Saturday, January 22, 2011

Geng Mudah.com tumpas

Geng Mudah.com tumpas

Polis Serdang berjaya membongkar kegiatan satu geng yang menjadikan laman sesawang sebagai tempat memasarkan komponen motosikal curi dengan tertangkapnya dua lelaki berusia 23 dan 24 tahun yang menjadi dalang utama kegiatan geng itu, Isnin lalu.



Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata geng yang dikenali sebagai Geng Mudah.com itu dipercayai bergiat aktif membeli motosikal curi sebelum mengiklankan komponen yang dileraikan melalui iklan di laman sesawang sejak dua tahun lalu.



p/s : yang bodoh tetap bodoh , kat mudah.com pon boleh gak jual ! =.="



Sumber : Berita Harian

Friday, January 21, 2011

6 Cara Untuk Mendapatkan Kawan dan Memelihara Persahabatan !

6 Cara Untuk Mendapatkan Kawan dan Memelihara Persahabatan !

Perkenalkan diri anda pada setiap kesempatan yang mungkin, dalam suatu jamuan, pertemuan, di kapal terbang, di tempat kerja atau di mana sahaja.



Usahakan supaya pihak lain mengenali nama anda.



Usahakan supaya anda boleh mengucapkan nama orang lain sesuai dengan ucapannya.



Tulislah nama orang itu dan usahakan supaya anda mengejanya betul; orang suka sekali namanya dieja dengan betul. Kalau boleh dapatkan alamat dan nombor telefonnya.



Kalau perlu telefonlah sahabat-sahabat baru anda. Ini merupakan hal penting. Orang berjaya suka mengirim surat atau menelefon sahabat-sahabat barunya.



Sampailah pertanyaan-pertanyaan yang menyenangkan kepada orang-orang yang anda tidak kenal. Ini menghangatkan diri anda dan perlu supaya anda bersemangat dalam melaksanakan tugas.





Dipetik dari “THE MAGIC OF THINKING BIG” – Dr. D.J.Schwarth

Thursday, January 20, 2011

Tips Mengekalkan Sebuah Persahabatan





Dalam persahabatan dunia maya sekarang, tak kira lah di Facebook, Twitter atau Blogger , macam2 benda baru kita belajar dan kite kongsikan , kadang2 ada benda yang kita buat hingga merosakkan persahabatan kita, so saya ada sedikit tips utk kita amalkan , moga persahabatan kita di Dunia Maya ni kekal selamanya .




Saling memberi kebebasan

Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.




Saling menahan rasa cemburu

Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah thriller nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan.






Saling memahami

Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.






Saling mengalah

Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.




Saling memberi kemaafan

Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.




p/s : Persahabatan atas niat yang baik , pasti akan kekal selamanya , kalau nak berkawan tu , biarlah ikhlas , baru orang tabik kita , betul x?

Wednesday, January 19, 2011

Nenek 51 tahun dicekup khalwat | Korang Malu Tak Bila Dengar Berita Ni ?

Nenek 51 tahun dicekup khalwat | Korang Malu Tak Bila Dengar Berita Ni ?

Seorang wanita berusia 51 tahun dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 24 tahun di sebuah hotel murah di Shahab Perdana, Mergong, di sini, awal pagi semalam.



Wanita itu dicekup kira-kira jam 2 pagi dalam serbuan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang membuat pemeriksaan di hotel itu.



Difahamkan, wanita yang mempunyai seorang cucu itu dikatakan menjalin hubungan dengan kekasihnya sejak sebulan lalu selepas tersilap mendail nombor telefon.



Ketua Operasi JAIK, Mohd Nasir Md Dali, berkata anggotanya yang membuat pemeriksaan di hotel murah itu mengetuk pintu sebuah bilik dan memberi salam beberapa kali sebelum ia dibuka seorang wanita yang berbaju tidur paras lutut.



Katanya, ketika pemeriksaan bilik itu dalam keadaan gelap dan hanya diterangi lampu televisyen tetapi selepas lampu dibuka, anggota penguat kuasa mendapati seorang lelaki hanya berseluar jeans tanpa baju sedang tidur di atas katil.



“Pemeriksaan menemui seluar dalam, dipercayai milik wanita itu yang ditemui di atas katil bilik berkenaan.



“Apabila disoal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau mahram, menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat,” katanya.



p/s : Bila kuar berita pasal benda2 camni , lebih2 lagi membabitkan warga emas , terkedu aku , mane tak nya , malu keluarga , dah tua2 pon ditangkap khalwat , harap dijauhkan dari diri kite semua ni ..



Sumber :  Berita Harian

Tuesday, January 18, 2011

NABURO : The Next Generation of NARUTO ? Hasil Ciplak Indon Paling Memalukan !





Hai !

hari ni ada satu lawak yang nak aku kongsikan dengan korang , pasal komik NABURO , hasil karya dari Jepun yang diciplak oleh Indonesia .

memang betul apa yang korang tengok ni , bukannya photoshop !











Dorang ni siap cakap komik ni hasil karya seni dorang , nak tipu pon agak2 la , budak 6tahun pun tahu naruto ni berasal dari jepun , hahaha



Sedikit info pasal NABURO ni .

Penulis: Iruka Ousama

Asal : Indonesia

Facebook Fan Page : NABURO : The Next Generation

Penerbit : Solomon Grup













Yang x masuk dek akal aku nya , bukan Naruto je kna ciplak , Ben 12 (Ben 10) dengan Apin dan Apun (Upin Ipin) pon kna ciplak gak !


p/s : Negara besar camtu , takkan takde idea nak buat komik sendiri kot ? tak perlu la sangat nak jadi camtu . macam2 hal dorang ni . huhu

Monday, January 17, 2011

Nostalgia : Gambar Kuala Lumpur Dulu-Dulu


1 Febuari 2010 nanti , merupakan sambutan Hari Wilayah ; di mana Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan menyambut hari ulangtahunnya ... Aku tidak sangka , begitu pantas masa berlalu dan nanti 1 Febuari  , genaplah 37 tahun usia penubuhannya..





Kuala Lumpur dulu dan sekarang da banyak beza , macam2 pembangunan baru ada bagai cendawan tumbuh lepas hujan . jom kita imbas kembali Kuala Lumpur zaman dulu-dulu . 






Bukit Aman






Hospital besar Kuala Lumpur






Bangunan Sultan Abd Samad






Muzium Negara






Lake Garden






Masjid Jamek






Briekfields






Dataran Merdeka






Penjara Pudu






Jalam Tun Perak










Bukit Bintang



Banyak perubahan yang dialami Kuala Lumpur sekarang , yang paling ketara sangat la, Jalan Bukit Bintang , dulunya tempat yang agak aman damai , dengan jalan yang tak jem , berbeza dengan sekarang , dengan berbagai ragam dan jenis manusia kat situ , kadang aku nak masuk pun malas . huhu









p/s : teringin nak dok kat kuala lumpur dulu2 :)
▲
Top