Friday, August 5, 2011

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran






Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran. 







Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

8 Ketua Kampung Indonesia Akan Gantikan Bendera Indonesia Dengan Bendera Malaysia









Akibat marah dengan kelemahan pihak berkuasa, lapan ketua kampung di daerah Sintang, Kalimantan Barat bercadang mengibarkan bendera Malaysia sempena hari kemerdekaan republik ini pada 17 Ogos ini.

Ia sebagai tanda protes berikutan tindakan kerajaan mengabaikan tanggungjawab menyediakan kemudahan prasarana dan perkhidmatan untuk rakyat yang tinggal di sempadan negara ini dengan Sabah dan Sarawak.

"Pentadbiran tempatan di kawasan sempadan itu hanya mengambil berat mengenai kebajikan rakyat sewaktu pilihan raya saja. Pada masa lain, rakyat dilupakan," kata TB Hasanuddin, seorang ahli politik daripada parti pembangkang Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan.

Menurut beliau, sejumlah besar penduduk Indonesia yang menetap di kawasan pedalaman Kalimantan selama ini terpaksa mendapatkan perkhidmatan kesihatan atau mencari kerja di Malaysia kerana semua itu tidak disediakan oleh kerajaan Indonesia.

Hasanuddin menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal menyediakan keperluan rakyat.

Beliau juga memberi amaran akan berlaku penghijrahan beramai-ramai rakyat Indonesia ke Malaysia, seandainya pembangunan tidak seimbang seperti yang sedang berlaku di sempadan itu tidak ditangani dengan baik.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan dan memastikan kemakmuran rakyatnya," ujar beliau.

Thursday, August 4, 2011

Siapa Kata Duit Tidak Tumbuh Di Pokok ?







Masa korang kecik kecik dulu , mesti korang selalu minta duit kat mak korang kan ? sehari seringgit , lama - lama bankrup jugak mak korang dan mak korang mesti kata '' ingat mak jumpa duit kat pokok ke?" , aku pernah kena ayat ni dengan mak aku , memang pedih beb , menusuk ke kalbu , hahaha.. Tapi tahu ke korang , kat Engand , memang ada pokok berduit ? Beribu - ribu orang datang dan memaku duit ke pokok itu .. Motif nya , pokok ini dikatakan memberi tuah !

































Gambar : Hanya Di Asia !

Macam - macam telatah dan perangai orang asia yang kita boleh lihat . Semua kreatif dalam menghadapi hidup . Tak nak cerita panjang , jom tengok !

Aku bagi amaran , gambar - gambar di bawah ni mungkin akan buat urat perut korang  putus akibat ketawa terbahak- bahak . HAHA

























































































Aku tak boleh tahan dah , nak gelak ! HAHAHAHAHA

Identiti Makcik Hajjah Siti Alwuzara Sudah Dikenal Pasti







Sebelum ini kecoh fasal seorang pengguna Twitter/blog menyiarkan tulisan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Berdasarkan maklumat di blog, pelaku hanya dikenal sebagai "Makcik Hajjah Sitt" atau @sitt_alwuzura3. Kelahanatan pelaku itu dikutuk sekeras-kerasnya oleh pelbagai pihak. Malah pihak berkuasa dan SKMM berjanji akan menyiasat identiti pelaku. Sehingga kini, tiada khabar rasmi tentang usaha mengenal pasti identiti pelaku.


Sebuah blog pro-BN, Cucu Tok Selampit mendakwa sudah dapat mengenal pasti identiti pelaku. Blog itu mendakwa usaha mengenal pasti identiti pelaku berjaya dilakukan dengan bantuan pengodam-pengodam (hackers) yang dirahsiakan identiti mereka. 


Berdasarkan tulisan di CTS, empunya blog mendakwa sudah memperoleh nama penuh, alamat, NRIC serta gambar pemilik akaun wanita anti-Islam ini. Namun, empunya blog enggan mendedahkannya buat masa ini kerana mendakwa mahu mengumpulkan maklumat terperinci serta sedang berurusan dengan Jabatan Agama Islam dan agensi-agensi yang terlibat untuk membawa wanita murtad ini ke muka pengadilan. 




Sebagai pembayang, pelaku merupakan seorang wanita muda yang berasal daripada keluarga campuran. Bapanya mualaf Cina dan ibunya Melayu. Pelaku pernah mendapat pendidikan di sekolah agama dan pernah juga melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM). Wajah graduan UUM ini boleh dikategorikan sebagai golongan cantik.





Kredit to duniacacamarba.blogspot.com


Ibu Kurus Kerana Anak









Seorang ibu Vikki Billingham yang bertungkus-lumus untuk membawa anaknya ke taman permainan kini menarik nafas lega apabila berat badannya sudah menurun dengan jumlah luar biasa iaitu sebanyak 107.95 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.



Dia sebelum ini mempunyai berat badan 171.45kg.



Ekoran berat itu, Vikki malu untuk keluar ke kedai.



Ibu dua cahaya mata yang berasal dari West Midlands yang berusia 38 tahun itu menurunkan berat badan kerana mahu membawa anak-anaknya ke taman permainan.



BENTUK badan terkini Vikki Billingham.



Kini, dengan bantuan majalah diet dan beberapa kumpulan kelangsingan badan, berat badannya kini hanya 69.21kg.



Penurunan berat badan itu membuatkan Vikki gemar memakai fesyen yang menarik.



"Saya berasa lebih muda kini berbanding sebelum ini," katanya.



P/s : Bulan puasa ni mesti ramai perempuan azam nak kurus , tapi lepas raya , GEMOK balik. haha :p

Top