Monday, January 30, 2012

Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus (Masjid Shah Alam)







Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus di
Masjid Shah Alam:

26 soalan
kesemuanya.



1. Orang laki2 takleh pakai
perhiasan perempuan. rantai
leher perempuan cthnya.
"Allah melaknat lelaki pakai
pakaian perempuan."
Sembahyang sah wlpn pakai
emas. Sembahyang ditulis
pahala, pakai yang salah
(rantai emas tadi) ditulis dosa.
Pakai sebab sayang kat GF pun
ada (haram):

BF: U malam2 pakai baju apa?

GF: I malam2 baju kelawar.

BF: I kelawar jugak.



2. Apa hukum lelaki tangkap
curi gambar perempuan?
- Kalau gambar tu haram
dilihat, maka gambarnya
haram. Kalau publish expose
kat public lak gambar tu dan
memalukan dia, maka haram.
Yang terbaik, kena minta izin
tuan punya badan.
Perumpamaan perempuan oleh
UAI:
"Org puang ni sama macam
Lamborgini. Beli Lamborgini, gi
Subang, tukar..buh side mirror
Kancil. Org tanya, "Guaner
tukar side mirror buh Kancil?"
"Nak bagi nampak lawo."
Takdok berlaku. Lamborgini
semua molek, luar dalam
semua lawa. Tak payah tukar
pape dah. Orang puan macam
tu gak, semua dah lawa,
perfect Allah cipta."
Perempuan itu aurat, bukan
semua aurat tapi
kebanyakkannya aurat. Yang
mana2 amik gambar puang tak
pakai tudung tu, henti2kanlah."
Orang puang dia pakai baju
laki pun, orang geram tengok.
Tu blm pakai baju perempuan.



3. Berkat atau tak fotostat
buku yang dilarang fotostat.
- Fotostat dengan kebenaran
adalah lebih baik. Hukumnya
dibolehkan. Cari keberkatan
dengan minta izin.



4. Saya kije syarikat isteri sy.
Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi
3K je kat saya, 3K lagi dia
simpan, tak bagi penuh sebab
dia takut sy kawin sorang lagi.
Apa hukum?
- Jawabnya, jika kita setuju,
oklah. Kalau tak setuju, kerja
dengan orang lain.



5. Sorang maknyah tukar
jantina lelaki kepada
perempuan telah bertaubat.
Kena tukar balik ke?
- Tak wajib buat pembedahan
semula
- Tanggung akibat tak dapat
kahwin dsb.
- Jika mudarat maka tak wajib,
jika tak mudarat hanya perlu
pembedahan minor, maka
perlu bedah balik.
- Sama macam tatoo, kalau
satu tubuh penuh tatoo, nak
buang balik bahayakan diri,
maka tak wajib buang.



6. Pegang tafsir Quran masa
haid
- Boleh.



7. Solat pakai pakaian dalam
je, tapi pakai kain semayang di
luar. Hukum?
- Kalo masa solat, nampak
warna kulit belah dalam, tak
sah. Kain nipis, tak sah
semayang. Yang sah, nampak
bayang hitam sebelah dalam.
Pakai dua lapis adalah terbaik.
Laki camana lak? Sama je.
Nampak bayang makruh,
nampak warna kulit (aurat kat
dalam), batal.



8. Jika solat 5 waktu tidak
cukup? Benarkah solat sunat
tidak diterima?
Ada tiga pendapat:
- Selama mana tak cukup
fardhu, maka tak diterima
sebarang sunat.
- hendaklah kita tunaikan
solat2 fardhu biar cukup, dan
sedikitkan sunat. biar 5 fardhu
jgn kurang.
- diterima, sebab kita dah
sembahyang.
Yang masyhur, tetap haram
dan tidak diterima Allah solat
sunatnya, jika tak cukupkan
hutang solat fardhu 5 waktu.



9. Apa hukum tak bayar tol?
- Apa tujuan buat tol? Kalau
buat tol utk memeras rakyat,
takyah bayar. Kalau tujuan utk
membiayai jalanraya, jadi wajib
bayar melainkan keadaan
darurat. Tol yg ada skang, utk
maslahat org awam takleh nak
beza, maka balik kepada
hukum asal yakni kena bayar.



