Monday, March 14, 2011

Fakta Menarik Mengenai 7-Eleven











Sedikit fakta mengenai 7-Eleven yang patut kita tahu , jangan tahu beli je tapi tak tahu sejarah ,, haha



7-Eleven ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian
kedai serbaneka antarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi
rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi
McDonald's dengan 1,000 cawangan. Kedai-kedainya terletak di 18 buah
negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat,
Taiwan dan Thailand.






7-Eleven ialah anak syarikat SEVEN & I HOLDINGS CO. di Jepun.


Antara tawaran-tawaran 7-Eleven termasuk produk label persendirian,
termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada
pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam
cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.


Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh CONVENIENCE SHOPPING SDN.
BHD. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh
negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven
di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh BERJAYA GROUP BERHAD.


7-Eleven diasaskan pada tahun 1927 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat,
apabila seorang pekerja Southland Ice Company, Joe C. Thompson, mula
menjual SUSU, TELUR dan ROTI dari sebuah dok ais. Lokasi asalnya
merupakan hadapan kedai yang diubahsuai di Southland Ice Company, sebuah
kilang pembuatan ais. Sungguhpun adanya kedai runcit kecil dan
perniagaan am di kawasan sekeliling, para pengurus kilang ais mendapati
bahawa penjualan "barang serbaneka" seperti roti dan susu memang
popular. Maka, terbukalah beberapa cawangan 7-Eleven di kawasan Dallas.
Mula-mulanya, kedai-kedai ini dibuka dari 7 PAGI hingga 11 MALAM, iaitu
tempoh perniagaan yang agak panjang pada waktu itu, maka demikianlah
nama kedai ini. Syarikat ini mula menggunakan nama 7-Eleven pada tahun
1946. Menjelang tahun 1952, 7-Eleven membuka kedainya yang ke-100.


Pada tahun 1962, 7-Eleven mula menguji penjadualan 24 jam di Austin,
Texas. Pada tahun 1963, kedai 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort Worth dan
Dallas.


Pada zaman 1980an, syarikat ini mengalami masalah kewangan, menjual
bahagian aisnya, dan telah diselamatkan daripada bankrup oleh
Ito-Yokado, francaisnya yang terbesar. Pada tahun 1987, John Philp
Thompson, CEO 7-Eleven, telah melengkapkan $5.2 bilion pembelian
pengurusan syarikat yang bapanya menjadi pengasas. Pembelian balik itu
mengalami kesusahan daripada kejatuhan pasaran saham 1987 dan selepas
kejatuhan untuk menaikkan hutang kewangan, syarikat telah menawarkan
sebahagian daripada saham syarikat sebagai satu permulaan untuk melabur
di dalam bon syarikat.



Syarikat Jepun telah berjaya mendapat kawalan saham pada tahun 1991,
semasa Japanese asset bubble awal 1990an. Ito-Yokado membentuk Seven
& I Holdings Co. dan 7-Eleven telah menjadi salah satu subsidiari
pada tahun 2005. Pada tahun 2007, Seven & I Holdings telah
mengumumkan yang mereka akan mengembangkan operasi di Amerika, dengan
penambahan 1,000 stor 7-Eleven di A.S.






6 PERKARA YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU TENTANG 7-ELEVEN MALAYSIA:


>7-Eleven pertama di Malaysia dibuka pada 9 Oktober 1984 di Jalan
Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan masih beroperasi sehingga kini.

>“Cawan Lutsinar” untuk Slurpee diperkenalkan pada 21 Januari 2008
supaya pelanggan dapat membuat campuran mereka sendiri dari perisa yang
ditawarkan.

>8oz. Cawan kecil slurpee pertama diperkenalkan pada 10 November 2008 untuk waktu yang tertentu.

>7-Eleven menggunakan beg plastik yang mesra alam.

>7-Eleven Malaysia meraikan ulang tahun 25 nya pada on 6 April 2009,
ia juga bersempena pembukaan kedainya yang ke seribu 1,000 di Bandar
Sunway.

>Di Malaysia, hari 7-Eleven diadakan pada 7 November (7/11) yang mana Julai 11 juga adalah hari kelahiran rasmi 7-Eleven.



