Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Inilah Sebab Kenapa 33 Askar Wanita Amerika Termengandung Di Iraq


Askar wanita yang akan ke Iraq diarahkan Kementerian Pertahanan Amerika supaya membawa kondom. Ini kerana berlaku peningkatan kehamilan yang agak mebimbangkan semasa misi ketenteraan.

Ada juga iklan di dalam sebuah majalah tentera memberi amaran kepada askar wanita supaya mengambil perlindungan kerana terdapat 50 lelaki untuk setiap wanita.Peraturan ketenteraan di Amerika melarang askar mengadakan hubungan di kawasan perang.

Namun menurut cerita dari pegawai tentera, larangan itu diabaikan sekiranya hubungan itu berlaku antara askar berpangkat yang sama (same rank) dan juga jika tidak mendatangkan kesan kepada operasi. Inilah punca sebenarnya selain ratio 50 lelaki untuk 1 wanita.

Adakah wajar perkara ini berlaku pada pendapatan anda ? Memang Amerika punya style, tak boleh cakap apa dah.



Friday, May 22, 2015

Kisah Benar Seorang Anak Minta Ayah Belikan iPhone 6 128GB Untuk Kekasih Sucinya


Assalamualaikum. ini adalah satu kisah benar yang terjadi pada rakan saya yang berkerja di Batu Pahat. Harap sebarkan, biar budak itu terasa.

Semalam, aku dapat seorang customer, seorang anak dan ayahnya datang. Ayah dia sakit kaki, macam tak berdaya nak berjalan. Aku pun berikan layanan.

Aku: Assalamualaikum pakcik, kami ada set handphone, laptop dengan barangan rumah. Ada tiga cara bayara, cash, kad kredit dan ansuran mudah.

Ayah: Kalau ansuran mudah macam mana cara dia?

Aku: Kalau ansuran mudah, sediakan penyata gaji, salinan kad pengenalan dan penyata bank. Kalau malas nak pergi bank buat penyata bank, bagi je nombor akaun, saya buatkan penyata bank. Pakcik nak apa, saya kirakan sekali bayaran bulanannya. Paling maksimum bayaran boleh sampai tiga tahun saja.

Anak: Okay bang, berapa eh sebulan untuk iPhone 6 128GB dengan Samsung Note 4?

Aku: *terus ambil kalkulator terus kira* Okay, kalau dua handphone, RM296 untuk sebulan selama 3 tahun. (Sambil tersenyum aku tengok, muka pakcik itu yang macam resah. Aku tahu pakcik tu orang susah).

Anak: Okay, ayah jadi eh? Boleh eh?

Ayah: (Hanya mampu mengangguk mengikut kehendak anak dia)

Aku: Beli handphone sampai dua, satu siapa punya? Umur adik berapa?

Anak: Yang Samsung Note 4 itu saya punya, yang iPhone 6 128GB tu saya nak hadiahkan kepada makwe saya bang. Minggu depan hari lahir dia. Umur 15 bang.

Aku: (Mengucap dalam hati, sambil geleng kepala. Ya Allah, macam ni sekali anak dia buat kat ayah dia? Ayah dia yang bayar bulan-bulan, senang-senang je anak bagi kat makwe dia). Ayah dia terus keluarkan dokumen, aku tengok penyata gaji ayah dia sebulan cuma RM950.

Aku: Okay pakcik, nanti saya proses. Dalam masa seminggu akan dapat jawapan lulus ke tak.

Ayah: Okay. baik dik. Terima kasih. (Dengan wajah yang seperti pasrah dengan kehendak anak dia)

Aku: Sama-sama pakcik. Datang lagi.

(Aku senyum dengan rasa bersalah tengok keadaan ayah dia yang kaki tempang berjalan keluar. Ya Allah macam nak menangis tengok.-sumber

Monday, August 9, 2010

Hero Yang Ku Sayang......

Alhamdulillah, sejak keluar dari klinik, Hero berada dalam keadaan sihat. Cuma, dia ada terkena selesema dan berak cair ( tapi bukan cirit birit ). Mungkin disebabkan oleh perubahan dietnya ketika berada di dalam wad dan dietnya di rumah.

