook.com pula. Lakukan cara no1 – 7 semula. Dan anda akan dapat hasilnya seperti berikut:






IP Address Finder




IP Address: 69.63.189.11


Hostname: www-10-01-ash2.facebook.com

IP Country: United States

IP Country Code: USA

IP Continent: North America

IP Region: California

Guessed City: Palo Alto

IP Latitude: 37.4429

IP Longitude: -122.1514

Organization: Facebook

ISP Provider: Facebook





http://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.png




Quote dari Indonesia:


NB: Untuk millatfacebook.com ternyata nggak punya hosting sendiri, tapi beli di Lakota Data Center, LLC, Perusahaan web hosting punya Amerika, tepatnya di Texas.. (sama aja bohong, kalaupun buatan orang Pakistan, databasenya juga masuk ke Amerika/CIA) Kalau anda udah membikin grup atau situs kecil didalam millatfacebook, lalu anda dedahkan gerakan anda atau apa-apa tentang Islam, ternyata anda sudah ditipu, dan orang yahudi dan amerika ini sudah mendapat untung darinya dengan menipu anda…



-Ini hanya trik sederhana untuk mengetahui Negara asal penyedia situs tersebut. Percaya atau tidak, itu tergantung teman- teman. Mungkin ada tambahan?






Bagaimana? Masih percaya millatfacebook berasal dari Pakistan? Sampai sekarang pun saya tidak tahu siapa yang mendirikannnya, saya hanya tahu bahawa ia berasal dari US, hanya berbeza Negara dan bahagian. Dan boleh jadi ia juga milik satu perusahaan yang sama dengan facebook.






Jadi sekarang apa solusinya?




Mungkin sebaiknya kosongkan info profil fb dan mfb anda, apapun situasinya terutama aktiviti dan organisasi kita. CIA dan Mossad sedang aktif mengumpulkan data-data peribadi untuk pencantuman data. Kita tidak tahu apa yang akan mereka lakukan selanjutnya."






"Ketahuilah yahudi zionis ini sangat cekap dalam penipuan khususnya dalam menipu umat islam..”


Thursday, July 1, 2010

Aku Nak Pi Holiday...Yeaaa....!!!!

Assalamualaikum kawan-kawan semua.....maaflah hari ni kesibukkan melanda...aku nak bagi tahu yang esok aku akan bercuti ke Port Dickson selama 3 hari 2 malam...tempat bermalam aku ialah di Legend Deluxe Hotel...wahhh bestnya...dah lama tak pergi makan angin ni...last aku pegi makan angin pun kat Melaka bersama2 mak mertua dan kakak ipar aku....

Ni peta nak pergi sana...

Adess...bilik ni besar bangat...Along & Angah mesti suka bilik ni...boleh lompat2 kat katil King Size nil..

Ha ha ha ...tempat berendam aku nanti....ngeeee

Kalau bawak joran pun ok gak ni....

Aku akan pastikan swimming pool ni milik aku sorang....

So, aku tak pasti lagi dapat update blog 2-3 hari ni...bergantung pada performance berokband aku kat PD ni...

Lagi satu, kalau majlis barbecue tu berjaya Julai nanti, aku nak bawak korang sumer pergi trip plak pada hujung tahun ni...amacam??? Setuju??? Kalau tempat ni ok, insyaallah aku akan arrange...tapi, collection wajib tau...ha ha ha ...kalau aku kaya, dah lama aku support korang sumee...tapi, aku support khas untuk orang yang selalu mengikuti belog KAKIMOTONG ni....betul tak Maksu hakim??

Hero?? Aku tinggalkan jer kat umah...tutup sumer pintu dan tingkap....lagipun, Hero memang pernah aku tinggalkan kat rumah dalam 3 hari...dia OK sebab dia kuat...akan aku belikan Whiskas banyak2 tinggalkan kat umah tu bersama2 Pak Tam & Baby...Mak Tam aku tinggalkan kat luar jer....

Wife aku pun dah belikan videocam untuk aku...ha ha ha ....TQ Maria.....I love you very much...hadiah harijadi katanya....

Tentang Majlis Barbecue tu, confirm cepat sikit tau...Papa Meow dah tanya aku dah berapa orang yang datang...aku pun tak tau nak jawab apa dah...confirm cepat tau...


BTW, semalam Pak Tam dah balik...lega aku...pastu macam biasa, dia main gaduh2 lagi dengan HERO....
See you....
Sementara nak tunggu entri baru keluar, layanla klip ni dulu yer...ha ha ha

Sementara nak tunggu entri baru keluar, layanla klip ni dulu yer...ha ha ha

Sementara nak tunggu entri baru keluar, layanla klip ni dulu yer...ha ha ha






▲
Top