Sunday, July 29, 2007

Pelangi Petang





Kumeniti awan yang kelabu

Kutempuhi lorong yang berliku 

Mencari sinar yang menerangi

Kegelapanku


Kupercaya pasti suatu masa

Sang suria kan menyinar jua

Membawa harapan yang menggunung

Bersamanya.. .






Bait-bait senikata lagu itu menusuk ke kalbu. Hujan yang teduh sebentar tadi dan pelangi yang terbit di luar jendela itu bagai membuka kembali kenangan yang telah lama berlalu.Betapa sukarnya untuk aku menyingkirkan setiap kenangan bersamanya.. .






"Engkau tiba bagaikan pelangi..."






"Babah balik, yeh yeh.. babah!" Adik menjerit sambil berlari mendapatkan babahnya yang baru sahaja tiba di perkarangan rumah.




"Adik, bagilah babah masuk dulu." Aku turut sama menyambut Johan. Adik sudah berada dalam dukungan babahnya. "Begnya, bah." Johan memberikan begnya kepadaku. Tangan kanannya kusambut dan kukucup. Serentak itu, dahiku juga mendapat kucupannya.




" Ala , beratnya anak babah sekarang ni! Mama bagi makan apa hari ni?"


"Adik, adik tak sempat-sempat. "




"Takleh makan. Adik poce." Kata-katanya mengundang ketawa kami.


Mana tidaknya, sewaktu kami bersahur, dia turut serta bersahur. Tapi jam sepuluh pagi sebaik mencelikkan matanya, dia merengek-rengek meminta susu. Usia dah menginjak 4 tahun, tapi susu botolnya masih tidak boleh di tinggalkan.




Adik membisikkan sesuatu pada babahnya, kemudian kedua-duanya tersenyum-senyum memandangku. Aku memandang mereka berdua dengan penuh kehairanan dan mencari jawapan di sebalik senyuman mereka berdua itu.




"Wah, mentang-mentanglah babah dah balik. Pinggirkan mama pula ye?" Aku membuat suara seakan merajuk.




"Babah beritahu mama ye?" Johan bertanyakan kebenaran pada adik.


Adik menggelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju dengan pendapat babahnya. "Babah... no..."


"Ok, ok... babah tak cakap."




"Kalau macam ni, mama merajuklah dengan adik..." Aku menarik muka, lantas berlalu ke dapur.


"Mama... mama... adik cakap..." Adik menjerit dari dakapan babahnya apabila melihatkan aku serius merajuk dengannya. Sedangkan sebenarnya, aku berpura-pura sahaja.


"Ok, I'm listening... "




"Adik cakap, dalam perut mama ada baby girl..." Dengan pantas di menutup mukanya dengan kedua belah tangannya tidak mahu menatap wajah dan mataku. Bimbang barangkali aku akan memarahinya.


Aku tergamam. Tidak mampu berkata apa. Sedang Johan kelihatan tersenyum simpul melihatkan reaksi kami berdua.










"Tak bercahya namun kau berseri..."






"Honey, kita pindah ye lepas raya nanti?" Suara Johan kedengaran perlahan di cuping telingaku. "Babah tak tahanlah tengok mama macam ni... Please, honey..." Johan masih memujuk, mendekatiku dan menghadiahkan kucupan sayangnya pada dahiku sambil mengelus-elus rambutku.




"Tapi bah... mama tak sanggup. Mama sayangkan rumah ni. Banyak kenangan dengan adik tercipta di sini."


"That's why babah ajak mama pindah. Sampai bila mama nak hidup dalam kenangan? Life must goes on, honey..." Johan melepaskan keluhan. "Ok, lets make a deal."


"Shoot."


"Kita pindah balik rumah ni when you are ready mentally, physically. In the mean time, kita duduk kat apartment lama you tu. Lagipun dah 3 bulan rumah tu kosong tak berpenghuni. "


"Entahlah babah. Bagi mama masa untuk berfikir ye, please..." Aku mengambil tangannya dan mengucup, seakan meminta agar dia memahamiku ketika ini.




Aku masih tidak bersedia. Meninggalkan rumah ini bermakna aku meninggalkan kenangan bersama adik di sini. Meninggalkan adik di sini, bermakna sebahagian dari hidupku juga ada di sini.


"Come, lets go to sleep." Johan menarik selimut dan memadamkan lampu sisi yang masih menyala. Tangannya melingkar di pinggangku. "I love you, honey..."


