Showing posts with label anak bulus. Show all posts
Showing posts with label anak bulus. Show all posts

Monday, July 26, 2010

Gambar Terbaru Anak2 Bulus

Pak Tam dah sihat...tengah mengendap Mak Tam...

Mak Tam buat dono jer...Pak Tam tu bukan standard dia....Pak Tam masih lagi nak mengendap tu...

Dia ni memang suka duduk bawah kaki buai ni....

Tak tau nak tulis apa dah...hati asyik teringat kat Hero jer..hu hu

Thursday, July 22, 2010

Hero Seekor Kucing Kurang Upaya Yang Penyayang

Telatah anak-anak kucing saya ni memang sungguh mencuit hati...ke mana saja, mereka akan bersama.


Kedudukan kucing ni ketika gambar diambil bukan saya yang susun...memang mereka dalam keadaan begini...


Yang paling berat dan gebu ialah si oren ni...nama untuk mereka masih belum ada lagi..


Lihatlah ke mata mereka...memang membuatkan manusia cair bila melihatnya...


Beginilah perangai mereka..saksikan...


*********************************************************************

Aku tak nafikan HERO adalah seekor kucing cacat yang amat penyayang..dia tak garang sebenarnya...


Demam HERO dah susut tapi testisnya masih bengkak...cadangnya esok nak bawa HERO berjumpa dengan Dr Intan dari Kelana Jaya Veterinary Clinic untuk proses surgeri..


Boleh buat wall paper ni..kalau ada kamera DSLR lagi cantik gambarnya



Monday, July 5, 2010

Bestnya Dapat Membahagiakan Kucing Jalanan....


Aku belum update lagi foto2 trip PD ari tu..sementara nak update, aku post dulu entri ni untuk tatapan korang semua. Pagi sebelum aku bertolak ke PD, aku sarapan dulu kat sebuah restoran mamak...aku suka melihat telatah budak india perempuan ni sedang asyik bermain2 dgn anak kucing..dia tak kisah kucing tu kotor asalkan dia dapat membahagiakan anak kucing tersebut....orang bukan islam pun ramai yang sayangkan haiwan...


Di sinilah pentingnya kesedaran memupuk semangat cintakan haiwan lebih-lebih lagi dengan kanak-kanak. 2 thumbs up untuk ibubapa budak perempuan ni...aku tengok, mak dia pun sukakan kucing...aku ada tanya dia apa haiwan yang dia bela, dia kata dia tak bela kucing tapi bela anjing...dia tak boleh bela sebab takut mereka bergaduh...lihatlah mata budak ni, aku rasa jauh dilubuk hati mesti dia nak bawa kucing ni pulang ke rumah...

Lepas aku panggil jer, kucing ni terus datang kat aku...korang tengok la muka dia...comel tak??
Lepas tu datang plak si oren ni....sebijik macam model piskis...

Apa kelainan yang ada dalam gambar ni?? ha ha ha....

Kesian aku tengok kucing ni...dia seolah2 mengharapkan ada manusia yang akan membawanya pulang...tapi, aku tak mampu membawanya balik, sebab dah serik banyak anak kucing yang aku bawa balik banyak yang mati akibat terkena virus....

Bagi aku, kepuasan dapat membahagiakan kucing2 jalanan ni tak dapat digambarkan dengan kata-kata...pahala tu belakang kira, yang penting keikhlasan kita diuji ketika ada kucing2 jalanan yang 'menegur' kita...kita tak faham apa yang mereka ingin katakan, tetapi cukuplah kita lihat ke arah matanya...betapa mereka kasihkan kita sebenarnya...kita jer yang perasan....

Saturday, June 19, 2010

Tips Penjagaan Anak Kucing (Siri Pertama)

Tips Penjagaan Anak Kucing (Siri Pertama)

Haa..baru2 ni aku ada beli Whiskas untuk Hero ( hasil dari wang sumbangan salah seorang rakan Facebook aku ). Kat dalam pek tu ada buku kecik yang mengandungi info2 tentang penjagaan kucing...aku rasa, elok aku share kat sini..aku malas arr nak scan buku tu, byk gak page dia...so, aku salin balik jer...

PENJAGAAN SI COMEL ANDA

Memelihara seekor kucing merupakan pengalaman yang mampu memberikan anda keseronokan dan teman yang bertahun lamanya. Dalam ertikata lain, perasaan memelihara seekor kucing adalah sperti menjadi ibubapa. Ianya satu tugas yang berat dengan ganjaran yang tak ternilai apabila anda memerhatikan anak kucing bermain, belajar dan membesar.