Setiap waktu tengah hari dan malam, Hero selalu naik ke tingkat atas. Tak tahulah sebab apa pula. Mungkin sebab angin di tingkat atas lebih nyaman dan sunyi. Hero memang tak suka tempat-tempat yang bising sebab dia akan berasa terancam.




Hero Yang Tengah Bersenang Hati


Wajah Hero berseri semula...matanya bersinar. Dari pengamatan saya, selepas dikasi perangainya berubah sikit. Hero menjadi lebih manja dari dulu. kalau dia kencing, baunya tak sehancing dulu. Kata Dr Intan, air kencing Hero berbau tengik sebelum dikasi adalah disebabkan air kencingnya yang bercampur dengan sperma / air berahi jantan ( sila betulkan yer kalau ada kesilapan di sini ). maklumlah, saya ni membela kucing ikut cara kampung.




Perangai Hero menjadi agak pasif. Suara manjanya bertambah kuat apabila badannya diusap.




Kalau dia nak turun ke tingkat bawah, dia akan tunggu sesiapa di tangga ( samada saya atau isteri ) untuk mengangkatnya turun. Kalau dia nak turun ke bawah, biasanya hanya dua perkara yang dia akan buat iaitu ke ruang tamu untuk bersantai dan ke dapur untuk makan atau buang air di bilik air yang terletak di dapur.




Beginilah keadaan Hero bila bersantai....




Hero sebenarnya tak suka lalat...geli agaknya...


Ketika ini, Hero sedang bersantai di balkoni Bilik tidur utama.



**********************************************************************
 Ini video terbaru anak-anak bulus saya.....




p/s :

1 ) Alhamdulillah Hero sihat semula. Setakat ni Pak Tam masih buat-buat tak kenal Hero. Makan jer tau dia tu. 

2 ) Kepada sahabat-sahabat KMFC ( Kakimotong Fan Club ), saya tumpang gembira melihat anda semua berjaya di dalam XPDC mendaki Bukit Tabur. Terserlah wajah-wajah keikhlasan anda semua.

3 ) Masih menunggu update blog dari Papa Meow.


Enhanced by Zemanta

Wednesday, August 4, 2010

Video Kucing Yang Bernama Oyen Bakal Meruntun Hati Sesiapa Sahaja Yang Menontonnya...

Video Kucing Yang Bernama Oyen Bakal Meruntun Hati Sesiapa Sahaja Yang Menontonnya...

Ketika sedang leka mencari video-video kucing di Youtube, saya terjumpa sebuah video yang amat menyayat hati..kisah seekor anak kucing bernama Oyen telah mati tanpa diketahui sebabnya. Menitis air mata ketika menonton video ini. Saya terharu dengan satu babak di mana ianya menunjukkan tuannya, GenjiOnzu303677 sempat mengusap-usap bangkai Oyen di mana ianya telah disemadikan di dalam lubang sebelum ditanam.Lalu terciptalah lagu yang gemersik ini khas untuk Oyen...


Sempena dengan kisah video sedih ini, berikut adalah serba sedikit kisah haiwan yang dipetik dari email / Facebook Kakimotong Fan Club :


Kisah dari Pn Murni

Hari pertama permulaan Bola piala dunia 2 ekor anak kucing akak yg gebu bulat di racun manusia durjana.. tinggal lagi 2 ekor... nanti akak upload gambar2nya. Akak pun banyak pelihara kucing, ada kucing jalanan yg menyinggah terus menetap di rumah.. dan ada juga org yg biasa buang kucing kat rumah akak...

Selagi ada rezeki.. itula rezeki kami bersama.. yg di luar kawalan bila kucign sesama jantan berlawan masa akak kerja... so kadang tu ada yg hilang.. & ada juga yg eksiden....
Sepanjang hayat akak...
akak pernah bela kucing dlm 150 ekor pada 1 masa...

