Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Tafsir Lirik Aku Maafkan Kamu







Terdapat beberapa tafsiran untuk lagu ini yang dapat aku temui melalui Google. Ada yang mengatakan ianya berkisarkan kisah cinta, dan ada juga yang mengatakan ianya mengenai persahabatan.





Namun aku berpendapat lirik ini lebih daripada tentang kisah kehidupan individu. Aku maafkan kamu berkisarkan situasi politik di tanahair kita sekarang. Terdapat beberapa rangkap yang menjelaskan tentang isu tersebut.




Ada teratak di hujung kampung


Bawah cermin kopak ada kotak


Tersembunyi dalamnya ada tempurung


Sembunyi bawahnya katak melalak




Rangkap yang menceritakan terdapatnya pihak yang bersifat minda tertutup. Berpendapat bahawa hanya mereka yang betul. Mereka kerap membuat bising berlandaskan tanpa menimbang pendapat pihak lain.




Aku maafkan kamu


Tak perlu kita bertemu


Cukup kau tahu


Yang aku


Maafkan kamu


Tolong teruskan hidup


Jangan sebut namaku




Merujuk kepada sikap tak apa bangsa Melayu yang mudah memaafkan atas kesalahan yang telah ditimpa. Asal perkara lalu diabaikan, Melayu akan melupakannya.




Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia


Ku dihukum masuk neraka oleh manusia


Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu


Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu



Terdapat sebuah parti politik yang menggunakan nama Islam yang dengan mudah menyatakan mana-mana individu kafir sekiranya tidak bersefahaman dengan mereka. Namun apabila diminta penjelasan mereka gagal untuk menyampaikannya.




Maafkan mereka, mereka tidak tahu


Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu


Mereka tidak fasih malah fasik guna bahasa


Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa



Kita harus abaikan sahaja mereka kerana mereka adalah golongan jahil yang enggan menimba ilmu. Ayat-ayat A-Quran mereka gunakan untuk kepentingan diri.




Maafkan mereka, mereka tiada nilai


Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai


Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti


Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati



Tiga baris pertama aku anggap adalah sindiran. Mereka adalah pihak yang mahukan perhatian. Walaupun satu bangsa namun mereka sukar untuk bersatu hati.




Atas kepala murai sekawan


Baling kurambit kucup lehernya


Terlalu rahi dendam diangan


Sampai terkacip mulut mahirnya



Di tangga teratas kumpulan ini adalah golongan yang paling kerap membuat bising membangkitkan isu-isu untuk kepentingan diri. Namun akan bangkitnya pihak yang tidak mampu lagi bersabar. Mereka akan ditentang hingga tidak mampu lagi untuk bersuara.




Jangan ahli sihir seru nama Maharaja


Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma


Guna hak berfikir sebelum hak bersuara


Kalau terpelajar sila guna hak miranda



Peringatan untuk mereka yang kerap mempergunakan nama Raja-raja Melayu terutamanya nama DYMM YDP Agong demi kepentingan diri. Sekiranya mereka terus berbuat demikian akan terima padahnya. Mereka yang asyik membangkitkan kebebasan bersuara seharus berfikir sebaik-baiknya sebelum meluahkan pendapat.




Pura pura dengar, telan tapi tidak hadam


Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham


Mereka mula kiri, aku kanan bila baca


Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta



Bagaimana golongan ini menggunakan akta undang-undang tertentu untuk kepentingan diri sendiri dan menggabaikan kandungan penuh akta tersebut.



Tafsiran ini aku buat berdasarkan pendapat peribadi. Terdapat beberapa rangkap yang aku gagal untuk fahamkan maksudnya. Ini adalah kerana ayat dan perkataan yang digunakan adalah baru untuk aku.



Harap tafsiran ini sedikit sebanyak boleh memberi manfaat kepada semua. Sekiranya terdapat silap tolong sampaikan.



Kredit : http://rashidi.zin.my/silent-thoughts/2011/11/19/tafsir-lirik-aku-maafkan-kamu.html

Tuesday, January 10, 2012

Rita Rudaini Tuduh Zaquan Adha Mengandungkan Anak Dara Orang!



Pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini dengan adik kembar suaminya, Zaquan Adha, yang dikatakan tidak pernah mempunyai hubungan baik di antara mereka dilaporkan bergaduh besar menerusi laman sosial Twitter milik mereka hari ini.



Bermula dengan isu ‘ibu mertua suka atau atau tidak’ kepada Rita, pergaduhan antara ipar tersebut melarat kepada persoalan Rita yang bertanyakan tentang Zaquan yang dikatakan menyebabkan seorang gadis dikenali sebagai ‘M’ mengandung dan dipaksa gugurkan kandungan.



