Thursday, August 4, 2011

Hukuman Sesuai Untuk Mereka Yang Suka Parking Kereta Sesuka Hati





Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal. Arturas Zuokas, 43, bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.



Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia. “Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.



“Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.



Zuokas kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca. Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.







Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh Zuokas untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi parkir haram.



Ia dirakam untuk disiarkan oleh pegawai majlis bandar raya sebagai pengajaran kepada pemilik kereta mewah seperti Ferrari dan Rolls Royce yang kerap meletak kereta mereka di laluan basikal.



“Apa yang mesti dilakukan oleh pihak bandar raya terhadap mereka yang beranggapan mereka melebihi undang-undang?” soalnya.



“Kereta kebal adalah penyelesaian terbaik.” Jurucakap datuk bandar itu berkata, kereta itu dibawa khas khusus untuk rakaman iklan berkenaan.













P/s: Lain kali , jangan parking kereta kat laluan pejalan kaki atau basikal kalau tak nak kereta kena lenyek. haha , Nasib baik Negara kita tak buat cra macam ni ..

Wednesday, August 3, 2011

Nicki Minaj Hina Islam Melalui Lagu





Dapat sumber dari member yang lirik lagu Nicki Minaj ni ada lirik yang menghina Islam. Boleh tengok lirik di bawah ni . 




Chorus:
And if you see a itty bitty piggy in the market
Give that a bitch a quarter and a car tell her park it
I don't mess wit pigs like asalamalakum
I put em in the field, I let Oscar Mayer bake em














Boleh lihat pada minit 1:22






HANYA BERKONGSI 

iPad Ganti Kepala Gadis Jadi Perhatian

Kemunculan seorang gadis - hanya dikenali sebagai Mia - bersiar-siar di jalan menarik perhatian ramai apabila kepalanya ‘digantikan’ dengan iPad.







Ketika bersiar-siar, paparan pada iPad itu menunjukkan imej ‘kepala’ Mia dalam pelbagai aksi, termasuk membaca buku dan tersenyum.



Empat iPad digunakan bagi memaparkan imej ‘kepala’ Mia melalui empat sudut, iaitu depan, belakang, kiri dan kanan.



Rakaman aksi Mia juga menarik perhatian ramai di YouTube apabila video itu mendapat kunjungan hampir 40,000 dalam tempoh kurang 24 jam.



Pada akhir klip itu, seseorang dilihat melalui depan muka Mia dan mendapati dia sedang membaca majalah wanita.








Saksikan video di bawah ini.





Pengguna Internet Explorer (IE) Orang Yang Bodoh ?








Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunakannya.

Sumber



Suka -suka hati je kata pengguna Internet Explore (IE) ni , lembab otak , mungkin IE ni senang nak guna kot sebab masih yang guna, Lagipun broswer IE memang dah siap install dalam pc kita pun, huhu. Aku paling suka Mozilla Firefox, sebab banyak ADD-ON yang gempak- gempak, dan nak loading pun tak berat sangat. Korang pulak?

Tuesday, August 2, 2011

Tutorial : Buat Sitemap Di Blog

Assalamualaikum , baru dapat online , penat sangat hari ni , hari ni aku dah gaji , so banyak bill yang kena pergi uruskan , bill broadband aku yang paling penting sebab semalam dah suspended , bill tak banyak pon, baru rm 170 ringgit je, tapi dah kena potong , tak sempat nak post entri ni semalam .HAHA . Ok2 , tak nak melalut panjang-panjang , ada orang tanya aku , macam mana nak buat SITEMAP cam blog aku ni , simple dan cantik (aku cakap) dan senang orang nak cari entri korang yang bersepah -sepah tu . Huhukk







Aku nak buat tutorial , tapi still tak de mase buat masa ni , aku bagi korang link je dulu ekk, aku pun buat pakai tutorial ni juga. :)





http://www.adamxis.com/2011/01/tutorial-letak-sitemap-di-page-tab.html



SELAMAT MENCUBA . Tak paham , boleh tanya aku :)

Monday, August 1, 2011

Video Youtube berdurasi 10 Jam

 Kalau korang nak tahu , kat Youtube ada video berdurasi 10 jam ! Korang larat ke nak tengok ? HAHA





http://www.youtube.com/results?search_query=10+hour

Top