Sekarang ada dlm 30 ekor... Ada yg sehat, ada yg happy & ada yg suka menyendiri.. ada yg suka makanan mewah.. ada yg masih biasa nak cium gak tong sampah... hehe
Pepe hal... weekend bila free nanti akak akan loadkan mana yg mampu...
Ada yg pernah cacat akibat diserang musang.. ada yg kene langga motor patah pinggang.. Ada yg org curah air panas... ada yg org bantai & baling... yg terbaru sekalu motor ke keta ke langga kepala, 3 hari x dpt makan.. tapi sekarang Alhammdulillah...

Kepada manusia "Durjana" Bersiap sedialah Menerima azab Allah yg tidak terperi...
Ingat lah.. Binatang juga akan di bangunkan untuk perhitungan sebelum kembali menjadi tanah...
Tinggallah golongan manusia sahaja yg menghuni neraka jahanam...
Kepada parent... kalau ada anak kacil yg x paham tu.. tolong lah "didik"... jangan lah sampai tunggu anak jadi pembunuh besar esok.. baru gelabah nak nasihat...



Kisah dari Nurul Haslinda ( rakan Facebook )

sdih sgt2 .. teringat pula ketika sy menyelamatkan kucing yg tiada tuan terkene gigitan anjing dan nyawanya tahap nyawa2 ikan pd mse tu, perit , derita dye allah shj yg thu .. lagi2 time kucing nazak seolah2 dye ign bckp dgn kita :'(((


Kisah dari Biru Itu Saya ( rakan Facebook )

hmmm..sfia pnh jmpe ank kucin tu dia jd cmni mse otw alek dr kdai..pelik sbb mase g kdai xde..alek tu jmpe dia gah nyawa2 ikn..panik xtw nk wat ape cz bru pdah ,xtw vet tdekat kt ane..transport pon xde..
mmg btol2 ilang akal nk wat cmne..

Kisah kucing dari Miz Mimi ( rakan Facebook )

tringat kucing sye yg mti sbb kne aniaya ngn makhluk bnama manusia.smpai tkeluar usus die..time 2 sye nangis bagai nk gler...


p/s :

1 ) Mereka yang tiada perasaan menyayangi haiwan tidak akan faham dan tidak akan cuba untuk memahami mengapa air mata manusia itu mengalir hanya kerana seekor haiwan.

2 ) Kalau anda juga mempunyai kisah2 tragis kucing, boleh komen dalam entri ni...

Friday, July 30, 2010

Kisah Benar Antara Aku Dan Kucing Jalanan Bernama Burn...


gambar hiasan







Sudah lama saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua mengenai kisah ini dan hari ni Alhamdulillah saya berpeluang untuk mengarangnya. Kisah ini berlaku sebelum saya dan isteri menimang cahaya mata setelah setahun lebih berkahwin. Peristiwa ini juga berlaku ketika kami tinggal di rumah lama di sebuah apartment.

Di sekitar pertengahan tahun 2006, seperti biasa saya memandu pulang ke rumah melalui Lebuhraya Besraya Cheras. Lebih kurang pukul 5 atau 6 petang, sebaik sahaja melepasi Plaza Tol Sg Long ( RM0.90 ) saya terlihat ada seekor kucing yang amat besar bermundar-mandir di tengah-tengah jalan raya. Keadaannya amat daif. Kemudian saya ternampak pula kereta-kereta yang melepasi palang tol teragak-agak untuk meneruskan perjalanan kerana takut terlanggar kucing tersebut. Ada juga pemandu yang tidak bertimbangrasa terus memecut keretanya sebaik sahaja melepasi palang tol walaupun dia tahu risikonya yang dia akan melanggar kucing itu.

Saya dah nekad, kucing ni mesti diselamatkan tak kira walau apa pun yang terjadi. Lebih kurang 30 meter dari palang tol ( jarak yang baik untuk kereta memecut ) saya memberhentikan kereta di tengah-tengah kesibukan jalan raya. Banyak kereta yang membunyikan hon sebagai tanda marah tapi saya tak pedulikan tu semua. Sebaik sahaja saya memberhentikan kereta dan menyalakan 'Hazard Light', sepantas kilat saya keluar dari kereta dan menyambar kucing tersebut yang berada betul-betul di hadapan kereta saya ketika itu. Saya juga dimaki oleh seorang pemandu kerana kononnya saya membahayakan laluan keretanya. Sempat juga saya merenung mata pemandu tersebut yang berada cuma sedepa dari badan saya. Pemandu tersebut memandang ke arah kucing yang saya dakap itu sambil menggelengkan kepala. Saya terus memasuk ke dalam kereta semula dan memandu ke arah bahu jalan dengan niat untuk melepaskan kucing itu semula.