Difahamkan, Rita Rudaini pada mulanya menjawab soalan salah seorang rakan Twitternya tentang hubungan antara aktres tersebut dengan ibu mertuanya dan memberitahu bahawa dia tidak kisah sama ada ibu mertuanya sayang atau tidak padanya.









Umum mengetahui yang Rita dan Zaquan mempunyai hubungan yang kurang baik sejak aktres tersebut menjalin hubungan cinta dengan kembar Zaquan, Aidil Zafuan tidak lama dahulu.



Pasangan itu turut mencetus kontroversi apabila berkahwin secara diam-diam di Songkhla, Thailand, pada Februari 2008 dan merahsiakan perkahwinan tersebut dari pengetahuan ibubapa serta keluarga sehingga rahsia tersebut dibongkar media kemudiaannya.











Nampaknya, hubungan kekeluargaan yang dulunya renggang mungkin akan terus berlanjutan setelah masing-masing masih lagi menyimpan perasaan tidak puas hati dan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mencetuskan pergaduhan.







Friday, December 9, 2011

Bocil Saehu Disangka Kanak-Kanak






TERNYATA trio dari Indonesia ini memulakan langkah kanan dalam saingan Maharaja Lawak Mega (MLM). Kehadiran mereka pantas mencuit hati penonton dengan kasi lucu dan bersahaja. Malah juri tetap pada malam itu, Datuk Chef Wan, Datuk Siti Nurhaliza, Zainal Abidin Hasan dan juri jemputan, Imran Ajmain turut memberikan pujian.



Biarpun berasal jauh nun dari seberang dan perbezaan sedikit dari segi lengkok bahasa, namun penampilan Eko, Vicha dan Bocil yang menggelar diri mereka Saehu mampu membuat penonton tertawa.



Apatah lagi dengan kehadiran Bocil yang begitu keletah, boleh dianggap sebagai ‘umpan’ untuk menarik minat penonton dan juri.



Kata pepatah ada menyatakan, kecil jangan disangka anak besar jangan disangka bapa, paling tepat untuk menggambarkan Bocil yang sebenarnya berusia 27 tahun.



“Ya, ketika di lapangan terbang Kuala Lumpur, pihak Imigresen juga berkali-kali bertanya kerana tidak percayakan umur saya. Tetapi hakikatnya saya memang sudah berusia 27 tahun dan semua ini adalah anugerah ALLAH SWT,” katanya yang ditemui selepas selesai melakukan persembahan.



Ditanya apakah pemilihan Bocil sebagai umpan untuk menarik minat penonton, Eko sebagai ketua kumpulan itu menjelaskan, tidak ada strategi untuk menonjolkan sesiapa di dalam kumpulan itu kerana masing-masing ada kelebihan.
“Kami merasakan kami semuanya ada kelebihan dan tidak terlintas di fikiran untuk menonjolkan Bocil untuk menarik perhatian penonton.



“Namun jika Bocil lebih terkenal dan dapat menarik perhatian, itu adalah bonus kerana secara tidak langsung Bocil membawa nama kumpulan ini,” katanya.



Suasana di dalam Royal Thethare Selangor gamat apabila Bocil begitu teruja ketika pengacara MLM, AC Mizal memberi peluang kepadanya untuk menegur idolanya, Siti Nurhaliza.



Malah selepas tamat sidang media, Bocil tidak menunggu lama untuk bergambar dengan idolanya itu.



“Saya amat meminati Siti Nurhaliza. Justeru apabila berpeluang bertentang mata dengannya, Bocil suka dan teruja sangat. Kenangan indah buat saya,” katanya yang begitu ramah dan lincah.



Tatkala ditanya sasaran mereka sepanjang berada di dalam program ini, Eko berkata sejujurnya mereka berharap akan kekal sehingga final MLM dan sekali gus bergelar juara.



“Kami bukan terlalu yakin akan menang tetapi kami akan cuba untuk memenangi pertandingan ini kerana sejujurnya bila kita menyertainya sesuatu pertandingan, tentulah kita harapkan kemenangan.



“Tetapi segalanya terpulang kepada rezeki yang ditentukan ALLAH SWT, kami Cuma berusaha,” katanya.



Bercerita mengenai kumpulan Saehu, Eko menjelaskan, mereka bertiga bergabung semata-mata untuk program MLM.



“Apabila mengetahui mengenai program ini, kami berpakat untuk bersatu dalam satu kumpulan kerana kami tahu kelebihan antara satu sama lain,” katanya.



