Thursday, June 10, 2010

Terlewat Sebulan


Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si

isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " Ayang,

period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita

kena gi check kat doktor."



Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk


tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga

ianya benar2 pasti.



Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana


terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai

TNB tu pun berkata " ini rumah En.Izzat ker?" "iya, saya ni isterinya.

ada apa encik"



Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak


boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."



Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB


tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"



Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,


semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"



Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.


"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "



Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat


sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"



Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,


nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar

dari situ..



Keesokkan harinya, selepas si Izzat ini di beritahu oleh isterinya, dia


pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg

berdekatan..



Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun


memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak

heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat

sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???



Lalu pegawai yg datang kerumah si Izzat ni berdiri dan mententeramkan


keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan

perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Izzat

naik berang.



"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."




Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik


punya..........."



Si Izzat mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai


apaaaaaa???



Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN


AJERRRLAAAAAAAA"






0 komentar:

Post a Comment


Top