Thursday, August 5, 2010

Hero Dah Kembali Ke Pangkuanku.....Seronoknya....

Alhamdulillah...segala dugaan buat Hero telah berakhir....Hero telah sembuh dari penyakitnya dan juga telah dikasi sekali...Sekalung penghargaan dari saya buat Kelana Jaya Veterinar Clinic khususnya buat En Hadzwan dan Dr Intan. Salah seorang rakan Facebook saya iaitu Cik Yusnita juga sempat melawat Hero di sini...

Seperti biasa, kehadiran saya disambut oleh kucing-kucing gebu klinik ini....



Beginilah keadaan Hero apabila keluar dari kandang....


Kesempatan ini diambil oleh Cik Yusnita untuk mengusap-usap Hero..



Berikut pula adalah gambar-gambar hari terakhir Hero di Kelana Jaya Veterinary Clinic.

Salah seekor kucing Dr Intan, Ifa namanya...( maaf kalau tersalah eja yer )

Yang ini Sammy...beratnya mencecah 8.7kg....

Hero selepas dibawa masuk ke dalam kereta...

Memang dia rindukan saya amat-amat......






Selepas menjemput isteri dari pejabatnya, seperti biasa setiap hari Rabu saya akan singgah ke pasar malam untuk membeli nasi lemak sedap Ayahnyah...Tapi, masalahnya saya tak boleh tinggalkan Hero seorang diri kat dalam kereta..mahu atau tidak, saya terpaksa membawa Hero sekali ke pasar malam...hu hu hu

Ayahnyah masih tak perasan yang kami membawa Hero...

Beginilah reaksi Ayahnyah...Wannyah sedang sibuk melayan pelanggan....ramai betul pelanggannya semalam....

Tak pernah termimpi yang Hero akan pergi ke pasar malam....

Peniaga sebelah kedai Ayahnyah sedang asyik melihat Hero...termasuklah pelanggan yang membeli...semua tengok dia...tapi saya tak snap foto sebab nak jaga Hero takut2 dia terlepas....

Hero berposing di depan banner ayahnyah.blogspot.com

*********************************************************************

Sampai sahaja di rumah, beginilah aksi-aksi anak bulus saya...amat melucukan....

Ini Shizuka....

Ini Shinobi..dia diam jer..takut sebab ada "T-Rex Stranger" datang....

Shinosuke yang paling teruk sekali....

Shinbei yang oren tu berguling-guling dengan Pak Tam..( Pak Tam nampak Hero tapi buat-buat tak kenal konon....menci tul...)

Ini videonya sebaik sahaja Hero dilepaskan dari pet carrier.....








Okay, nanti saya update lagi kisah Hero...hari ni sempat update yang ini jer...ada tugas nak diselesaikan....

Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Teruskan mengikuti blog ini yer...


Wednesday, August 4, 2010

Video Kucing Yang Bernama Oyen Bakal Meruntun Hati Sesiapa Sahaja Yang Menontonnya...

Video Kucing Yang Bernama Oyen Bakal Meruntun Hati Sesiapa Sahaja Yang Menontonnya...

Ketika sedang leka mencari video-video kucing di Youtube, saya terjumpa sebuah video yang amat menyayat hati..kisah seekor anak kucing bernama Oyen telah mati tanpa diketahui sebabnya. Menitis air mata ketika menonton video ini. Saya terharu dengan satu babak di mana ianya menunjukkan tuannya, GenjiOnzu303677 sempat mengusap-usap bangkai Oyen di mana ianya telah disemadikan di dalam lubang sebelum ditanam.Lalu terciptalah lagu yang gemersik ini khas untuk Oyen...


Sempena dengan kisah video sedih ini, berikut adalah serba sedikit kisah haiwan yang dipetik dari email / Facebook Kakimotong Fan Club :


Kisah dari Pn Murni

Hari pertama permulaan Bola piala dunia 2 ekor anak kucing akak yg gebu bulat di racun manusia durjana.. tinggal lagi 2 ekor... nanti akak upload gambar2nya. Akak pun banyak pelihara kucing, ada kucing jalanan yg menyinggah terus menetap di rumah.. dan ada juga org yg biasa buang kucing kat rumah akak...

Selagi ada rezeki.. itula rezeki kami bersama.. yg di luar kawalan bila kucign sesama jantan berlawan masa akak kerja... so kadang tu ada yg hilang.. & ada juga yg eksiden....
Sepanjang hayat akak...
akak pernah bela kucing dlm 150 ekor pada 1 masa...

Sekarang ada dlm 30 ekor... Ada yg sehat, ada yg happy & ada yg suka menyendiri.. ada yg suka makanan mewah.. ada yg masih biasa nak cium gak tong sampah... hehe
Pepe hal... weekend bila free nanti akak akan loadkan mana yg mampu...
Ada yg pernah cacat akibat diserang musang.. ada yg kene langga motor patah pinggang.. Ada yg org curah air panas... ada yg org bantai & baling... yg terbaru sekalu motor ke keta ke langga kepala, 3 hari x dpt makan.. tapi sekarang Alhammdulillah...

