Sunday, March 13, 2011

Taubat Seorang Pondan 18+

Ada cerita lawak nak kongsikan dengan semua , Ini aku dapat dari forum syok.org , siapa2 join forum sana , mesti dah baca cerita ni .. Jom layan !



Ceritanya adalah berkisar kepada kisah Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ).
Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan maupun Ponen bahkan juga
suatu masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah
syarikat swasta (nama dirahsiakan) diibu negara sebagai Operator cum
penyambut tetamu.



Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, beliau tinggal bersama teman
sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan.. Oopssss ... Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu
taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar
lantaran memilih cara pemakaiannnya menjadi seorang 'wanita'.



Penampilan baru nya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan
miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah , lengguk
langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari apatah lagi
kalau skirt pendeknya kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas
kenderaan yang sentiasa mundar mandir . Pak Abu pun boleh
simpan ketayap dalam poket dulu. Keterampilan ini pun kadang-kadang
membuatkan Ayob resah.



Ayu pun tak tertahan takut-takut ada yang patah katil bujang nanti sabun
pulak jangan cerita lah sejak-sejak kebelakangan ni, asyik kehabisan
stok saja. Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong
mereka Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya dan meninggalkan Ayob.



Hari demi hari berlalu dengan pantas kehidupan kotaraya makin mencabar
kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan.. kes jenayah makin menjadi-jadi
rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja maupun tanpa disedari,
buat dan buang anak. Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib
rakan sekampung nya yang telah vogue gitu ...



Di pendekkan cerita yang makin memanjang, satu hari ketika Ayob berada
di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia tiba -tiba kedengaran satu
ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu... dilihat didepannya
seorang wanita cantik lagi Ayu ... dengan skirt pendeknya.. dan rambut
al-ala Norita.. Ayu menyapa Ayob. Hampir tak kenal Ayob bahawa di
depannya itu sebenarnya akan kawannya si Hamdan .



Di pendekkan cerita , Ayu pun masuk ke rumah sambil menangis
tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabrah
cepat-cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh pasukan 999
TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan Ayu membuatkan Ayob berasa
sesuatu yang telah mula bergerak ... namun Ayob masih maintain machonya.





MAKA TERJADILAH PERBUALAN ANTARA MEREKA BERDUA..........




Ayob : Pasai apa hang dok teriak nie... .



Ayu : Yob, aku menyesai dah la nie. Aku sebenarnya nak bertaubat.. Aku
tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi lagi. Aku insaf ... insaf ....
TAUBATTTTT ... aku tak mau nama dan gambag aku keluag masuk TV ataupun
sorathabag macam dot dot dot tu .... isk isk isk huaaaaaa ... .



Ayob : Baguihla kalu macam tu Dan (nama timangan Hamdan semasa mereka di
kampong) Aku pun selalu juga dok doa kut hang balik ke pangkal jalan.
Alhamdulillah ...



Ayu : Betoi lah Yob ... hang sorang lah kawan aku dunia dan akhirat.....
Mulai minggu depan ... Yob aku akan berazam untuk berubah ... kali ni
habis-habisan. Aku akan ... pakai tudung dengan baju kurung ala-ala
Waheeda gitu.. takmau dah dedah aurat. What do u thing Ayob ?



Ayob : #$5@&* !!! Astagfirullah. .. ... ..( Ingat taubat betoi-betoi )



P/S : Keh keh keh , lawak2 ! :p

0 komentar:

Post a Comment


Top