Kemudian, baru saya perasan. Kucing tersebut berwarna hitam dan tiada bulu langsung. Dari kepala sampai ke ekornya. Kemudian saya terasa tapak tangan saya menjadi kasar. Rupa-rupanya kucing tersebut dah terkena kurap yang amat kronik. Kesan kasar di tapak tangan saya adalah kopeng-kopeng kurapnya. Allahhuakbar saya cakap. Kasihan sungguh kucing ini. Saiznya pula amatlah besar. Lagi besar dari kucing saya yang bernama Hero. Baru saya teringat kembali ketika mengangkat kucing tersebut, ianya terlalu berat sekali. Berkali-kali saya fikir, adakah patut saya melepaskannya ke tepi jalan semula? Bagaimana kalau dia pergi ke tengah jalan semula? Kalau dia tak pergi ke jalan raya sekalipun, bagaimana pula dengan kurapnya? Yang pasti tiada seorang manusia pun yang akan memegangnya selepas ini. Sudah pasti dia akan mati disebabkan kurap...Aduhai, seksanya hidup dia...Perasaan geli masa itu langsung tidak terfikir. Ketika masih di bahu jalan, saya buka but kereta dan mencuci tangan ala kadar sahaja. Saya sempat menoleh ke arah kaunter tol di belakang. Ternampak kelibat seorang pengawal tua senyum ke arah saya walaupun jaraknya mencecah lebih kurang 100m. Saya masih boleh lihat dengan jelas misai dan gigi pakcik tu tersenyum ke arah saya. Saya tak fikir panjang lalu membawa kucing itu pulang ke rumah.

Semasa di dalam kereta, kucing itu terus tidur di tempat letak kaki sebelah penumpang hadapan. Dia dalam keadaan mengantuk, dahaga, lapar dan sakit pedih akibat kurap. Sempat juga saya 'berbual' dengannya.

"Jangan risau yer...aku dah jaga kau sekarang..jangan takut...kejap lagi aku beli makanan yang sedap2 untuk kau" Kemudian saya singgah ke 7 Eleven untuk membeli makanan kucing jenis basah berharga RM1.20 dan memberinya makan di dalam kereta sejurus selepas itu.

Kesian sungguh kucing tu. Keadaannya daifnya lebih dari yang saya sangka. Saya menelefon isteri dan memberitahunya yang saya ada bawa kucing balik. Seperti yang dijangka, isteri saya membenarkannya. Saya tidak memberitahu isteri saya tentang keadaan sebenar kucing ini.

Sampai sahaja di rumah, isteri saya terkejut dengan keadaan kucing tersebut. Badannya berwarna hitam seperti terbakar, tambahan lagi tiada bulu langsung. 100% hanyalah kerak kurap. Aduhai keluh isteri saya. Selepas itu, saya tinggalkan kucing tersebut di rumah sementara saya pergi kedai membeli minyak gamat ( tak ingat pula berapa botol ) dan satu pek besar makanan kucing.

Dengan kalimah Bismillah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, saya lumur badan kucing tu dengan minyak gamat dengan sepenuh hati dan belas saya. Isteri saya memang tidak mahu tengok sebab terlalu sedih keadaannya. Kucing tu besar, tapi dia tidak melawan ketika diubati kerana terlalu letih barangkali. Sambil melumurkan minyak gamat tersebut, kucing itu tertidur. Ini amat memudahkan saya untuk "kerjakan" dia. Keadaannya ketika itu baru sahaja selesai makan dan minum. Keadaan gelojohnya ketika makan rasanya tidak perlu saya ceritakan di sini sebab anda semua mungkin sudah boleh membayangkannya. Isteri saya menamakannya Si Burn, sempena keadaannya ketika dijumpai seperti kucing terbakar. Kena pula nama tu dengan dia. Untuk pengetahuan, saya terpaksa kurung Si Burn ni di bilik belakang. Bilik tersebut memang saya buat stor. Saya terpaksa kuarantin dia sebab takut kurap merebak kepada kucing-kucing saya yang lain.