10. Jika isteri kuar tanpa izin,
malaikat akan laknat sampai
dia kembali semula rumah.
Isteri kuar siasat suami ada
skandal ke tak cari kebenaran
(kemungkinan ada perempuan)
. Boleh ke?
- Isteri keluar rumah tanpa izin
tanpa darurat memang haram.
kemungkinan takleh, dia boleh
yang PASTI. kalau ada
masalah, report kat QADI
kejahatan suami spt tak bagi
nafkah.



11. Saya photographer part-
time. Sy upload gambar tak
brtudung. Publish utk
marketing je. Hukum?
- Benda yg haram, maka
haram kita expose. Tidak boleh
letak gambar dedah aurat.
Haram magazine2 yg ada
gambar2 dedah aurat.
UAI: "Dengan kamera dia
boleh masuk syurga jika
gambar dia bawa manusia
cinta kepada Islam."



12. Jauh nak pulangkan al-
Quran tempat jauh.
- Mesti diwujudkan benda yg
sama di tempat tu balik
dengan harga yg sama (ganti
dengan bank-in duit ke apa ke)
. Tak perlu pergi ke tempat
jauh tu untuk pulangkan.



13. Suami jenis ungkit.
- Tidak baik suami suka bangkit
dan ungkit. bangkit boleh, tapi
ketika isteri tu lalai utk
keinsafan. Suami yang benar2
suami dia berani tukar nyawa
dia kepada isteri dia.
UAI:"Rima tangkap bini, tok
imam lawan tak ngn rima?
sayang bini ke syg rima, kalau
syg bini, lawan rima." UAI:
"mmg dop lawan lah. rima
tolong amik..alhamdulillah.
boleh bini lain."
UAI: "Payah nak cari yg
penyayang macam saya"



14. Jamak ke rumah mentua di
Ganu. Umah di Putrajaya.
Boleh ke jamak?
- Kita boleh jamak bila musafir,
Putrajaya - Tganu sebab bukan
rumah kita. tak bermukim di
situ.
-3 hari dan kurang - musafir yg
singgah. 4 hari dan ke atas -
pemukim.



15. Boleh amik air wudhu'
putus2? amik kat rumah,
perabis di surau.
- Sunat selesaikan segera amik
wudhu'. Nabi SAW pernah amik
wudhu' dua tempat.



16. Dapati suami org lain ada
skandal dengan perempuan
lain. So kena bgtau isteri dia ke
tak yang dia skandal?
UAI: jangan kabor kepada
lawang, kabor kepada
empunya diri. kita jumpa suami
dia cakap ngn org puang. kita
takleh kabor kat bini dia.
kabor lah kat empunya diri.
tanya dia utk tegur dan tahu
perkara sebenar. jangan
rosakkan rumahtangga orang.



17. Hukum doa fb.
- Berdoa dlm facebook; dengan
niatlah jadi hukum yg
berbeza2. Tujuan insaf, dapat
pahala. Tujuan nak nunjuk2,
sia2 perbuatannya. Kongsi doa
baik, dapat pahala.



18. Hukum dengar nyanyian
perempuan bukan mahram
- perempuan bernyanyi tidak
boleh pada ajnabi.
- suara ni ada dua hukum:
suara aurat suara bukan aurat.
Jika fitnah, haram.
- sebaiknya, perempuan jgn
nyanyi di khalayak ramai
meskipun lagu2 nasyid.



19. Mengata orang dalam
berceramah.
- Kalau laknat, sebut nama
boleh ke tak? Kalau yg Allah
sudah sebut laknat itu dalam
Quran. Boleh kita sebut Allah
laknat. ( Spt Allah laknat org
kafir )
- "celakalah org yg tidak solat.
celakalah org yg minum arak."
- ada dalam nas
- ada nas, baru boleh kata.
kalo tade nas, tak boleh kata.
- nasihat; benda yg lembut kita
lembut, benda keras kena
keras.
- jgn sebut nama kalau nak
tegur dalam ceramah.



20. Hukum lelaki simpan
rambut panjang:
- Laki boleh rambut panjang
jgn sampai nampak macam
puang. org kata pompuang
takleh.
- Panjang, tapi masih nampak
lelaki. boleh.
- Biarlah ada janggut dan
misai, bolehlah rambut panjang
senang nak cam sebagai lelaki.
- Berambut panjang tidak
salah.