Mereka akan menetap di Malaysia selama tiga minggu untuk menyesuaikan diri dengan bahasa Malaysia dan juga budayanya.



Katanya, selepas itu baru mereka akan berulang alik ke Indonesia jika masih kekal dalam pertandingan ini.


“Sebaik tamat program ini tadi, kami ada menerima respons dari warga Indonesia yang bekerja di sini dan Alhamdulillah, respons yang diterima cukup baik.



“Ia menjadi pembakar semangat buat kami untuk melakukan yang lebih baik pada minggu hadapan dan seterusnya,” katanya.



Persediaan rapi



Sebagai persiapan menghadapi program ini, mereka telah menyediakan beberapa konsep untuk diketengahkan setiap minggu dan akan diubah suai mengikut tema persembahan.



“Sebelum datang ke Malaysia, kami sudah melakukan persiapan dan latihan untuk menghadapi pertandingan ini.



“Kami tidak sesekali memandang enteng kumpulan lain, lebih-lebih lagi otai-otai pelawak yang ada di Malaysia,” katanya.



Kedatangan mereka ke sini adalah pengorbanan besar kerana Vicha dan Eko sudah berumah tangga.



Menurut Vicha, walaupun sedih kerana berpisah dengan anak yang masih kecil, dia harus kuat kerana mahu mengharumkan nama Indonesia.



“Keluarga menjadi motivasi terbesar saya untuk ke sini. Bukan mudah meninggalkan dua anak yang masih kecil, tetapi kami harus kuat menghadapi pertandingan ini.



“Eko juga begitu, mempunyai seorang anak yang masih kecil, tetapi semangat mereka menjadi pembakar semangat saya di sini,” katanya.





UPDATE



Nama sebenar : Muhammad Abdi Zein Bancin , Umur 28 tahun.

Friday, September 23, 2011

Sinopsis Filem Papa I Love You






Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.





Saksikan video di bawah 











Butiran Filem Papa I Love You
FILEM: Papa I Love You
TERBITAN: MIG Production Sdn Bhd
PENERBIT: David Teo
PENGARAH: Hashim Rejab
PENOLONG PENGARAH 1: Fauziah Muhammad
PENOLONG PENGARAH 2: Fairoz Admi
PENGARAH FOTOGRAFI: Mohd Shahreel Abu Bakar
PENGARAH SENI: Hanizar Ithnin
THE MAKING OF: Mokd Ikhram Izzazuddin Zainuddin
STILL PHOTO: Mohd Suhairi Mat Johor
KOORDINATOR PRODUKSI: Azahari Abdul Hamid
KOORDINATOR: Veronica Khoo
PENOLONG KOORDINATOR: Norsyariman Zainal Abidin
SOLEKAN: Azman Shafie
GRIP: Zainal Md Nayan
PELAKON: Lisa Surihani (Elly), Zalif Sidek (Bahar), Mia Nasuha (Mia), Zaidi Omar (Datuk Kudin)



Jangan lupa saksikan di pawagan berhampiran anda pada 26 disember 2011



sumber : https://www.facebook.com/papa.i.love.u 

Kesilapan Di Dalam Filem Hantu Bonceng







1. Di awal awal filem, selepas Kunyit minta habuan racing, Dani turunkan tangannya yang berada di dadanya. Namun, semasa Kunyit pergi ke Amran, tangannya berada kembali di dadanya dalam syot lain. Syot seterusnya menunjukkan tangannya kembali berada di bawah.







2. Semasa Kunyit turun dari motor, tangan Dani kanan Dani diam dan jauh dari dagunya. Tukar syot, tangan Dani tiba tiba saja memegang dagunya. Syot seterusnya menunjukkan tangan Dani tiba tiba berada jauh dari dagunya semula secara tiba tiba.







3. Tangan Amran yang berada di atas dadanya tiba tiba berada di peti semasa Halimaton simbah air.







4. Semasa Amran datang jumpa Halimaton di hospital dapat dilihat ada seorang nurse sedang berjalan bersama pesakitnya masuk dari pintu. Nurse dan pesakit tersebut melewati kaunter dan menghilang. Namun, semasa syot Amran berbual dengan Halimaton, nurse dan pesakit tadi tiba tiba muncul sedang berbual-bual di tepi pintu semula.







5. Kedudukan helmet Amran berubah kedudukan selepas bertukar syot.







6. Tangan Halimaton yang berada di belakang tiba tiba berada di dalam poket hadapannya selepas bertukar syot.







7. Semasa Amran dan Kunyit terkejut nampak hantu bohsia dalam kereta polis, paras air dalam botol bertambah secara tiba tiba.