Pada Subuh esoknya, sebelum ke tempat kerja saya sempat 'menyalin" makanan dan pasir kumbahannya. Si Burn masih tidur lagi. Posisi tidurnya masih sama dengan posisi tidur pada malam sebelumnya. Kasihan, berapa hari agaknya dia tidak tidur kerana kegatalan dan pedih akibat kurapnya itu.

Lepas pulang dari kerja, Si Burn masih tidur tetapi posisinya berlainan. makanan sudah pun habis dan ada terdapat 2 ketulan najis di dalam dulang pasir kumbahannya. Alhamdulillah, dia dah selesa barangkali. Air di dalam bekas minumannya dah hampir kering. Semasa dia tidur, saya amati badannya dengan teliti. Seumur hidup saya, belum pernah saya terjumpa kurap yang sedemikian rupa. Tetapi, saya perasan kerak kurapnya menjadi kecut dan tertanggal. Ini sudah bagus....!!! Lantas saya lumurkan minyak gamat ke seluruh badannya lagi. Kali ni, tapak tangan saya penuh dengan kerak kurap yang tertanggal. Terasa nak muntah pun ada. Tapi, saya tidak mahu buat sekerat jalan. Saya lumurkan sahaja sambil menelan air liur yang tidak berapa boleh nak telan.

Pada Subuh esoknya, Si Burn dah bangun dan kelihatan dia menjilat badannya yang dilumur dengan minyak gamat dengan selamba. Saya dan isteri pun gembira melihat keletahnya. Seperti biasa, saya "menyalin" perlatan keperluannya. Saya masih ingat lagi ketika itu hari Jumaat. Saya dan isteri pula bekerja setengah hari itu( tak ingat pula terpaksa keluar dari tempat kerja atas urusan apa ). Sebaik sahaja sampai di rumah, kami terkejut melihat ada 2 ekor burung hitam terperangkap dan berterbangan di dalam rumah. Saiznya sebesar burung tiong dan rupanya seperti burung gagak tetapi yang pasti ianya bukan burung gagak. Kalau yang seekor terbang ke kanan, yang seekor lagi akan ikut terbang secara bersebelahan. Pendek cerita, mereka memang tak mahu berenggang. Ke mana sahaja mereka akan terbang berdua. Saya tidak pula memikirkan apa-apa. Bagi saya, burung-burung ini mungkin tersalah masuk lubang sarang lalu termasuk ke dalam rumah saya. Selepas setengah jam, saya masih gagal mengeluarkan burung-burung tersebut walaupun semua tingkap telah saya buka dengan seluas-luasnya. Burung-burung tu tetap tidak mahu keluar. Ia bertenggek di bahagian ropol langsir. Ini dah lain dah ni bisik hati hati saya. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk tidak ambil pusing. Saya terus ke bilik dan merehatkan diri. Selang beberapa minit apabila saya menjenguk ke ruang tamu semula, burung-burung itu dah tiada. Agak menghairankan kerana burung tu nak keluar pun bersama-sama.

Saya sempat menjenguk Si Burn, bermain-main dengannya sebentar dan membersihkan apa yang patut. Saya amat gembira melihat kepala dan badannya telah mula ditumbuhi bulu. Cuma bahagian bawah perut dan ekornya agak lambat baik. Lantai bilik itu penuh dengan kerak kurap yang tertanggal. Kalau anda nak tahu, rupanya kelihatan seperti tahi minyak. Bau bilik tersebut agak busuk kerana terperap dengan bau najis dan bau minyak gamat., Matanya dah bersinar semula. Bulu-bulunya yang tumbuh kelihatan sangat halus dan bersih. saya selalu berkata kepada Si Burn: " Minta maaf sebab terpaksa kurung kau..bukan apa, takut nanti kau gaduh dengan Hero...nanti Hero plak kena kurap" Saya tak pasti samada dia faham atau tidak tetapi selepas itu dia menggeselkan kepalanya di seluar saya sehingga ada kerak kurapnya tertanggal dan melekat di seluar saya.

