Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...

Sumber dari Perisik Rakyat.com

Monday, April 12, 2010

di sebalik kisah pembunuhan Syafia Humairah ( dipetik dari inbox email aku dan mungkin dihantar ke forum )

di sebalik kisah pembunuhan Syafia Humairah ( dipetik dari inbox email aku dan mungkin dihantar ke forum )

Salam kepada semua warga CG. Pertamanya saya minta maaf jika threat ini dibuka pada tempat yang salah dan mohon mod/admin alihkan ke tempat yang betul.Di sini saya tertarik untuk buka threat mengenai kejadian yang hangatdikatakan pada masa kini iaitu mengenai kes penderaan@pembunuhan seorang budak berusia 3 tahun yang bernama Syafia Humairah Sahari.Pada mula berita ini tersiar, saya amat marah atas kejadian yang berlaku. tetapi pada malam minggu baru - baru ini saya pergi ke kuang tempat sayamembesar untuk melepak bersama rakan - rakan. Rupanya ibu kepada mangsa adalah kawan yang sama - sama tingkatan, dan berdekatan dengan rumah saya dahulu. saya hanya panggil namanya iaitu hanim. setelah hampir 10 tahun tidak berjuma, maka saya tidak berapa cam mukanya di dalam televisyen sehinggalah kawan saya bernama Afendi rosli ( pelumba motor sck harianmetro ) menceritakan mengenai kisah hanim kepada saya. Semasa sekolah dahulu, hanim adalah antara pelajar yang agak terkenal diantara pelajar lelaki. biasanya kami akan sibuk nak tengok serta teka BRA yang hanim pakai pada hari tu talinya bersilang (kami suka panggil bra pangkah ) dan warna apa. hanim juga ada geng - geng perempuan. geng - geng mereka ini secara umumnya kami panggil CHIA sahaja pada masa itu atau panggilan asasnya adalah BOHSIA. selepas saya berpindah ke sekolah asrama pada tingkatan 4 ( tahun 2001 ) saya dah tiada peluang untuk melihat bra apa yang hanim pakai. afendi juga menceritakan bahawa SAHARI iaitu bapa kepada mangsa adalah orang sabah dan bertugas sebagai polis di balai polis sungai plong. apa yang saya tahu, hanim dan sahari dikahwin secara paksa akibat pada masa itu hanim mengandungkan arwah yakni anak sahari. sahara dimasukkan ke penjara kerana dia telah dituduh menembak mati seorang pendatang indonesia berdekatan dengan Tasik Biru Sri kundang. pada masa itu juga hanim dan sahari telah mempunyai anak seramai 3 orang.. dan mangsa adalah anak ketiga. maaf saya cakap, ketiga anak hanim adalah diluar nikah. sekarang ni sahari berada di penjara sungai buloh sambil menanti hukumannya dijatuhkan sama ada bersalah atau tidak bersalah di bawah akta 302B jika tidak silap saya. Sahari juga amat marah bila mengetahui anak nya dibunuh oleh teman lelaki hanim dan sekarang ni dia bersiap sedia serta berharap teman lelaki hanim ditempatkan di penjara yang sama dengan dia. menurut keterangan rakan saya iaitu afendi ini juga, permohonan sahari untuk melihat pengebumian anaknya di tanak perkuburan kuang juga tidak dibenarkan oleh KKDN kerana kes sahari adalah berat. oleh itu sahari berazam untuk membunuh teman lelaki hanim jika dia ditempatkan di penjara yang sama kerana sahari tahu bahawa kes dia agak sukar untuk menang di mahkamah."alang - alang aku nak kena gantung, biar aku bunuh mamat tu bagi puas hati aku " <--beginilah lebih kurang kata sahari. hanim pula mempunyai seorang anak bersama teman lelakinya pemandu teksi itu yang berumur setahun lebih. dengar cerita, hanim juga sudah mengandung 4bulan anak kedua bersama teman lelakinya itu. menurut datuk kepada mangsa iaitu ayah hanim, sebenarnya dia serta isterinya yang menjaga mangsa. tetapi mangsa terpaksa diserahkan kepada hanim kerana dia dan isterinya ingin pergi keluar daerah kerana ada urusan. dia membawa anak hanim yang pertama dan kedua manakala mangsa ditinggalkan bersama hanim. kesan - kesan parut serta luka lama yang ada pada mangsa adalah kerana sebelum ini mangsa pernah tinggal bersama hanim serta teman lelakinya. tetapi bapa serta ibu hanim mengambil keputusan menjaga mangsa kerana kesian melihat cucu mereka didera,.maaf jika saya berkata dengan agak kasar. hanim pernah saya nasihatkan supaya berubah semasa kami sama - sama bersekolah dahulu. saya adalah rakan kepada hanim kerana rumah kami berdekatan serta pergi ke sekolah pun sama -sama. sayangnya dia tidak pernah ingin mendengar cakap saya. setelah 10 tahun tidak bertemu serta mendengar cerita pasal hanim, apabila mendengar semula cerita pasal dia saya amat sedih sekali kerana dia tidak pernah ingin berubah. melihat wajahnya di televisyen, dia seolah - olah menangis atau memaksa dirinya menangis. di sini saya mengharapkan hanim juga diberi hukuman yang setimpal atas perbuatannya. mangsa yang dibunuh pernah juga didera oleh hanim dan saya berharap keadilan ditegakkan demi mangsa yang meninggal dunia. saya menceritakan kisah ini pada rakan - rakan cg semua bukanlah berniat untuk membuka aib hanim iaitu sesama islam kita. tetapi saya terpanggil kerana saya lebih kasihan melihat mangsa dan berharap orang -orang yang pernah menyeksa mangsa semasa hayatnya akan ditangkap serta dihukum! kerana apa saya minta mereka yang terlibat ini dihukum? kerana saya berharap ia menjadi pengajaran kepada rakan - rakan serta masyarakat kita bahawa betapa pentingnya didikan agama kepada anak -anak!

Tuesday, November 10, 2009

Allahyarham Nurin Jazlin (al-fatihah)

Allahyarham Nurin Jazlin (al-fatihah)

Ragut Gila Babi

Ragut Gila Babi

Para2 ibu, pompuan, gadis, janda dan sebagainya...hati2lah kalau jalan2 yer....tapi kalau dah terkena tu, bagi je laa...jangan melawan....

▲
Top