Aku senaraikan 7 je , selebihnya tengok dalam blog GOOF SPOT ni sendiri ye , selain dari cerita hantu bonceng , ada hampir 150 filem yang blog tu cari kesilapan , jom tengok. ^^

Tuesday, September 20, 2011

Artis Bertudung Dah Buka Tudung ?





Ini adalah gambar yang dikatakan Fida iaitu awek kepada Mamat Sepah , aku tengok pun memang macam Fida pun , dah mula buka tudung dah . Dalam lakonan pun dah berani peluk2 , apa nak jadi lah dengan artis sekarang ni .. Tak boleh jadi role model langsung..



sumber

Monday, September 19, 2011

Adegan Hina Rasulullah Dalam Filem Hantu Bonceng







Fuhh  , panas entri ni nanti .. Zizan dikatakan menghina Rasullullah dalam filem hantu bonceng , main2 kalimah syahadah , tengok video kat bawah ni .












Bagi yang tak jelas dia sebut macam ni :



 "Ashaduanna Muhammadar Syaitan"  ( "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan" ) 








Berhati-hati, perbuatan, niat, dan lafaz boleh menyebabkan gugur syahadah dan anda terkeluar daripada Islam. 



Macamana lah FINAS boleh terlepas pandang hal2 macam ni ? Tak buat kerja ke ? Jadi apa pendapat korang pula ? Hal2 macam ni mana boleh buat main2 ..

Friday, September 9, 2011

Busana Khatam Quran Faezah Elai





Amboi , ketatnya baju ni , nampak perut buncit tu , hehe , macam mana ni , pakai baju kurung sudahh. nak tengok gambar lagi ? klik sini 

Wednesday, August 31, 2011

Yusof Haslam Tidak Mahu Syamsul 'Menderhaka'









Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, mengakui, syarikatnya Skop Production akan rugi jika dia melepaskan anaknya, Syamsul Yusof, untuk bekerja dengan produksi lain.


Menurutnya, Syamsul merupakan seorang pengarah yang kreatif dan kerana dia, Skop telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa enam bulan menerusi dua buah filem sahaja iaitu KL Gangster dan Khurafat.


"Dari segi perniagaan, Alhamdulillah, Syamsul membawa keuntungan kepada syarikat dan sebagai seorang ayah, saya bertuah mempunyai anak sepertinya.


"Tetapi dari sudut kekeluargaan pula, saya sudah mengingatkan Syamsul dan seorang lagi anak iaitu Syafiq supaya kekallah bekerja dengan Skop," katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan pemberian bonus di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ulu Klang, Rabu.


Tambah Yusof, walaupun dia tahu, banyak produksi yang memberi tawaran lumayan kepada Syamsul untuk menyertai mereka, dia percaya, anaknya itu tetap akan setia dengan Skop dan tidak mungkin 'menderhaka' terhadap keluarga.


Dalam pada itu, Yusof berpendapat, dengan pelbagai projek drama dan filem yang ada, tiada alasan untuk Syamsul keluar berkarya di produksi lain pula.


"Setakat ini Skop mempunyai pelbagai projek yang perlu dilaksanakan. Malah bekerja dengan keluarga adalah paling mudah kerana apa yang mereka mahu, saya beri.









"Malah dari segi masa kerja juga lebih fleksibel. Cuba kalau kerja dengan orang lain, silap hari bulan, seawal 8 pagi sudah kena ada di pejabat," selorohnya.

Sementara itu, pada majlis berbuka puasa itu, Yusof telah memberikan bonus iaitu 'duit raya' kepada 160 pekerja syarikat produksi berkenaan, para pelakon, termasuklah pelakon-pelakon veteran dan krew produksi.


Yusof berkata, memandangkan tahun ini Skop berjaya mencatat sejarah dengan memperoleh jumlah kutipan filem yang agak besar nilainya, maka tahun ini juga dia melaburkan sejumlah wang yang besar kepada pekerja-pekerjanya.





"Alhamdulillah, bila kita ada rezeki lebih, tidak salah untuk dikongsi bersama. Saya bersyukur kerana pemberian bonus pada tahun ini adalah paling besar jumlahnya berbanding tahun-tahun yang lalu," katanya, yang enggan memberitahu jumlah keseluruhan bajet pemberian bonus tersebut.





P/s : Untung kalau ada keluarga usahawan , semua kemewahan dan bakat dapat diturunkan ke anak2, kalaulah aku dapat peluang macam tu , memang aku tak lepaskan dah. Ada siapa2 nak buat aku anak angkat dia tak? hehehe


Top