21. Ada 2 masjid dalam 100
meter dalam 1 mukim?
- Boleh pegi mana2 masjid,
tidak ada masalah.



22. Bab mandi jenazah, aurat si
mati bagaimana?
- Aurat mayat sama macam
aurat org yg masih hidup.
- Umumnya, aurat wajib tutup
antara ayah dan anak - pusat
sampai ke lutut. tak boleh
pakai spender je depan anak.
Anak yg masih kecik tak reti
apa2 takpe, tak haram wlpn
ayah dia bogel.
- Wajib kena hormat mayat.
Minimakan pemandi mayat
sehingga 2 orang sebaik2nya.
Aib pada mayat jika org lain
nampak aurat si mati.



23. Amalan diterima ke tak,
menuduh hamba Allah wat
benda buruk?
- amalan yg tidak diterima doa,
doa org yg makan yg haram.
- kutukan kita berdosa. amalan
diterima selagi mana tidak
buat benda2 yg menghalang
doa diterima.



24. Terlepas rakaat: Tok imam
tgh tahiyyat awal, dia baru
mari..dia pun duduk tahiyyat.
dapat ke tak rakaat? Tak
dapat.



25. Bersumpah takkan kawin
selain teman wanita? nazar
atau sumpah?
- Sumpah dikira bila kata
"Demi Allah." Cth:"Wallah,
Tallah".
- Junjung Quran tak jadi apa,
itu bukan sumpah.
- Dia boleh kahwin dengan org
lain wlpn dah bersumpah atas
nama Allah tp kena bayar
kafarah bersumpah, bagi
makan org miskin.
- Iktibar lagu maher zain,
"barakallahulakuma" utk ucap
tahniah org kahwin. bukan
kata, "moga kekal ke anak
cucu."



26. Soalan terakhir. Bolehkah
sy selalu mandi wajib walaupun
tidak junub. alang2 dah mandi,
baik mandi wajib.
- Jwbnya: bid'ah. org tak suruh
kenapa nak mandi wajib.
mandi2 ni perintah Allah,
takleh nak main2. mandi wajib
ada sebabnya tersendiri. niat
bersuci macam biasa je lah
(thaharah), dapat pahala.



Kredit: Dicatat oleh : admin Lelaki Soleh Idaman WanitaSolehah ( syabab musafir
kasih )

Lelaki Yang Mempunyai Mulut Terbesar Di Dunia






Kenali lelaki unik dari Angola ini, Domingo Joaquim, beliau memiliki mulut yang luas hingga tin cola pun boleh masuk dan di rekod di dalam Guinness World Records, Memang gila. 

























Punca Barang Kiriman Rosak






Pernah terima kiriman barang menggunakan khidmat penghantaran laju? Pernah tak barang yang korang dapat tu rosak?, Aku tak pernah lagi,tapi barang terbuka tu pernahlah, mungkin sebab pos laju nak check apa barang dalam tu.. Korang tengok gambar ni pula dan nilaikan sendiri. Mana tak rosak barang pelangan kalau macam ni kerja nya.











Lelaki Menyimpan Berguni-Guni Duit Dalam Garaj





Seorang lelaki dari China simpan duit di dalam garaj kereta rumahnya, bukan simpan kat bank. Macam ni pun ada kan.. Lelaki ini dikatakan tidak mempercayai bank sebab pernah kehilangan duit sebelum ini di bank. Kes fobia ni. hehe










Thursday, January 19, 2012

Tafsir Lirik Aku Maafkan Kamu







Terdapat beberapa tafsiran untuk lagu ini yang dapat aku temui melalui Google. Ada yang mengatakan ianya berkisarkan kisah cinta, dan ada juga yang mengatakan ianya mengenai persahabatan.





Namun aku berpendapat lirik ini lebih daripada tentang kisah kehidupan individu. Aku maafkan kamu berkisarkan situasi politik di tanahair kita sekarang. Terdapat beberapa rangkap yang menjelaskan tentang isu tersebut.




Ada teratak di hujung kampung


Bawah cermin kopak ada kotak


Tersembunyi dalamnya ada tempurung


Sembunyi bawahnya katak melalak




Rangkap yang menceritakan terdapatnya pihak yang bersifat minda tertutup. Berpendapat bahawa hanya mereka yang betul. Mereka kerap membuat bising berlandaskan tanpa menimbang pendapat pihak lain.




