Saturday, March 31, 2012

Sekitar Gathering #SBfutsal : Senarai Kedatangan

Friday, March 23, 2012

Kisah Puteri Izzyean Batrisyia Yang Perlukan Bantuan Anda









Assalamualaikum , Tersentuh hati bila terbaca satu kisah tentang seorang adik OKU yang perlukan pertolongan korang ni.. korang boleh baca kisah pasa adik Puteri Izzyean Batrisyia ni. 




Disini ingin mohon bantuan dan meraih sedikit simpati dari tuan/puan yang mulia moga dapat menolong meringankan beban ana/keluarga ini. Saya Sarina Binti Hamid (no i/c 710511-07-5490) kini menjaga dan mengasuh seorang anak istimewa Puteri Izzyean Batrisyia Bt Mohd Kamarul Azhar (No i/c anak 060407-03-1066, no. pendaftaran kad OKU CP 04000277 no kad pengenalan ayahnya 721031-01-5193). 




Mohon pihak tuan/puan dapat melebarkan berita ini moga ada insan-insan mulia di luar sana dapat membantu dan meringankan sedikit beban kerana wang terkumpul untuk masih jauh dari yang diperlukan keperluan rawatan, alatan dan ubatan. Buat makluman tuan/puan, ibu kandung anak ini telah berpisah dengan ayahnya lalu meninggalkan Puteri bersama abang dan kakaknya kepada ayahnya. Ibu anak ini juga telah berkahwin lain dan tidak mengambil tahu tentang anak-anaknya sejak 2 tahun yang lalu. Kini ayah merekalah yang memikul tanggungjawap sebagai ibu dan ayah kepada anak ini. Saya amat-amat bersimpati dengan nasib keluarga ini. 


































Anak ini Puteri Izzyean Batrisyia Bt Mohd Kamarul Azhar berusia 5 tahun 11 bulan, seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) terlantar keseluruhan adalah pesakit Ceberal Palsy(Spastik) tahap 5 (kronik), beliau telah disahkan mengalami Epilipsy (Sawan), Spastik (Lumpuh Keseluruhan), Masalah Pendengaran juga Penglihatan di samping menghadapi masalah ASMA dan Tidak Boleh Makan Menggunakan Mulut. Kos ubatan dan alatan anak ini amat tinggi hingga mencecah RM 2000.00 sebulan tak termasuk kos rawatan di hospital. 




Sememangnya anak ini mendapat bantuan dan sumbangan dari JKM sebanyak RM300.00 sebulan namun ianya jauh tidakx mencukupi. Ayah mereka juga mengalami masalah kanser hati tetapi terpaksa kuatkan diri dan semangat demi anak-anak. Walaupun berat dan risau tentang keadaan anak-anaknya terutama adik Puteri Izzyean Batrisyia yang sedang sakit, ayah mereka terpaksa juga meninggalkan mereka demi mencari rezeki dan akan pulang setiap hujung minggu kerana berkerja di Selangor. 




Dari itu saya mohon jasa baik tuan/puan, sahabat dan taulan andai ada kesudian dan tak keberatan moga dapat membantu keluarga ini dengan menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas untuk membantu meringankan bebana.




Moga huluran sumbangan anda mendapat keberkatan dn kami amat menghargai sumbangan yang sekelian hulurkan. Sumbangan boleh di hulurkan ke akaun CIMB @ MAYBANK @ BANK ISLAM atas nama 




Mohd Kamarul Azhar Bin Alias(no tel 019-6237287) 

no akaun 




07140156907521 (CIMB BANK) ATAU 

13035020276344 (BANK ISLAM) ATAU 

154026609011(MAYBANK) 

atau 




Sarina Hamid (no tel 019-4777287) 




no akaun 107134117734 (MAYBANK) 




Semoga sembangan anda membawa seribu makna buat kehidupan keluarga ini..




p/s : aku harap sangat ada orang yang sudi bantu adik ni, dia perlukan pertolongan kita semua , kalau nak kan  kepastian , boleh tanya penjaga kanak2 istimewa sendiri, di facebook dia di sini untuk kepastian ..

Sunday, March 18, 2012

Wootmedia blogging shirts giveaway



Giveaway ini akan memberi
peluang kepada fans wootmedia yang terdiri dalam kalangan blogger untuk
memenangi baju ‘blogging’ oleh wootmedia.



Untuk melayakkan anda menyertai giveaway ini,anda
haruslah mempunyai blog.Jika anda tidak mempunyai blog boleh buat satu
blog percuma menggunakan blogger.com atau wordpress.com

Sebanyak 20 helai baju akan diberikan.Size baju adalah berdasarkan permintaan pemenang.Design baju  seperti gambar ini :
















Prosedur penyertaan :


1) Buat  entry ringkas di blog anda mengenai giveaway ini ( tajuk dan
isi bebas,yang penting jangan lupa letak link asal giveaway ini,copy
paste entry ini dibenarkan )


2) Buat satu review di alexa mengenai wootmedia.my.Review tersebut bebas,anda boleh kritik wootmedia,asalkan ianya sebuah review.


3) Komen di entry ini dengan meletakkan LINK entry anda.


4) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 April 2012



Cara Review Alexa :


1)  Pergi ke halaman alexa ini


2) Anda akan diminta untuk login.Pilihan login sama ada akaun alexa ataupon facebook


3) Isi butiran butiran di ruang kosong dan submit.Selesai






PENTING :


1) Kami tidak akan menyuruh anda memberi bukti review alexa anda
kerana kami tidak ingin menyusahkan anda dan kami memberi anda
kepercayaan 100%.Kejujuran amat dititiberatkan.


2) Para pemenang akan dipilih secara rawak.





P/S : Siapa nak join klik sini ye .. 

Friday, March 16, 2012

Cukai Perkhidmatan Prabayar Telefon 6% Bermula Julai 2012?









KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research.



“Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai,” kata firma penyelidikan itu.



“Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang,” katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi.



Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2 peratus).



Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal.




---------



Korang setuju ke dengan tindakan kerajaan ni? Bagi aku lah, memang tak adil untuk bayar cukai kat kerajaan, tak cukup ke banyak barang da di cukai kan?

Wednesday, March 7, 2012

Kolam Renang Yang Boleh Di Bawa Kemana - Mana







Kehidupan sekarang lebih mudah, macam - macam idea baru muncul kalau selalu ber imaginasi. Sekarang dah takda benda yang mustahil di dunia ni. Inilah kolam renang yang boleh dibawa ke mana - mana, sesuai diletakkan di tempat yang jauh dari pantai dan air terjun.














































Kereta Terpakai Dijadikan Sebagai Tembok Hakisan Tebing





Selalunya , batu digunakan untuk tambat tebing dari hakisan kan, tapi Montana US, kereta terpakai dijadikan sebab tambatan pengantikan batu. Kreatif lah sangat kan, padahal air sungai boleh menghakis besi kereta dan menyebabkan keracunan kalau terminum.






































Cuba Teka Apa Yang Wanita Ini Bawa




Sebelum dimasukan gas



Seorang wanita membawa 20 kaki (6m) panjang beg plastik yang diisi dengan gas asli (gas memasak) di Bingzhou, Shandong. Penduduk tempatan mengepam gas asli daripada lombong minyak berdekatan untuk kegunaan harian mereka.







Tak boleh nak bayangkan bila meletup tiba-tiba.

Top