Saturday, July 2, 2011

Sumpahan Melodi ‘Gloomy Sunday’









Lagu Gloomy sunday yang dicipta oleh Reszo Seress lebih lapan dekad yang lalu sering dikaitkan dengan kematian. Ada juga yang mengkategorikannya sebagai 'lagu maut'. Sejauh manalah kebenarannya? Adakah lagu itu benar-benar berhantu dan begitu meruntun hati sehingga mampu mempengaruhi naluri pendengarnya supaya membunuh diri? Adakah lagu itu mampu membawa impak yang serupa hari ini sama dengan impak di zamannya?

Lagu gloomy sunday dicipta oleh Reszo pada hari yang sama dengan pertengkaran hebat yang berakhir dengan perpisahan dengan tunangnya yang mahu Reszo mencari pekerjaan tetap demi masa depan mereka. Reszo bukanlah pencipta dan penggubah lagu yang hebat kerana semua lagu gubahannya langsung tidak berjaya menarik minat sebarang penerbit.

Pertengkaran hebat yang terjadi pada hari ahad itu yang disulami dendam dan kebencian memberikan tekanan hebat dalam diri Reszo. Selepas pertengkaran 
itu, Reszo duduk di depan pianonya sambil merenung langit malam yang suram 
dengan awan berat dari jendela yang terbuka. 

'Ahad yang suram'... Dalam deruan hujan Reszo terus mendapat ilham lalu jarinya terus memainkan melodi melankolia aneh yang seolah-olah mengadaptasikan kesedihan dan kekecewaan akibat putus kasih dengan tunangannya. Reszo menulis nota lagu itu pada sekeping poskad lama. Lagu itu digubah dalam masa 30 minit sahaja.

Reszo kemudian menghantar karyanya itu kepada seorang penerbit. Dia menanti dengan penuh harapan karyanya itu kali ini akan diterima. Beberapa hari kemudian, gubahannya itu dikembalikan dengan nota penolakan yang berbunyi: "Melodi Gloomy terlalu menyedihkan dan kami meminta maaf tidak dapat menerimanya."

Reszo mencuba nasib dengan penerbit lain. Dia bernasib baik kerana kali ini karyanya diterima. Penerbit tersebut memberitahu Reszo bahawa lagunya akan diedarkan keseluruh dunia. Reszo amat gembira bagaikan bulan jatuh ke riba.

Namun beberapa bulan setelah Gloomy Sunday diedarkan, berlaku beberapa kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu tersebut.Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu itu dimainkan. Setelah mendengar lagu itu, dia pulang ke rumah kemudian menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dan tidak dapat melupakan melodi lagu tersebut.

Di bandar yang sama seminggu kemudian, seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di bilik tidur gadis itu.

Tragedi tidak berakhir di situ. Dua hari kemudian, seorang setiausaha muda di New York membunuh diri. Pada nota yang ditemui, dia meminta lagu Gloomy sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.

Beberapa minggu kemudian, seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan ‘lagu maut’ itu dengan piano. Sekitar masa sama, seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan. 

Akhbar segera melaporkan beberapa lagi kematian yang dikaitkan dengan lagu gubahan Reszo itu. Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya yang membaca kisah kematian yang dikaitkan dengan irama itu.Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada jawapan. Mereka akhirnya merempuh masuk ke rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia.

Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Reszo Seress.

Dia menulis surat kepada bekas tunangnya, merayu mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian, dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu wanita itu membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya, salinan Gloomy Sunday ditemui.

Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler, lagu berkenaan dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui ‘sumpahannya’. 


Saya telah mendengar lagu ini iatu versi asal*** Gloomy Sunday***




It is autumn and the leaves are falling


All love has died on earth


The wind is weeping with sorrowful tears


My heart will never hope for a new spring again


My tears and my sorrows are all in vain


People are heartless, greedy and wicked...


Love has died!


The world has come to its end, hope has ceased to have a meaning


Cities are being wiped out, shrapnel is making music


Meadows are coloured red with human blood


There are dead people on the streets everywhere


I will say another quiet prayer:


People are sinners, Lord, they make mistakes...


The world has ended!





Juga versi baru nyanyian Sarah Brightman ***Gloomy Sunday***


Sunday is Gloomy,


My hours are slumberless,


Dearest, the shadows I live with are numberless


Little white flowers will never awaken you


Not where the black coach of sorrow has taken you


Angels have no thought of ever returning you


Would they be angry if I thought of joining you


Gloomy Sunday


Sunday is gloomy


with shadows I spend it all


My heart and I have decided to end it all


Soon there'll be flowers and prayers that are sad,


I know, let them not weep,


Let them know that I'm glad to go


Death is n. o dream,


For in death I'm caressing you


With the last breath of my soul I'll be blessing you


Gloomy Sunday


Dreaming


I was only dreaming


I wake and I find you


Asleep in the deep of


My heart


Dear


Darling I hope that my dream never haunted you


My heart is telling you how much I wanted you


Gloomy Sunday



Lagunya memang agak sedih dan lirih dengan lirik yang juga sedikit menggugah 
perasaan. Namun tidak pula muncul ketakutan, keseraman atau naluri ingin membunuh diri. Barangkali sumpahannya sudah berakhir :) 

Walau apapun alasannya, saya yakin keimanan dan kekuatan hati melalui segala 
ranjau, kekecewaan dan kesedihan hati adalah benteng yang amat kental sekali. 
Lagu sekadar unsur sampingan yang mendorong kepada roh yang kosong pengisiannya bergentayangan mencari jalan pintas untuk segera mengakhiri segala kesakitan dan penderitaan perasaan yang tidak tertahankan secara songsang yang dijampi syaitan. Jadi...usah salahkan lagu! Perteguhkanlah keimanan kita dulu.

0 komentar:

Post a Comment


Top