Aku maafkan kamu


Tak perlu kita bertemu


Cukup kau tahu


Yang aku


Maafkan kamu


Tolong teruskan hidup


Jangan sebut namaku




Merujuk kepada sikap tak apa bangsa Melayu yang mudah memaafkan atas kesalahan yang telah ditimpa. Asal perkara lalu diabaikan, Melayu akan melupakannya.




Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia


Ku dihukum masuk neraka oleh manusia


Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu


Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu



Terdapat sebuah parti politik yang menggunakan nama Islam yang dengan mudah menyatakan mana-mana individu kafir sekiranya tidak bersefahaman dengan mereka. Namun apabila diminta penjelasan mereka gagal untuk menyampaikannya.




Maafkan mereka, mereka tidak tahu


Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu


Mereka tidak fasih malah fasik guna bahasa


Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa



Kita harus abaikan sahaja mereka kerana mereka adalah golongan jahil yang enggan menimba ilmu. Ayat-ayat A-Quran mereka gunakan untuk kepentingan diri.




Maafkan mereka, mereka tiada nilai


Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai


Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti


Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati



Tiga baris pertama aku anggap adalah sindiran. Mereka adalah pihak yang mahukan perhatian. Walaupun satu bangsa namun mereka sukar untuk bersatu hati.




Atas kepala murai sekawan


Baling kurambit kucup lehernya


Terlalu rahi dendam diangan


Sampai terkacip mulut mahirnya



Di tangga teratas kumpulan ini adalah golongan yang paling kerap membuat bising membangkitkan isu-isu untuk kepentingan diri. Namun akan bangkitnya pihak yang tidak mampu lagi bersabar. Mereka akan ditentang hingga tidak mampu lagi untuk bersuara.




Jangan ahli sihir seru nama Maharaja


Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma


Guna hak berfikir sebelum hak bersuara


Kalau terpelajar sila guna hak miranda



Peringatan untuk mereka yang kerap mempergunakan nama Raja-raja Melayu terutamanya nama DYMM YDP Agong demi kepentingan diri. Sekiranya mereka terus berbuat demikian akan terima padahnya. Mereka yang asyik membangkitkan kebebasan bersuara seharus berfikir sebaik-baiknya sebelum meluahkan pendapat.




Pura pura dengar, telan tapi tidak hadam


Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham


Mereka mula kiri, aku kanan bila baca


Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta



Bagaimana golongan ini menggunakan akta undang-undang tertentu untuk kepentingan diri sendiri dan menggabaikan kandungan penuh akta tersebut.



Tafsiran ini aku buat berdasarkan pendapat peribadi. Terdapat beberapa rangkap yang aku gagal untuk fahamkan maksudnya. Ini adalah kerana ayat dan perkataan yang digunakan adalah baru untuk aku.



Harap tafsiran ini sedikit sebanyak boleh memberi manfaat kepada semua. Sekiranya terdapat silap tolong sampaikan.



Kredit : http://rashidi.zin.my/silent-thoughts/2011/11/19/tafsir-lirik-aku-maafkan-kamu.html

Thursday, January 12, 2012

Laluan Keretapi Yang Tercantik Di Dunia















































































Surprise Birthday Khairul Fahmi Che Mat ke-23 (Video)

Akhirnya, cakap-cakap orang tentang Khairul Fahmi Che Mat dan Dahlia Tech yang dikatakan berpasangan terjawab di video ini, mungkin mereka ada sebab nak rahsiakan mungkin.







Kat bawah ni video surprise birthday Apek ke 23 , enjoy!



Tuesday, January 10, 2012

Rita Rudaini Tuduh Zaquan Adha Mengandungkan Anak Dara Orang!



Pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini dengan adik kembar suaminya, Zaquan Adha, yang dikatakan tidak pernah mempunyai hubungan baik di antara mereka dilaporkan bergaduh besar menerusi laman sosial Twitter milik mereka hari ini.



Bermula dengan isu ‘ibu mertua suka atau atau tidak’ kepada Rita, pergaduhan antara ipar tersebut melarat kepada persoalan Rita yang bertanyakan tentang Zaquan yang dikatakan menyebabkan seorang gadis dikenali sebagai ‘M’ mengandung dan dipaksa gugurkan kandungan.