Kepada manusia "Durjana" Bersiap sedialah Menerima azab Allah yg tidak terperi...
Ingat lah.. Binatang juga akan di bangunkan untuk perhitungan sebelum kembali menjadi tanah...
Tinggallah golongan manusia sahaja yg menghuni neraka jahanam...
Kepada parent... kalau ada anak kacil yg x paham tu.. tolong lah "didik"... jangan lah sampai tunggu anak jadi pembunuh besar esok.. baru gelabah nak nasihat...



Kisah dari Nurul Haslinda ( rakan Facebook )

sdih sgt2 .. teringat pula ketika sy menyelamatkan kucing yg tiada tuan terkene gigitan anjing dan nyawanya tahap nyawa2 ikan pd mse tu, perit , derita dye allah shj yg thu .. lagi2 time kucing nazak seolah2 dye ign bckp dgn kita :'(((


Kisah dari Biru Itu Saya ( rakan Facebook )

hmmm..sfia pnh jmpe ank kucin tu dia jd cmni mse otw alek dr kdai..pelik sbb mase g kdai xde..alek tu jmpe dia gah nyawa2 ikn..panik xtw nk wat ape cz bru pdah ,xtw vet tdekat kt ane..transport pon xde..
mmg btol2 ilang akal nk wat cmne..

Kisah kucing dari Miz Mimi ( rakan Facebook )

tringat kucing sye yg mti sbb kne aniaya ngn makhluk bnama manusia.smpai tkeluar usus die..time 2 sye nangis bagai nk gler...


p/s :

1 ) Mereka yang tiada perasaan menyayangi haiwan tidak akan faham dan tidak akan cuba untuk memahami mengapa air mata manusia itu mengalir hanya kerana seekor haiwan.

2 ) Kalau anda juga mempunyai kisah2 tragis kucing, boleh komen dalam entri ni...

Tuesday, August 3, 2010

Wajah-Wajah Kesayangan Hamba Yang Paling Comel

Ini adalah baki rentetan entri yang lepas di mana saya tak sempat upload kerana kesibukan tugas.......

Hero nampak gembira bila nampak kami...siap berdiri lagi tu....kalau ada kaki depan dia dah tabik agaknya...

Dia keluar sendiri dari sangkar...mukanya bersih sangat..pandai betul En Hadzwan dan Dr Intan jaga dia...sebelum ni, muka Hero calar balar dek dikerjakan Pak Tam yang hyper tu...
Alahai,,, cairnya hati papa bila tengok Hero.....

Kucing En Hadzwan, Mocha mengintai-intai Hero...Masa tu Hero dah masuk balik ke dalam sangkar...

Sweetnya wajah Hero ni...nampak cool jer...

Di bawah ni adalah rakaman video ketika sesi melawat Hero hari Sabtu lepas....











***************************************************************************
Pagi Isnin sebelum pergi kerja, saya terkejut melihat Pak Tam seolah-oleh menyusu dengan anak-anak bulus ni....rupa-rupanya, dia nak tiru apa yang anak bulus tu buat...dia tak menetek, cuma menjilat-jilat badan Si Baby tu jer...

Mama Hero menamakannya anak bulus yang ni Shinosuke ( kalau tak silap )

Yang ni Shinobi kot ( jgn marah yer Kaizen )....

Pak Tam sedang menggomol anak-anak bulus...nakal betul dia tu....mentang-mentangla dah baik sakit....

Tunggula saya tengah kumpul duit nak beli kamera DSLR....gambar mesti tip top punya...dia ni baru lepas berguling2 dengan anak patung "ang-ang" Along...

Shinbei tengah main dengan Shinobi....

Shinbei ni yang paling aktif sekali....habis semua kaki orang dipanjatnya....

Dah penat bergurau, Shinosuke ni lepak kat tangga..

Pandangan dari atas tangga....

Pak Tam nak acah-acah si anak-anak bulus ni ( nak ajak main lagi ), tapi diorang tak mau layan pun....

Dia ni pun suka kejar kaki orang...
Ngam2 jer saya nak snap muka Si Pak Tam ni, dia pergi terjah plak kat handphone saya...langsung gambar tu jadi macam ni.....Hidung dia jadi mancung...ha ha ha

Time dah sampai la tue....

Seperti yang dikatakan di atas, diorang dah tak mau layan si Pak Tam lagi..

Si Shinosuke ni plak pegi ke dapur menghabiskan makanan Pak Tam..nak jer saya halang dia dari makan makanan tu, tapi tak sampai hati pulak...

Lepas tu, entah macamana tiba-tiba si Shinobi ni plak tiba-tiba mencelah. Pak Tam pun menyibuk sekali kat situ...nak makan la kononnya...