PERSEDIAAN UNTUK ANAK KUCING ANDA

Rumah anda haruslah bersedia untuk kehadiran anak kucing sebelum anda membawanya pulang. Si comel anda memerlukan :

1 ) Tempat yang selesa dan selamat untuk tidur.
2 ) Tempat tidur yang selesa.
3 ) 2 mangkuk yang tidak mudah pecah untuk makanan dan minuman.
4 ) Bekalan makanan kucing.
5 ) Dulang najis sekiranya kucing anda dibela di dalam rumah.
6 ) Kolar bersaiz kecil.
7 ) Beberapa alat permainan.
8 ) Nama - dipilih sebelum Si Comel anda tiba dan sebut ketika anda memberinya makan, menepuk-nepuk, bermain-main dan menghias Si Comel.

Buat permulaan, pastikan isirumah senyap dan hadkan pelawat.Kanak-kanak harus diingatkan bahawa Si Comel perlu berehat dan menyesuaikan diri tanpa ada gangguan. Dalam sedikit masa dan suasana yang selesa, naluri ingin tahu dan bermain Si Comel akan menjamin kegembiraan berjam-jam lamanya. ( aku rasa, umur akan lebih panjang..Insyaallah ).

Kurung Si Comel dalam rumah untuk berminggu-minggu yang pertama bagi menyesuaikan diri dengan rutin pemakanan dan tidur. Binatang peliharaan lain hendaklah diperkenalkan secara perlahan-lahan kepada Si Comel dengan pengawasan. Bagi mengelakkan perasaan cemburu, jangan lupa untuk memberikan perhatian kepada binatang peliharaan yang lain ( jangan ingat binatang ni tak merajuk...)

PERALATAN TEMPAT TIDUR

Si Comel perlu berasa selamat dan terjamin terutama ketika mereka mula-mula sampai ke rumah. Tempat tidur yang selesa memberikan kesan yang mendalam untuk membuatkannya rasa selamat. Tempat tidur khas kucing ,bakul atau kotak kadbod dilapik dengan selimut atau tuala lama ( janganla lama sangat ) sesuai untuk dijadikan tempat tidur. Asalkan ianya hangat, selesa dan mudah dibersihkan ( pandai bela, pandaila basuh yer..). Walau apapun pilihan anda, pastikan ianya mudah dicapai dan jauh dari tempat yang berangin ( janganla letak kat bawah peti ais plak yer ).

LATIHAN KE TANDAS

Kucing adalah merupakan haiwan yang pembersih dan latihan ke tandas pada awalnya adalah satu perkara yang mudah. Walaupun lama-kelamaan anda mahu Si Comel membuang najis diluar rumah, anda disarankan untuk menyediakan dulang najis untuk minggu-minggu pertama sementara ianya membiasakan diri dengan keadaan. Seperti juga manusia, kucing suka berahsia tentang tabiat mereka di tandas ( apa rahsia korang kat tandas??? ha ha ha ). Jadi, letakkan dulang najis mereka di tempat yang lebih peribadi dan jauh dari tempat yang mereka makan. Jangan lupa untuk membuang tinggalan daripada dulang selepas urusan mereka selesai. Anda juga boleh alaskan helaian kertas surat khabar di bawah dulang untuk menyerap tumpahan.Utama sekali. jangan hukum Si Comel jika dia membuangnajis di luar dulang. Sikap berjaga-jaga adalah lebih baik danletaklah kucing anda di dalam dulang najis jika ada tanda-tanda ianya ingin 'melepas'.

LATIHAN

Bagi melatih kucing anda memberi tindak balas terhadap nama yang diberikan, panggil nama Si Comel semasa sesi anda bermain, membelai, memberi makan atau bercakap dengannya. Sebelum Si Comel anda dibawa balik, tentukan tingkah laku manakah yang tidak boleh diterima seperti memanjat di dapur atau tidur di katil kita. Cara yang berkesan untuk mendisiplinkan Si Comel ialah menggunakan suara yang kuat dan kasar ( janganla buat kat laki /boyfriend korang plak ). Langkah pencegahan ini harus dilakukan pada saat tingkah laku yang tidak disukai berlaku.Jangan pula lupa untuk memberikan pujian dan ganjaran ketika Si Comel melakukan perkara yang kita sukai. Mengejar atau memukul kucing tidak mendatangkan apa-apa kecuali menjadikan pemilik naik angin atau Si Comel akan menyendiri.

Ok lah, aku dah ngantuk...mata dah juling...bersambung ke siri yang kedua nanti yer...

Selamat Beramal...!!

Top