Pada malam itu, saya bermimpi saya pergi memancing di sebuah tasik yang sangat cantik. saya telah mendapat 2 ekor ikan emas yang sangat cantik Kedua-duanya sama warna. Perasaan ketika itu gembira amat terkata.

Pada hari Sabtu esoknya, saya pergi ke tempat kerja macam biasa sementara isteri ke rumah ibunya. Kehidupan kami berjalan seperti biasa. Tiada benda-benda pelik yang berlaku. Semasa dalam perjalanan pulang, saya dan isteri tidak habis-habis berbual pasal Burn. Sepanjang 1 jam setengah perjalanan, kami tidak putus-putus bercerita.

Sebaik sahaja sampai di rumah, saya membuka pintu bilik untuk menjenguk Burn. Tidak sabar rasanya mahu melihat badannya ditumbuhi semula. Apabila daun pintu bilik dibuka, saya dapati Burn tiada di dalam bilik. Bilik itu juga kurang berbau. Tingkap dan pintu memang tertutup rapi kecuali di tingkap kecil di bahagian atas daun tingkap ( top hung window ). Tidak mungkin Burn memanjat tingkap tersebut memandangkan keadaan langsir yang masih tersisip rapi. Kalau Si Burn memanjat tingkap, pasti langsir itu akan terhurai dan ada kesan kotoran minyak gamat. Pintu pula memang tidak dibuka. Tiada kesan pergelutan kucing kerana kalau Si Burn keluar dari bilik, Hero mesti bergaduh dengan Burn. Isteri saya bertambah terkejut dengan apa yang berlaku. "Siapa agaknya Si Burn tu bang??" tanya isteri saya. Saya masih keliru dengan keadaan yang berlaku. Puas saya selongkar seisi rumah namun tidak menemui apa-apa pun. Bekas makanan masih ada baki makanan, begitu juga air minuman. Dulang pasirnya ada 1 najis tapi tak berbau. Botol minyak gamat yang kotor luarannya kelihatan bersih seperti sediakala. Bantal yang dikhususkan untuk Si Burn baring masih terletak kemas di tepi penjuru bilik. Bilik itu seolah-olah tidak pernah dikurungi kucing. Kerak kurapnya yang besar di atas lantai menjadi kecil dan ini amat memudahkan saya untuk membersihkannya. Kemudian saya periksa keadaan fizikal Hero. Saya amati betul-betul. Keadaannya normal. Mukanya juga menunjukkan muka selamba. Aihh..macamana pula Si Burn boleh keluar dari bilik ni? Ke mana pula dia pergi ni? Kalau dia mati di rumah, di mana bangkainya?

Pada malam itu, sekali lagi saya bermimpi dapat memancing dua ekor ikan. Kali ini bukan ikan emas, malah lebih besar dari itu. Rupanya seperti ikan patin tetapi bersisik.

Pada pagi Ahad, saya bertanya kepada jiran yang tinggal di aras tingkat bawah ( beliau adalah surirumah sepenuh masa ) dan kepada tukang sapu sampah yang selalu bertugas di situ. Mereka berkata tidak jumpa apa-apa bangkai kucing atau kucing yang berwarna hitam di kawasan itu. Kalau Si Burn mati masa terjun, tukang sapu itu mesti jumpa bangkainya. Saya mula berkata-kata di dalam hati..... "Makhluk apa yang aku bawak balik ni?? Pelik betul...!!!" Selepas kejadian itu, saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Kami pasrah. Saya tetap harapkan yang Si Burn ni selamat.

