Sunday, January 23, 2011

Nostalgia : Ustaz Arief Cakra Alam Menipu ?





Sebelum itu, saya nak mengajak korang semua flashback balik di zaman Ustaz Arief ini menunjukkan kehebatannya merawat pesakit dengan kaedah yang boleh dikatakan luar biasa .



"Masih anda ingat suatu ketika dahulu, gempar di kaca TV, seseorang yang mengaku "Ustaz" dari Pusat Rawatan Cakra Alam (terletak di Taman Maluri) menjalankan satu rawatan alternatif secara pelik dan meragukan? Mengikut kata-kata Ustaz tersebut beliau mengamalkan rawatan tradisional menggunakan tenaga dalaman.



Pelbagai teknik-teknik aneh dipaparkan kepada penonton yang tentunya begitu teruja & kagum dengan kepakaran Ustaz tersebut, tahukah anda bahawa semua aksi aksi ini adalah tipu semata-mata? Siap keluar TV lagi .



Kalau nak diikutkan memang ramai pengunjung yang datang untuk mendapatkan rawatan Pusat Cakra Alam yang dimiliki oleh Ustaz Arief yang licik ini. Pelbagai teknik-teknik aneh dipaparkan kepada penonton yang tentunya bergitu teruja & kagum dengan kepakaran Ustaz tersebut. Tahukah anda bahawa semua aksi aksi ini adalah tipu semata-mata?



Baru-baru ini Sekumpulan Penyelidik dari Korea & Pakar Psikik terkenal daripada Jerman, James Randi mendedahkan tentang penipuan Pusat Rawatan Cakera Alam. Antara penipuan yang didedahkan adalah:




1) Rawatan menggunakan telur



Meletakan telur di atas badan pesakit, apabila dipecahkan telur, kononnya terdapat darah kotor. Apabila Pengkaji Korea memberi telur yang dibawa dari kedai untuk digunakan dalam rawatan, Ustaz Arif kata "kena guna telur ayam kampung". Apabila digunakan telur tersebut tidak terdapat pula darah atau apa-apa yang pelik.

MODUS OPERANDI : - Suntik darah/pewarna kedalam telur menggunakan jarum halus, kemudian letak plaster kecik untuk menutup lubang kecil itu.




2) Rawatan cas elektrik



Meletakkan lampu kalimantang di sekitar anggota badan pesakit dan lampu akan menyala sekiranya terdapat cas yang tidak elok. Penggunaan testpen boleh menyala lampu, menandakan ada pengaliran cas elektrik yang tidak stabil

Pengkaji Korea meminta Ustaz guna mentol bervoltan tinggi, tetapi tidak menyala.



Yang menimbulkan keraguan lagi kepada Kumpulan Pengkaji daripada Korea ini, semasa rawatan menggunakan telur beliau tidak memakai selipar ,tetapi semasa rawatan elektrik, beliau memakai selipar (Pelik bukan?) Penyelidik Korea meminta untuk scan selipar Ustaz Arief dengan alat pengesan logam, tapi ustaz Arief tidak benarkan.

Cameraman pula merakam gambar kaki ustaz semasa tengah on off kan lampu, Cukup Jelas semasa On= 'kaki letak' dan Off = 'Kaki angkat'.



Apabila Ustaz Arif tiada, Penyelidik Korea tersebut secara sembunyi-sembunyi menggunakan alat scanner, untuk scan selipar dan keputusannya scanner berbunyi menandakan terdapat alat yang tersembunyi disebalik di dalam selipar tersebut.

MODUS OPERANDI : Dalam selipar tu mengandungi barang electronik yang mampu membekalkan arus elektrik kecil dan tak memberi kesan renjatan pada badan manusia



Persoalannya disini mengapa Pihak-pihak yang berkenaan di Malaysia tidak membuat penyiasatan dan pemantauan sehingga ramai rakyat Malaysia yang telah jelas tertipu dengan Pusat Rawatan Putar Alam ini???



