Tuesday, July 19, 2011

Bahaya Upload Gambar Anda Di Pelbagai Website























Dengan beberapa klik je kat Photoshop tu dah boleh nampak"barang" korang. Ni la akibatnya kepada siapa yang pakai sexy sangat, baju nipis ataupun tak pakai bra. Memang korang senang kena scan la kejap lagi. Jadi, kepada wanita di luar sana yang ada gambar sexy korang tu cepat-cepat la delete sebelum giliran korang pula jadi mangsa siber ni. Lebih baik kita semua menutup aurat seperti mana yang telah ditetapkan dalam Islam daripada mengikut budaya barat yang negatif ni.



Hikmah di sebalik menutup aurat ialah dapat mengelakkan kejahatan, maksiat dan menjaga maruah serta harga diri. Oleh itu, cara berpakaian lelaki juga mesti memenuhi tujuan tersebut.



Mempamerkan tubuh merupakan satu kesalahan kerana dikhuatiri boleh menjurus kepada perkara kejahatan dan kemaksiatan sekiranya mempamerkan tubuh dengan aksi dan gaya yang tidak sepatutnya untuk tatapan umum tanpa rasa malu apatah lagi sehingga menyalahi hikmah menutup aurat.



Apa yang aku nak nasihatkan ialah jangan lah kita menunjuk-nunjukkan kecantikan luaran yang ada. Sebaliknya kita harus menunjukkan kecantikan dalaman seperti akal, minda, dan kelebihan yang ada pada kita. Sekian terima kasih.



Akhir sekali aku nak minta maaf kalau ada kata-kata kesat yang menyentuh perasaan korang serta gambar-gambar sexy di atas ni. XD



Note: Jangan lupa sebarkan kepada rakan-rakan anda semua!

0 komentar:

Post a Comment


Top