Saturday, April 9, 2011

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

 Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya
kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w.
di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan
didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.



Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :




"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah
(seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak
henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan
bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang
kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)




"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)




"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)




"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)




"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera.
Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah
Ar-Rahman; 54)




"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan
pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka
(penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula
oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)




"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)




"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)




"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh,
bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)




"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam
syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya
dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu
ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)




"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga,
kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi
dan petang." (Surah Maryam; 62)




"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan
syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi
orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia
Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah
mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)




"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)




"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka
diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan
pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)




"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)



Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih
sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami
teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Friday, April 8, 2011

Menutup Aurat atau Membalut Aurat ?





Definisi menutup dan membalut jauh perbezaannya. Sebagai contoh jika
kita membeli satu tong hitam untuk dijadikan tong sampah maka ia akan
dibekalkan dengan penutupnya atau sesetengah orang memanggilnya tudung.
Jika kita menggunakan tong sampah tanpa tudungnya akan menyebabkan
sampah itu akan diterbangkan angin dan sebaliknya kita membalut tong
sampah, ia seakan-akan menunjukkan kita tidak cerdik. Mengapa perlu
membalut tong sampah tersebut sedangkan telah dibekalkan penutup atau
tudungnya?



Di bawah ini ada ayat-ayat yang dipetik dari kitab suci al-Quran yang
menjelaskan secara jelas dan terang. Adakah wanita disuruh menutup aurat
atau membalut aurat mereka? Cuba anda perhatikan atau cari ayat yang
manakah menerangkan wanita perlu membalut aurat mereka dan bukannya
menutupinya.




Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk
menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa
itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Surah Al-A'raaf: 26.




Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah
suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami
mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera
saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau
wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap
wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan
janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai
orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Surah An-Nur: 24.




Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya* ke
seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk
dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah Al-Ahzab: 59.



* - Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.





Renungkanlah wanita-wanita yang bernama BINTI dan status agama dalam
pengenalan bernama ISLAM. Ia bukan sekadar untuk suka-suka jika kita
membalut aurat. Dalam al-Quran tidak pernah menyebut untuk membalut
aurat sebaliknya menutup aurat. Maka kita ikutlah seperti yang
terkandung dalam kitab suci al-Quran dan jangan diada-adakan benda yang
tidak ada.



Petikan dari http://kijang59.blogspot.com

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan





1. Menipu



Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama
ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk
"menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati
pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati
mereka telah dipermainkan.



2. Harapan / Kebebasan



Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya
malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal
ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang
mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki
yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan
perhubungan tersekat.



3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan



Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat
harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami.
Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius.
Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap
akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan
dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini,
perhubungan boleh menjadi putus.





4. Mengungkit Hal Yang Lalu




Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang
lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari
kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan
perhubungan.



5. Berbeza Pendapat



Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering
terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal
inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai
cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak
mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah
perhubungan.



6. Status Yang Tinggi


Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang
dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu
mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat
sesuai dengan diri mereka.



7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati



Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah
sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang
lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan
bertahan lama.



8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak



Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka
sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia
menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya
membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.



9. Kawan-kawan dan Keluarga



Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah
perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga
boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda
sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai
anda.

Thursday, April 7, 2011

Gambar : Bagaimana Perempuan Guna CD/DVD



kreatif habis .

cermin dgn perempuan mmg tak boleh dipisahkan . :p

Wednesday, April 6, 2011

Contest : Bila Aku Boring - Ditutup

Contest : Bila Aku Boring - Ditutup

minggu lepas , aku ade buat contest , tp cuma sorang yang join , tak dapat sambutan pun , so rasa nak tutup contest tu hari ni - 6 April 2011 .. so pemenang , sila bagi contact aku kat facebook ekkk ...

Tuesday, April 5, 2011

Video : Gol Paling Kurang Ajar Di Dunia

Da lama tak update ni , bersawang plak blog ni karang huhu .. Ok la , nak post 1 video kelkar untuk korang , huhu ..





Dasyat kan gol ni .. haha

Top