Friday, June 11, 2010

Dilema Kucing Jalanan

Kalau aku ternampak kucing-kucing jalanan ni, ayat pertama yang terus menerjah ke fikiran aku ialah..." Kesiannya kucing ni...takde ke orang nak ambil dia untuk dibela ke?"

Demikianlah episod yang berlaku sebentar tadi...kucing jantan ini adalah seekor kucing yang sangat sangat manja...dengar suara dia pun korang semua boleh cair ( yang mana suka kucing jer la ). Tapi, sifat manja saja tidak memadai untuk mereka meneruskan hidup. Mereka amat terdedah kepada bahaya seperti :

1 ) Virus penyakit yang tak boleh diubati.
2 ) Diganyang oleh kucing yang lebih senior. Lebih buruk lagi jika digomol anjing2 liar.
3 ) Kalau mereka luka parah akibat bergaduh, tiada siapa yang ambil peduli. Akibatnya, luka yang dibiarkan menjadi nanah dan berulat dan seterusnya membawa kepada kematian yang amt menyakitkan kerana mati secara perlahan. Kalau aku nampak kucing nak bergaduh, aku mesti cuba untuk leraikan.Paling tidak pun aku baling kasut pada kucing yang kelihatan lebih kuat. Tapi kalau korang tak yakin, janganla buat ye...bahaya tu...
4 ) Mati akibat dilanggar kereta. Kucing yang riwayatnya berakhir di jalan lebih bernasib baik ( agaknya ) daripada kucing jalanan yang mati akibat penyakit atau luka yang parah kerana nyawanya habis sekaligus.
Kucing di bawah ini adalah salah satu contoh nyata. Kucing ini amat bernasib baik kerana luka akibat pergaduhan dengan kucing lain telah hampir sembuh dan kering.




Tak dapat aku bayangkan betapa pedihnya luka tu. Korang rasa macamana?? Kesian tak??



Lukanya di belakang tengkuk dan di bawah leher. Tapi, berdasarkan pemerhatian aku, luka kucing ini sembuh kerana beberapa perkara :

1 ) Kucing yang berlawan dengannya mungkin agak kecil sedikit tapi berani. Kucing jantan yang dalam gambar ni saiznya agak besar tapi penakut. Sebab apa dia penakut? Sebab dia friendly. Manja sangat2. Dia bukan kaki gaduh.. dia ni kucing jiwang...romantik..."Bila cinta didusta...Hati mula gelisah...Bila kekasih hati....bla bla bla...Sayuuu...Piluuuu..."wahh...besnya lama tak nyanyi...

2 ) Kucing ini hanya terkena cakaran kuku lawannya. Kalau terkena gigitan taring, aku rasa dah bernanah dah luka dia ni. Taring kucing amat berbisa. Hati2 ketika bergurau dengan kucing anda kerana taring kucing terdapat virus, lebih2 lagi kucing jalanan. Virusnya amat kuat.

3 ) Kucing ini sempat melarikan diri sebelum pergaduhan menjadi lebih teruk. Korang pernah tak tengok kucing bergaduh sambil bergumpal. Kucing yang terkena gigitan lawannya akan mengeluarkan suara yang amat nyaring. Mungkin kerana kesakitan yang melampau. Biasanya, kalau tak menerima rawatan, kucing itu akan mati secara yang aku sebutkan tadi. Ya, mati secara perlahan. Adess...


Nampak tak luka dia tu?? Aku kesian kat kucing ni..kucing yang bergaduh dengan dia tu ada lagi lepak kat sini..tapi, dia ni tak boleh nak pergi mana dah...kat sini jer tempat yang dia ada untuk makan dan meneruskan sisa2 hidupnya...harap2 takde gaduh lagi yer...sedihnya hu hu hu....


Yang ini pulak lain ceritanya. Dalam entri aku yang lepas ( Adilkah Kita Kepada Kucing Jalanan??) aku ada menceritakan tentang seekor kucing yang telinganya hampir hancur akibat terkena kurap dan pulih selepas aku curah minyak gamat. Haa, inilah kucingnya. tapi, kurapnya ada balik. Kurang asam punya kurap...Korang tau tak sebabnya? Sebabnya aku tak bubuh ubat tu sampai dia betul2 sembuh.. mana taknya, kucing tempat kerja maa, malu la aku...kalau boss aku nampak nanti apa dia kata plak...title kena jaga beb...Engineer ha ha ha ....



Tapi takpe, esok aku akan bawak minyak gamat tu datang..nanti aku tabur kat satu muka kucing ni biar hitam...ha ha ha ...



Apa rasa ayam yang bercampur dengan pasir tu?? Mesti tak sedapkan?? Ciannya...



Teruk juga telinga dia ni...



Seperti wanita cantik, mereka amat beruntung kerana ke mana sahaja mereka pergi, pasti ada orang yang datang menyunting. Begitu juga dengan kucing Siam jalanan ini. Bulunya bersih betul...Kucing ini dipelihara oleh pengawal keselamatan kat tempat kerja aku...setiap hari kucing ni diberi makan yang sedap2. Tempat tidur pun ada disediakan oleh pak guard tu... Korang rasa, adil ke macam ni??


Ok, ada satu petua aku nak bagi..andaikata jika korang terkena gigitan haiwan seperti kucing, anjing, ular dan sebagainya....katakan sekiranya haiwan itu menggigit lengan korang, dan kalau taring atasnya bertemu dengan taring di bawah ketika taringnya terbenam di dalam lengan korang tu, 99% korang akan mati. Tapi bukan mati on the spot...ok, apa pula yang korang kena buat??

1 ) Jangan panik sebab panik menyebabkan bisa merebak keseluruh badan dengan cepat. 'Kepala Bisa' pertama yang masuk ke dalam badan akan 'bersiar2 dalam pembuluh darah kita. Sekiranya 'kepala bisa' ini bertemu semula dengan tempat yang dia masuk yakni tempat yang terkena gigitan tu, orang itu akan mati. Ini kerana bisa itu telah berjaya melengkapkan kitarannya dalam badan mangsa. Air yang diminum itu pula adalah untuk melambatkan proses perjalanan bisa itu yang merayap di badan mangsa..

2 ) Cari air di sekitar kawasan yang terkena gigit dan minum secepat mungkin. Contohnya, kalau anda terkena gigit di kawasan padang bola, cari dengan seberapa segera lopak2 air yang berada di kawasan padang bola itu. Kalau tak ada air, apa pula yang kita kena buat?? Ambil pasir atau tanah yang kita pijak dan makan sedikit. Kadang2, petua orang tua2 ni kita fikir macam tak logik, tetapi sebenarnya ada rasionalnya..cuba perhatikan ni...:

- Haiwan yang menggigit kita ( taring atasnya bertemu dengan taring bawahnya ketika menggigit lengan) akan merasa amat letih kerana segala tenaga telah digunakan oleh haiwan itu untuk menggigit kita. Biasanya, benda pertama yang haiwan ini cari lepas menggigit kita ialah AIR. Kalau dia minum air dulu daripada mangsanya, 99% mangsa itu akan mati..Sebab itulah petuanya kena minum air di sekitar kawasan kejadian sebelum haiwan itu minum dulu...

p/s : 
petua ni diceritakan oleh rakan sekerja aku, Abg Karim...umurnya dah menjangkau 53 tahun dan beliau adalah seorang yang pakar memburu dan menembak.

Kalau kena gigit kat rumah, jangan la pergi minum air oren plak...gi la klinik amik injection...

Babai...jumpa lagi....

0 komentar:

Post a Comment


Top