"Babah..."


"Hmm..."


"Babah ingat tak, the day yang adik bagitau you and everyone else that I got baby girl inside my stomach..."


"Hmm... yang buat muka you jadi merah tu kan , you look cute. And that night kita tak boleh tidur memikirkan dari mana dia dapat idea tu kan ?"


Aku ketawa dalam tangisan. "How I wish it was true..."


"Shh... Insya-Allah, honey. For sure adik doakan yang baik-baik untuk mama dan babahnya, kan ..."






"Tapi cukup menghiburkan. .. hati ini..."






"Mama... mama buat apa kat bilik adik ni?" Serentak itu terasa pinggangku di peluk erat. Babah meletakkan dagunya di atas bahuku. Mesra.


"Mama rindu adik, bah. Rindu pada keletahnya. Pada riuh suaranya..." Serentak itu air mataku tumpah tanpa dapat di tahan lagi.


"Ma... janganlah macam ni... Babah risau tengok mama macam ni." Kepalaku di elus lembut dengan sentuhan kasih seorang suami. "Jom kita masuk tidur ye Ma? Dah lewat ni. Esok kita kena bangun awal, bersahur."


Tanganku di tarik lembut keluar dari bilik yang penuh kenangan itu. Serentak itu pintu bilik itu di tutup rapat oleh suamiku. Aku mengekori langkah suamiku. Tidak membantah walau sedikit pun.


"Adik... adik... adik nak pergi mana tu? Adik jangan tinggalkan mama ye?"


"Ma, bangun ma. Ya, Allah. Mengucap ma."


Mataku terbuka. Suamiku kelihatan cemas. "Babah, adik mana bah?"


"Mama... bangun Ma. Mengucap ye ma... Mama mengigau ni. Asyhadu-Allah- Ilaaha'Illallah, Wa-Asyhadu-Anna- Muhammadarrasuul ullah..."


Aku mengikut kalimah syahadah yang dilafazkan. Air mataku tumpah lagi untuk kesekian kalinya.


"Kita sahur ye ma?" Aku mengangguk menurut permintaannya.










"Seharian waktu bersamamu, tak terasa saat yang berlalu..."






"Adik, buat apa tu?" Soalku mendekati anak kecil yang sedang asyik mengadap kertas lukisannya.


"Lukis." Ringkas jawapannya tanpa menoleh ke arahku.


"Lukis gambar apa?" Aku mengambil tempat di sebelahnya.


"Lukis mama, babah dan..." Dia terdiam seketika.


"Dan, siapa sayang?"


"Ma, takleh tengok. Belum siap." Tangannya pantas membalikkan kertas putih yang bersaiz A4 itu.


" Ala , tak kan tak boleh? Sikit je... please..." Aku membuat wajah sedih agar dia mengasihani. Namun tidak berjaya. Dia tetap dengan pendiriannya tidak membenarkan aku melihat lukisannya itu.


"Ok. Ok. Mama tak kacau. Adik nak susu tak?"


Setelah aku menjauh barulah dia membalikkan semula lukisannya. Dia menggeleng-gelengka n kepalanya tanda tidak mahu.


"Adik poce. Takleh minum." Jawabnya ringkas.


Padahal baru sebentar tadi adik merengek minta disuapkan sup ayam kegemarannya bersama nasi. Berselera sungguh dia makan. Sejak akhir-akhir ini selera makannya bertambah.


Mulanya aku sedikit risau melihatkan selera makannya yang bertambah-tambah dan pipinya bertambah gebu sejak kebelakangan ini. Namun Johan meyakinkanku itu cuma salah satu daripada proses pembesaran anak kami.


"Pu-a-sa, sayang..."


"Pu.. poce lah mama!" Aku tersenyum. Keletahnya menghiburkan hati. Pelatnya itu adakalanya menjadi topik perbualan antara aku dan babahnya.


Adik satu-satu cahayamata kami setelah 5 tahun berumahtangga, dialah madu, dialah racun, dialah segala-galanya untuk kami. Bukan merancang, bukan tidak mahu menambah anak. Mungkin belum tiba masanya Allah menganugerahkan rezeki lebih buat kami.










"Bagai pelangi petang kau kan pasti, pergi jua..."