Difahamkan, Rita Rudaini pada mulanya menjawab soalan salah seorang rakan Twitternya tentang hubungan antara aktres tersebut dengan ibu mertuanya dan memberitahu bahawa dia tidak kisah sama ada ibu mertuanya sayang atau tidak padanya.









Umum mengetahui yang Rita dan Zaquan mempunyai hubungan yang kurang baik sejak aktres tersebut menjalin hubungan cinta dengan kembar Zaquan, Aidil Zafuan tidak lama dahulu.



Pasangan itu turut mencetus kontroversi apabila berkahwin secara diam-diam di Songkhla, Thailand, pada Februari 2008 dan merahsiakan perkahwinan tersebut dari pengetahuan ibubapa serta keluarga sehingga rahsia tersebut dibongkar media kemudiaannya.











Nampaknya, hubungan kekeluargaan yang dulunya renggang mungkin akan terus berlanjutan setelah masing-masing masih lagi menyimpan perasaan tidak puas hati dan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mencetuskan pergaduhan.







Tempat Letak Kereta Paling Gempak Di Dunia





Menara Volkswagen Automobil yang terletak di bandar utara Jerman Wolfsburg digunakan sebagai sebuah syarikat tempat letak kereta, dan sebagai tempat letak kereta selama kira-kira 5500 pengunjung yang ingin melawat pusat pameran syarikat itu di mana anda boleh melihat kereta lain yang terkenal jenama di bawah payung Volkswagen dan Bentley, Audi dan Lamburdzhini.























Keretapi Bawah Tanah Terkecil Di Dunia







Carmelit adalah funikular keretapi bawah tanah di Haifa, Israel. Pembinaan bermula pada tahun 1956 dan berakhir pada tahun 1959. Carmelit telah ditutup pada tahun 1986 selepas menunjukkan tanda-tanda penuaan. Ia dibuka semula pada bulan September 1992 selepas pengubahsuaian yang banyak.



Kerana banyak Haifa dibina di atas Mount Carmel, Carmelit (sempena nama gunung ini) adalah funikular bawah tanah yang naik dan turun gunung. Perbezaan ketinggian antara stesen pertama dan terakhir ialah 274 meter (900 kaki). Kereta Carmelit mempunyai reka bentuk yang condong, dengan langkah-langkah dalam setiap kereta dan di platform stesen. Sejak kecerunan berubah-ubah di sepanjang laluan itu, lantai kereta masing-masing tidak pernah cukup peringkat, dan cerun sedikit "atas bukit" atau "bukit" bergantung kepada lokasi.



Carmelit adalah salah satu daripada sistem kereta bawah tanah terkecil di dunia, yang mempunyai hanya empat kereta, enam stesen dan 1.8km terowong tunggal lama. Empat buah kereta beroperasi seperti dua dua kereta kereta api, yang berjalan di landasan yang betul sekali dengan seksyen yang singkat landasan berkembar untuk membolehkan kereta api untuk menyeberangi.


















Tangga Paling Cerun dan Panjang Di Dunia





Terletak di Pulau St Helena, Jacob's Ladder merupakan tarikan popular di Jamestown. Ia dikenali sebagai tangga lurus terpanjang di dunia.



Ia dibina pada 1829 sebagai pesawat untuk kereta sorong untuk mengangkut barang-barang dari pusat bandar kawasan penanaman. Ia juga digunakan untuk pengangkutan keluar baja bandar.



Hari ini, ianya digunakan oleh anak-anak tempatan sebagai slaid dan pelancong asing.



Walaupun menjadi satu tarikan yang diketahui Jamestown, dan dibuka pada waktu malam, tiada pelancong boleh mendaki tangga sampai ke anak tangga yg ke 699. Bukan sahaja kerana anak tangga yang agak tinggi, tetapi juga kerana di beberapa tempat anak tangga tiada pagar, menjadikan sukar bagi sesetengah orang untuk meneruskan mendaki dan memandang ke bawah.


















Monday, January 9, 2012

Escalator Di Perkampungan Setinggan






Agak pelikkan, tapi inilah kenyataan, di Colombia, di sebuah perkampungan setinggan di atas bukit telah di bina escalator, Mereka telah menggantikan lebih daripada 350 anak tangga konkrit. Pegawai-pegawai berkata bahawa penggunaan mereka akan mengurangkan kenaikan 35 minit menuruni cerun hingga enam minit. Semua ini secara percuma.




















Top