Selang seminggu lebih selepas peristiwa itu, pada suatu pagi isteri saya muntah-muntah semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Saya dah syak yang isteri saya mula mengandung. Saya bertanyakan kepada isteri samada mahu pergi kelinik atau ke tempat kerja? Dia kata mahu ke tempat kerja kerana di sana pun ada klinik. Pada waktu tengah hari, isteri saya menelefon dan memberitahu yang memang sah dia mengandung. Saya gembira tidak terkata. Penantian selama hampir 2 tahun kini berakhir. Doktor pula mengesahkan kandungan  sudah berusia 2 minggu ( masa tu tidak perasan lagi umur kandungan sama dengan usia kehilangan Si Burn iaitu 2 minggu )

Ketika mengandung, kesemua yang makanan diminta oleh isteri saya semuanya mesti dua. Kalau nak nasi lemak, mesti dua bungkus walaupun yang memakannya hanya dia seorang. Begitu juga dengan roti canai, air teh ais bungkus dan lain-lain makanan.

Selepas kandungan mencecah 3 bulan, saya dan isteri teringin nak melihat bakal cahaya mata. Kami pergi ke sebuah klinik swasta untuk pengimbasan kandungan ( scan perut ). Doktor yang mengimbas perut isteri saya mula mengerutkan dahi sambil menjeling ke arah saya. Sambil doktor tersebut menggelek-gelekkan ‘nozzle’ pengimbas itu di atas perut isteri saya, dia bertanya :

Doktor : En Hairey ni ada keturunan kembar tak??

Saya : Rasanya tak ada ( sambil mengerutkan dahi dengan penuh kehairanan. Isteri saya senyum sahaja ketika itu )

Doktor : Menurut pengamatan saya, ada dua bayi kat dalam perut ni. Rasanya macam kembar.

Saya : Eh...?? Betul ke?? Boleh saya tengok?? ( justeru itu, saya melihat ke arah monitor...kelihatan ada 2 kepala bayi sebesar bola ping pong di dalam perut. kedua bayi tersebut kelihatan aktif sekali walaupun baru berusia 3 bulan )

Doktor : Saya pasti, ini memang kembar. saya syorkan awak buat pemeriksaan lanjut di hospital.

Saya : Baik..( membalas soalan dengan penuh kekeliruan )

Dipendekkan cerita, kami telah membuat pemeriksaan di sebuah lagi klinik swasta dan di hospital HUKM. Kesemuanya berkata ianya adalah bayi kembar. Alhamdulillah, setelah genap 7 bulan mengandung, isteri saya selamat melahirkan Along & Angah secara normal dan perbezaan masa kelahiran hanya 7 minit. Walaupun Along & Angah lahir tidak cukup bulan, mereka berdua sihat dan tidak memerlukan bantuan oksigen. Doktor mengesahkan paru-paru mereka kuat dan boleh bernafas sendiri.  Menurut doktor pakar, biasanya bayi yang pramatang perlu diberi bantuan pernafasan.

Barulah kami faham apa yang berlaku sebelum ini adalah petanda-petanda ada rezeki dan rahmat yang amat besar dilimpahkan kepada kami. Bagi diri saya secara peribadinya, keadaan hidup saya banyak dilimpahi rezeki selepas membela Hero ( wallahualam )..Tak mungkin ianya berlaku kebetulan..selepas itu, kehidupan saya sebelum kahwin dulunya suram kini sudah berwarna-warni. Saya mendapat lebih dari apa yang saya jangkakan.

Cerita di atas adalah kisah benar yang telah saya ringkaskan. Ada banyak lagi perkara pelik yang berlaku sebelum kehilangan Si Burn.

Persoalannya :

1 ) Benarkah Si Burn itu kucing? Kalau bukan, makhluk apakah ia?
2 ) Sampai ke hari ini, di manakah ia? Adakah dia masih hidup?
3 ) Apa hikmah di sebalik semua ini?
4 ) Bagaimana dia hilang begitu sahaja di dalam bilik yang berkunci dan daun tingkap yang terkatup rapat?

5 ) Kenapa saya diuji sebegini rupa?

Ada banyak lagi persoalan yang tak mampu saya ungkaikan di sini. Kepada Burn, tidak kira siapa kamu, kami sekeluarga tetap menyayangimu.

p/s :

1 ) Kalau terjumpa ada kucing atau manusia yang menghampiri kamu meminta bantuan, bantu dia dengan seikhlas hati dan penuh rasa tanggungjawab. Kita tak tahu samada dia tu kucing, manusia atau malaikat rahmat.