~Babah, call me. Urgent.~






SMS pertama kuhantar pada jam 8.30 malam. Namun tiada balasan. Aku tahu, jadual Johan hari ini yang memerlukannya melawat tapak projek. Awal-awal pagi lagi Johan telah memberitahuku yang berkemungkinan dia tidak dapat di hubungi kerana tapak projeknya berada di luar kawasan liputan talian telefon.






~Babah, please... adik kat hospital. Suhu badan makin tinggi. Come now babah... I need you here.~






Hampir setengah jam berlalu. Aku menghantar SMS kedua setelah talian masih gagal di hubungi. Ini bermakna telah setengah jam juga adik di masukkan ke ICU. Aku tidak pasti apa yang berlaku. Dah hampir 4 hari suhu badannya panas dan sejuk silih berganti. Sepanjang empat hari ini juga aku dan Johan telah menghantarnya ke klinik yang berbeza untuk mendapatkan rawatan.


Namun doktor yang merawatnya di klinik-klinik tersebut cuma mengatakan yang adik hanya mengalami demam campak yang biasa berdasarkan bintik-bintik yang terdapat pada badannya. Tidak serius. Hanya perlukan beberapa dos ubat untuk meredakan suhu badannya.


Memang suhu badannya surut. Tapi kemudiannya tinggi semula. Badannya yang dulu gebu, kini semakin hari semakin menyusut. Kasihan melihat keadaannya yang tidak bermaya itu. Kalaulah sakit itu mampu untuk di pindahkan, aku lebih rela sekiranya aku yang sakit bermula dari saat adik mengadu yang badannya panas.


"Adik, jangan tinggalkan mama... Mama sayangkan adik..."


Aku tersentak apabila telefon bimbitku berbunyi. Segera menjawab panggilan tersebut tanpa melihat siapa yang menelefonku.


"Babah... cepat bah. I don't want to be alone here. I need you."


"I'm sorry honey. I'm on my way now, which hospital, honey?"


"Gleaneagles. Please hurry up!"


Johan tiba 45 minit kemudian. Namun, adik yang masih di rawat di unit ICU masih tiada khabar berita. Tiada seorang pun yang boleh menjawab pertanyaan dan kebimbangan kami. Sejam kemudian, seorang doktor keluar dari bilik tersebut. Kami menerpa mendapatkan doktor tersebut.


"What happened to our son, doctor?"


"Mr. and Mrs. Johan, I hope that you will able to accept this as a trial from Allah." Serentak itu dadaku berdegup kencang. Tangan Johan ku genggam erat. "I'm sorry. We've try our best..."


Ya, Allah! Terasa nafasku terhenti saat ini dan fikiranku tidak dapat berfungsi. Segalanya seakan kabur dan tidak menentu. Johan memautku agar tidak rebah. Dia memelukku erat seakan dia juga sebenarnya tidak mampu menerima hakikat yang berlaku saat ini andainya aku tiada di sisinya.


"Both of you can see him now."


Aku melangkah longlai menuju ke wad ICU dengan bantuan Johan. Saat ini yang kedengaran hanyalah bunyi mesin hayat yang masih bersambung pada badan kecil adik yang telah susut. Katakanlah semua ini tidak benar dan aku hanya bermimpi saat ini.


"Adik, mama here. Adik dengarkan? Jangan tinggalkan mama, adik. I need you, sayang. Please open your eyes..." Air mataku tumpah tidak henti-henti. "Babah, say something, please babah..."


Johan mengucup dahi dan kedua belah pipi adik seakan merelakan pemergiannya. "Adik, babah love you..." Setelah itu Johan memalingkan mukanya. Tidak mahu air matanya jatuh terkena jasad adik.


"Babah, please... ask him to wake up. I need him, we need him babah..." Aku menarik-narik tangan Johan. Namun Johan menggenggam erat tanganku. "Adik, bukalah mata adik. Please, there's so many things that mama want to share with you..." Suaraku semakin mendatar bunyinya.










Engkau tiba bagaikan pelangiTak bercahaya namun kau berseriTapi cukup menghiburkan Hati ini


Seharian waktu bersamamuTak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau kan pasti Pergi jua...






Adik pergi tanpa sempat menunjukkan lukisannya kepada kami. Lukisan itu kutemui ketika memunggah barang untuk berpindah. Ironinya, lukisan itu adalah gambaran keluarga dengan seorang anak perempuan, bukan dirinya. Iya, seperti kata-kata gurauannya sebelum itu yang mengatakan aku mengandungkan anak perempuan...


Moga rohnya tenang di sana ...

0 komentar:

Post a Comment


Top