FAKTA MENARIK 7 ELEVEN DI SELURUH DUNIA



7-Eleven, Inc. Merupakan kedai serbaneka terbesar dunia dengan mempunyai
39,400 kedainya di 16 negara, sebanyak 8,300 kedai di Amerika utara
sahaja, dan mempunyai cawangan terbanyak di luar dari tempat ditubuhkan
mengatasi mana-mana cawangan kedai-kedai lain termasuk cawangan makanan
ringan seperti KFC atau McDONALD.

7-Eleven menambah satu lagi kedainya di seluruh dunia setiap 6 ½ jam.

7-Eleven adalah yang pertama … beroperasi 24 jam sehari … menjual kopi
dengan bancuhan sendiri ... menjual minuman bergas dengan pelanggan
menuangnya sendiri … dan menjual minuman bergas bersaiz besar.

7-Eleven kedai yang pertama mengiklankan kedainya di televisyen..

7-Eleven adalah kedai serbaneka pertama yang memberi pelanggannya
“kebebasan untuk memilih” dengan menawarkan pelbagai jenama minuman
bergas yang terkenal di mesin airnya.

7-Eleven adalah kedai serbaneka pertama yang menjual top up.

Slurpee® terjual paling banyak di Winnipeg, Manitoba, di Canada, diikuti
dengan Detroit, Mich. Tetapi kedai yang paling banyak menjual slurpee
terletak di Kennewick, Washington.

Pelanggan 7-Eleven di seluruh dunia menghirup 13 juta Slurpee® setiap
bulan. Sejak diperkenalkan pada 1966, hampir 6.5 bilion Slurpee telah
dijual, hampir mencukupi untuk membekalkan slurpee kepada setiap manusia
di muka bumi ini.

7-Eleven menjual 60 juta donat dan pastri setiap tahun – sebagai purata, setiap minit, 7-Eleven menjual 275 ‘fresh bakery’.

Jika disusun makanan ‘fresh bakery’ yang dibuat untuk 7-Eleven setiap tahun, ia akan memanjang sehingga 6,000 batu.

7-Eleven menggunakan 365,000 paun gula setiap bulan untuk membuat donut dan pastri lain.

Hampir satu pertiga dari 6 juta manusia yang singgah di 7 eleven di Amerika setiap hari hanya untuk membeli makanan ringan.

7-Eleven adalah destinasi terkenal untuk membeli minuman di Amerika.
Lebih dari separuh pengguna di sana membeli minuman tanpa alkohol
disitu.

Dianggarkan sebanyak 25 peratus dari penduduk Amerika tinggal kurang dari satu batu dari kedai 7-Eleven.

7-Eleven menjual lebih banyak kopi segera dari barangan lain –1 juta
cawan setiap hari. Ianya lebih dari 10,000 teko kopi dalam setiap jam,
setiap sehari, setahun. 7-Eleven boleh menyediakan kopi untuk penduduk
kelahirannya di Dallas setiap hari

7-Eleven menjual lebih kurang 100 ‘hot dog’ setiap tahun, ianya lebih banyak dari mana-mana kedai di Amerika,

Apabila Big Gulp 32-auns diperkenalkan pada 1980, ianya adalah minuman
ringan terbesar didunia. 8 tahun kemudian, 7-Eleven memperkenalkan pula
64-auns Double Gulp, ianya masih lagi memegang rekod sebagai minuman
ringan terbesar di dalam pasaran.

7-Eleven menjual hampir 38 juta gelen minuman ringan setahun – cukup untuk memenuhkan 51 kolam renang bersaiz olimpik.

7-Eleven menjual 41 juta gelen susu setiap tahun–mencukupi untuk menuang
dua gelas susu untuk semua kanak-kanak, lelaki dan perempuan di
Amerika.

7-Eleven menjual lebih 2,300 sandwich setiap jam.

Jika semua kad prabayar yang dijual 7-Eleven disusun, ia mencukupi untuk membuat 30 padang bolasepak.

Jika semua minuman ringan yang dijual di 7-Eleven dalam setahun, ianya
mencukupi untuk memenuhi Typhoon Lagoon di Walt Disney World sebanyak
dua kali.

7-Eleven mempunyai rangkaian terbesar ATM dari mana-mana kedai lain di Amerika.

Jualan murah terbesar di 7 Eleven adalah pada hari Krismas.

























p/s : Menarik juga fakta2 ni , banyak yang aku baru tahu . heehee

Sumber : Link

0 komentar:

Post a Comment


Top