Thursday, August 25, 2011

Kereta F1 Kos Murah Buatan Sendiri







Seorang peminat kereta lumba, Russ Bost (gambar kecil) yang berusia 54 tahun membelanjakan hanya £10,000 (RM49,146) untuk mencipta sebuah kereta seperti Formula Satu, lapor sebuah akhbar kelmarin.



Pada kebiasaannya, kos untuk membina sebuah kereta F1 melibatkan berjuta-juta pound.



Kereta itu juga sah di sisi undang-undang untuk dipandu di atas jalan raya bersama dengan kenderaan lain.



Bost mencipta kereta itu yang mampu bergerak selaju 273.59 kilometer sejam.



Dia menggunakan sebuah enjin motosikal Kawasaki manakala banyak peralatan termasuk gear dan brek diambil daripada kereta Toyota MR2, yang dibelinya pada harga cuma £300 (RM1,474).



Kereta itu diberi nama Furore F1 dan ia mampu memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam dalam tempoh tiga saat.



Menurut Bost, semasa memandu kereta itu di bandar, ramai orang yang memerhatikannya.



"Saya kerap ditanya jika kereta itu benar-benar sebuah kereta lumba F1," katanya.



Kereta lumba F1 yang dipandu oleh pelumba Lewis Hamilton dan Jenson Button memerlukan penggunaan minyak 3.78 liter untuk setiap 6.43 kilometer.



Namun, kereta ciptaan Bost itu mampu menggunakan minyak 3.78 liter untuk setiap perjalanan sejauh 48.28 kilometer.








Kreatif gila pak cik ni , enjin motosikal je pun , kalau aku guna enjin LC135 buat kereta F1 , agak2 boleh lawan ke pak cik ni ? hahaha

Gambar Terakhir Pelagak Ngeri Mati Selepas Terjatuh Dari Kapal Terbang

Bermacam jenis pekerjaan yang ada kat dunia ni dari kerja biasa hingga kerja yang memerlukan korang bergadai nyawa untuk sesuap nasi , tapi kalau tersilap langkah , kerjaya kita boleh mebunuh kita . saksikan bagaimana seorang pelagak ngeri mati akibat terjatuh dari tempat tinggi ..












Didenda Miliki Salinan Cetak Rompak Upin & Ipin









Sebuah syarikat pemborong pakaian hari ini dikenakan denda RM300,000 atau dipenjara lapan bulan, jika gagal membayar denda, oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan memiliki 150 unit salinan cetak rompak gambar kartun "Upin & Ipin" tanpa kebenaran Syarikat Les' Copaque Production Sdn Bhd.

Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas Syarikat Fook Tai Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikat, Yap Kien Sing, 49, mengaku memiliki salinan gambar berkenaan yang dicetak di atas baju "T" kolar bulat tanpa kebenaran pemilik syarikat animasi itu.

Kesalahan itu dilakukan di premis NO. 17C dan 19C, Lorong Haji Taib 4, Jalan Raja Laut, Dang Wangi di sini, pada pukul 5.30 petang, 22 Mei 2009.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hakcipta 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 41(1)(i) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Harjinder Singh Sandhu yang mewakili syarikat itu memohon hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya kerana ini merupakan kesalahan pertama dan tidak mengakibatkan kecederaan pada mana-mana pihak, memandangkan kes itu melibatkan harta intelek.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Hamzah, bagaimanapun, memohon hukuman setimpal kerana kes ini melibatkan kepentingan awam dan harta intelek.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hasbi sempat menasihati Yap agar lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan perkara sama berulang.

"Jangan mengambil kesempatan kerana kes harta intelek melibatkan kepentingan awam dan negara," katanya. 

Syarikat itu membayar denda berkenaan.





Nak tahu gak ni , kalau lah kita ambil gambar upin ipin buat header blog or gambar kad raya , kita boleh didenda jugak je?  huhu

Eren ft. Romi - Pelengkap Hidupku














Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang

Aku bagai bintang yang tak ditemani malam

Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa

Yang membuat aku tak ingin pergi darimu



Teringat janji lamamu kepadaku

Teringat aku teringat

Teringat saat kau masih ada di sini

Temaniku sepanjang hari



Bila kau pergi jauh ingatlah aku

Bila ku di sampingmu peluk tubuhku

Bila kau rindu aku panggil namaku

Ku datang menemuimu



Peluk erat jasadku jangan lepaskan

Tetaplah kau di sini harungi malam

Karena hanya dirimu belahan jiwa

Pelengkapku di dunia




Teringat janji lamamu kepadaku

Teringat aku teringat

Teringat saat kau masih ada di sini

Temaniku sepanjang hari





Bila kau pergi jauh ingatlah aku

Bila ku di sampingmu peluk tubuhku

Bila kau rindu aku panggil namaku

Ku datang menemuimu




Peluk erat jasadku jangan lepaskan

Tetaplah kau di sini harungi malam

Karena hanya dirimu belahan jiwa

Pelengkapku di dunia






Bila kau pergi jauh ingatlah aku

Bila ku di sampingmu peluk tubuhku

Bila kau rindu aku panggil namaku

Ku datang menemuimu




Peluk erat jasadku jangan lepaskan

Tetaplah kau di sini harungi malam

Karena hanya dirimu belahan jiwa

Pelengkapku di dunia 



Wednesday, August 24, 2011

Komik Lawak Versi Kanak - Kanak

Jom layan kartun lawak versi kanak2 ribena jom , terasa nak jadi budak2 pulak la time2 raya ni , nanti dapat duit raya . hihihi
























Monday, August 22, 2011

Hadiah Bertambah Lagi dan Dapat Sponser Baru !











Assalamualaikum









Nampaknya hadiah utama First Giveaway Tengkunizam.com | Klik1Malaysia dapat penambahan hadiah untuk hadiah utama , iaitu sesi photoshot 50 keping gambar tajaan Fad Ali 


kini bertambah untuk 2 pemenang! 


Nampaknya peluang korang untuk jadi model , cerah .. kehkehkeh













Terima kasih juga pada sponser baru iaitu Kakinetwork.com 


atas tajaan Kakichat Pro Addon untuk 5 pemenang . 





Untuk korang yang tak join lagi tu , boleh klik 





Top