Jangan tertipu...!! Ini adalah Mak Tam..tak banyak kisah dia kat dalam blog ni...dia ni pun adalah kucing jalanan yang datang entah dari mana.....nanti saya ceritakan dalam entri yang akan datang...Tajuknya " Mak Tam Si Janda Kesepian..."

p/s :

Hati ini masih tak habis2 mengucapkan syukur kerana segala dugaan dapat saya tempuh dengan jayanya. Ini semua adalah berkat doa anda semua. Yang mana tak tahu apa dugaan yang saya alami, rajin2la korek entri kat dalam blog ni..klik jer kat older post pada perenggan bawah setiap entri tu....

Ada sesiapa lagi yang nak beli stiker ekslusif Hero ni??

Monday, August 2, 2010

Apabila Si Kembar Ke Klinik Veterinar.....

Kali pertama melihat pintu klinik, Along & Angah beria-ia nak masuk ke dalam...Mungkin dia tahu yang kami akan melawat Hero. Angah siap menyuruh saya meletakkannya ke atas tempat pemeriksaan haiwan tu.

Angah ni pun rindu kat Hero agaknya....

Kelihatan di belakang tu ialah En. Hadzwan.


Si Sammy ni lagi berat dari Along...tinggi pun hampir sama dengan Along...

Sihat betul Si Sammy ni.....

Lepas tu, Along pula menuruh saya meletakkannya ke atas tempat pemeriksaan kucing tu...biasa la, kalau dah ada anak kembar ni kena bagi sama rata.....

Suka dengar Along & Angah panggil "Iyooo...." he he he

Inilah wajah terbaru Hero. Dia dah sihat sepenuhnya dan dijangka boleh dibawa pulang pada hari Rabu 4.08.10....Ada peminat setia Hero bernama Cik Yusnita ( dari rakan Facebook ) selalu melawatnya....terima kasih yer Cik Yus...

Untuk pengetahuan bagi mereka yang mengikuti perkembangan Hero, dia juga telah dikasikan ( neutered )...

Kepada Kelana Jaya Veterinary Clinic khususnya buat En Hadzwan dan Dr Intan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah merawat Hero sehingga sembuh...Saya yakin, para peminat Hero juga berterima kasih kepada anda berdua.


P/s :
Seperkara lagi yang saya risau selepas ini ialah berat badan Hero akan naik selepas dimandulkan...saya takut dia tak boleh berjalan pulak...adessss.....ada sesiapa yang boleh buatkan kaki Hero ni ke??? hu hu hu

Dapatkan Pelekat Cermin Kereta Eksklusif Bertemakan Animal Lover Dengan Hanya RM10 Sahaja

Para pembaca semua...

Saya agak sibuk dengan tugas sejak kebelakangan ni...banyak pelan bangunan saya nak siapkan...jadi, buat sementara saya letak entri iklan ni dulu yer.....saya akan cuba sedaya upaya untuk mengemaskini blog ini dengan kadar segera...

Terima kasih....

Anda boleh lihat contoh pelekat kereta ini di gambar profile Kakimotong Fan Page atau pun tengok jer kat gambar Hero kat atas ni.... Ciri-cirinya ialah :

1 ) Design ini adalah secara menegak.
2 ) Ukuran : 8cm panjang x 15cm lebar
3 ) Warna : ikut design gambar yg disertakan.
4 ) Warna latar belakang : Putih
5 ) Imej adalah gambar Hero yang sedang berdiri
6 ) Teks seperti yang dipapar.

Harga : RM10 per pcs ( termasuk kos penghantaran )

Sekiranya anda berminat untuk membeli pelekat cermin kereta ini, berikut adalah yang perlu anda lakukan:

1 ) Lawati Kakimotong Fan Club ( klik sini ) di Facebook dan klik kat "I'M ATTENDING" sebagai tanda setuju untuk pembelian. "MAYBE" tak digalakkan klik. Kalau tak nak beli, klik jer kat "NO" tu

2 ) Kemudian, buat transaksi online transfer ke dalam nombor akaun ni :

1142 5413 7009 ( MAYBANK ) / MOHD HAIREY BIN YAHYA

Lepas tu :

2 ) Emailkan kepada boyachilles30@gmail.com segala butir-butir berikut:

a ) Nama penuh disertai dengan nama Facebook anda / nama blog skali
( sekiranya anda adalah blogger ) untuk mengelakkan kekeliruan sebab takut ada nama yang serupa.

b ) Jumlah stiker yang nak dibeli

c ) Alamat untuk penghantaran barang ( pastikan ada orang )

d ) Salinan senarai transaksi online anda bg membuktikan yang pembayaran telah dibuat.

Lepas tu lagii....??

3 ) Komen kat wall KAKIMOTONG FAN CLUB tu dan taip "Saya Dah Beli Sticker Hero" sebagai signal yang anda telah selesai proses di atas.

Apa lagi tunggu?? jomla tampal stiker ni kat kereta korang...kalau takde kereta,kat akuarium atau cermin bilik air pun bole...
ngee ha ha ( pinjam gelak Kaizen Shinobi )''

Anda boleh berkunjung ke KAKIMOTONG FAN CLUB di Facebook untuk tempahan. Untuk anda yang tiada akaun Facebook, anda boleh emaikan kepada saya secara direct untuk tempahan.


Top