Showing posts with label adilkah. Show all posts
Showing posts with label adilkah. Show all posts

Monday, June 15, 2015

GEMPAR!! (8 GAMBAR) Taktik Keji Dan Jijik Sesetengah Peniaga Goreng Pisang Akhir Terbongkar !!


Sungguh memeranjatkan apabila mengetahui taktik mencampurkan plastik dalam minyak masakan yang popular di Indonesia ini sudah mula menular di Malaysia.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pengakuan seorang peniaga ayam goreng rangup dari Indonesia yang telah membuat pengakuan mencampurkan plastik atau paket minyak itu sendiri ke dalam minyak masakannya untuk menghasilkan ayam goreng rangup dan tahan lebih lama.

Namun, ketidakjujuran ini akan mengakibatkan pelanggan mengalami masalah kesihatan terutama kepada organ dalaman.

Berikut merupakan perkongsian oleh pengguna laman sosial.

Beli pisang goreng d gerai kueh donggongon. Tlampau rangup menimbulkan keraguan. Then, memang yg djangka pisang goreng dgoreng dengan minyak + straw. Sangat kurang ajar n x sivik punya penjual.



Cara mengetahui samada ayam goreng atau goreng pisang dicampur plastik:

 1. Bawa bahan kajian anda balik ke rumah (ayam atau pisang dan sebagainya).2. Ambil mancis dan bakar ayam atau pisang tersebut.3. Sekiranya terhasil nyalaan, besar kemungkinan ayam atau pisang terbabit dicampur plastik.4. Segera laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.


Monday, June 7, 2010

Adilkah Kita Terhadap Kucing Jalanan??

Selalu kita jumpa kucing2 jalanan yang terbiar kan? Hmmm, kadang-kadang tu aku ada juga untuk memahami serta menyelami kehidupan kucing-kucing jalanan ni. Bagaimana perasaan mereka bila...:


1 ) Melahirkan anak di tepian jalan, di bawah tangga, di belakang lorong? Bagaimana kalau kucing betina ini diserang anjing liar? Bagaimana kucing yang tak berakal ini boleh memberi kasih sayang yang sempurna kepada anak-anaknya? Tak seperti manusia yang sanggup membunuh anak sendiri..
2 ) Bagaimana rasanya berbaring di atas jalan tar yang keras?

3 ) Bagaimana perasaan semasa meminta makanan dari manusia? Kalau yang bernasib baik, mereka dapat dapat juga makan walaupun hanya secubit ikan...tetapi bagaimana yang ditendang? diludah? disimbah air panas? Mereka hanyalah makhluk yang tak mengenal erti kekejaman...mereka hanya mahu teruskan hidup...adilkah kita selama ni kepada mereka??
4 ) Bagaimana perasaan kucing-kucing jalanan yang bernasib baik dibawa pulang oleh manusia untuk dijadikan sebahagian dari keluarga mereka?
5 ) Bagaimana perasaan kucing jalanan ini dapat berbaring di lantai marmar yang sejuk, diberi makan secukupnya, dibelai dan diberi kasih sayang dan diterima sebagai ahli keluarga?

6 ) Bagaimana gembiranya mereka dapat bermain-main setiap masa? Bagaimana dengan kucing-kucing jalanan yang lain yang hanya dapat bermain-main dengan lipas, plastik dan penyedut minuman? Dan tikus yang kotor sebagai makanan sampingan?

7 ) Bagaimana rasanya dapat berbaring di atas sofa yang empuk? Bagaimana pula keadaan kucing jalanan yang diluar sana? Di manakah mereka tidur? Pernahkah kita ingat mereka?

8 ) Bagaimana rasanya mengharap supaya ada manusia yang membawa mereka pulang ke rumah dengan harapan sisa hidup mereka akan berakhir di rumah manusia yang bersih dan selesa. Mereka juga tak mahu mati tengah-tengah jalan raya. Mereka juga inginkan jasad mereka ditanam.

9 ) Adakah kucing-kucing jalanan ini bermimpi indah seperti kita?

10 ) Bagaimana rasanya mengenang adik beradik yang terpisah tanpa diketahui ke mana perginya? Mereka juga ingin bersuara tetapi adakah kita mendengarnya?

11 ) Bagaimana hidup kucing-kucing jalanan ini diteruskan tanpa ibu?

12 ) Pernahkah kita fikir kesedapan air longkang yang diminum oleh mereka? Hanya air longkang dan lopak-lopak menjadi pembasah tekak.
13 ) Akhir sekali, adakah mereka benci kepada manusia? Tidak sekali...kucing-kucing jalanan ini tidak mengenal erti kebencian...hati mereka sangat suci, cuma kita yang melabelkannya jahat..kenapa? Sebabnya.....hati kita tak seputih hati mereka....


Top