Korang nak tengok videonya boleh KLIK pada video di bawah ini dan nilaikannya sendiri ..









  









Dan ini adalah rumusan yang dijumpai dalam blog brader ni : video dibawah adalah sedutan dari rancangan 360 di TV3 ..










video 360 TV3

Fakta 1:

- Syabas kepada pihak 360 kerana telah membuka mata ramai pihak tentang kelentong, penipuan dan “kepandaian” Ustaz Arif ini.

Fakta 2:

- Sekali lagi, aku keliru dengan apa yang dicakapkan oleh Ustaz Arif ini. Dia mengatakan bahawa video itu dikirim oleh “seseorang”. Buat pengetahuan Ustaz Arif, aku pedulik haper dengan siapa yang mengirimnya. Yang aku ingin tahu, kebenaran video tersebut. * Lain yang ditanya, lain yang dijawab.

Fakta 3:

- Kalau sebelum ini, kita belum pasti dengan cerita sebenar… kali ini aku dah pasti Ustaz Arif ini berbohong sebab ada satu petanda yang aku nampak. Secara psikologi, apabila seseorang itu menjawab sambil pegang hidungnya, maknanya dia tak sure dengan apa yang dikatakannya.

Fakta 4:

- Tapi itu secara teori. Praktikalnya, mengapa tidak diajak Ustaz Arif itu membuat demo seperti apa yang disiarkan di Youtube secara langsung sewaktu temubual dijalankan?

Fakta 5:

- Kalau perlu untuk buat appointment, aku sarankan biarlah pihak 360 membuatnya tapi ditempat awam. Di tengah padang rumput sekolah dan sebagainya dan diwajibkan Ustaz Arif supaya “berkaki ayam”.

Fakta 6:

- Janganlah ditunjukkan adegan mengepit kulit dengan playa itu. Aku, engkau dan ramai lagi sememangnya tidak heran dengan aktiviti tersebut. Itu bukannya topik yang ingin diperkatakan.

Fakta 7:

- Jika dahulu kita pernah melihat debat antara Anwar Ibrahim dengan Sabery Chik, kali ini aku berkenan sangat untuk melihat berdebat Ustaz Arif dengan Ustaz Harun Din. Jika benar, maka Ustaz Arif akan berada di pihak yang benar. Jika tidak, maka inilah masanya penipuan dan dakyah omong kosong ini ditutup buat selama-lamanya. Kalau dahulu Anwar Ibrahim tidak berani bersumpah akan kebenaran kes liwatnya dengan nama Allah, sekali lagi aku cabar Ustaz Arif supaya bersumpah dengan nama Allah bahawa segala penipuan yang ditunjukkan dalam video Youtube itu adalah tidak benar.

Fakta 8:

- Pihak polis diminta membuat siasatan lanjut akan perkara ini. Siap yang benar, benarlah. Biar kebenaran itu tuntas dengan cara yang paling baik. Ada sesiapa yang merekod alasan yang diberi oleh Ustaz Arif bila diminta melakukan demo itu tadi?

Fakta 9:

- Jika benar Ustaz Arif itu pengamal yang boleh mengubat orang dengan cara yang ditontonkan memalui video itu, maka buktikanlah segala testimonial dan report pesakit. Takkanlah kliniknya tidak menyimpan rekod perubatan pesakitnya? Jika semua rekod perubatan pesakit tidak disimpan, adakah engkau rasa betul perjalanan klinik ini?

Fakta 10:

- Ustaz Arif, keluarlah dan buatlah demo di televisyen sepertimana yang direkodkan dalam video itu dengan syarat seperti di no 5. Kalau dahulu bukan main dahsyat lagi demo yang dipertontonkan di dalam televisyen, maka tidak ada alasan bagi Ustaz untuk mengatakan TIDAK.



P/s : kualiti video tak berapa lawa , dah buat yang termampu . :) Sumber : Internet 

0 komentar:

Post a Comment


Top