2 ) Kalau ternampak orang menyepak kucing di kedai makan, biarkan sahaja. Tak payah nak bertegang urat. Anggap sahaja yang dia telah menyepak "malaikat rahmat" yang ingin memberinya rezeki.


Updated :

Untuk pengetahuan, entri ini adalah gaya penulisan PH 1 tahun lebih lalu. Kisah ini berlaku sebelum blog Kakimotong ini wujud lagi....PH pun masih belajar menulis ketika ini....Facebook pun baru diperkenalkan ketika kejadian ini berlaku, PH langsung tak terfikir nak ambil foto Si Burn apatah lagi menulis blog dan SHOUT SANA SINI di Facebook macam yang berlaku sekarang...Cara nak menangani masalah kucing jalanan yang dijumpai pun masih samar-samar...PH pun manusia biasa juga....Masa tu PH pun pakai handphone biasa sahaja...Blog-blog dan laman Facebook pencinta haiwan pun masih berada di zaman kelesuan. 

Antara percaya atau tidak mengenai kisah Si Burn ini, terpulanglah kepada penilaian anda sebagai pembaca...Jangan jadikan cerita Si Burn ini sebagai modal untuk menghentam PH di belakang-belakang...Hentikan mencari salah orang lain dan letakkan status pum pang pum pang di Facebook....Jangan dilupa bahawa kita semua bertemu di sini....Kalau tak nak mengaku, sila buang entri PH dan Hero yang diabadikan di dalam blog mereka yang menghentam PH...Takut nanti dicop sebagai gila trafik...Apa tidaknya, bila ditaip cerita Hero di Google, laman blognya yang pertama sekali keluar di internet walhal di belakang-belakang menghentam PH sehingga mengaibkan...Yang menghairankan, ada di antara mereka yang masih LIKE page PH di Facebook...

Dan jangan dilihat seseorang itu di masa silamnya, tetapi lihatlah seseorang itu di masa sekarang...Mereka berubah dan berjaya kerana telah belajar dari kekhilafan yang lalu...Itu lebih baik dari menghasut orang dan menyemai kebencian di dalam internet....Orang yang termakan hasutan dari biawak-biawak ini juga adalah golongan orang yang rugi...Kawan-kawan pencinta haiwan lelaki  yang dah termakan hasutan, PH gelakkan ajer...Ingatkan antibodinya kuat, rupa-rupanya amat lemah sekali...Macamana nak jadi ketua keluarga...? Tak tahu hujung pangkal terus prejudge PH ni yang bukan-bukan...PH tak rugi apa pun....Teruskanlah dengan agenda anda dengan menyemai kebencian, PH terima dengan hati yang terbuka...Dapat juga pahala pasif....Alhamdulillah...

Sesungguhnya, orang yang sebegini tidak akan berjaya di dalam hidupnya sampai bila-bila...Mencintai haiwan konon tapi menyemai kebencian terhadap manusia...Hero yang takde 'tangan' pun kena kutuk dan dihina teruk oleh mereka....Pencinta haiwan spesis apa ni...? hmmmm


PH tak pernah menghalang perjalanan hidup orang lain, jadi jangan sekali-kali ada niat nak menghalang perjalanan hidup PH...

Satu lagi, Errmmm...yang amat menghairankan, orang yang menghentam PH di belakang-belakang tidak mahu pula mendelete cerita PH & Hero di dalam blognya...??? Dan masih juga LIKE page FB Kakimotong...Untuk apa agaknya...? hmmmm

Kalau ada yang terasa tu nak balas semula coretan ini, memang itulah sikap sang biawak yang tidak muhasabah diri...Leher tinggi tapi makan bangkai sialan ( KLIK SINI )...PH juga berhak mempertahankan diri...Bila mereka dah punyai anak nanti, barulah mereka akan tahu langit tu tinggi atau rendah...KUCING atau ANAK yang paling utama...??


Top