Saturday, July 30, 2011

10 Fakta Mengenai Bunuh Diri









1. Di Amerika, lelaki yang bunuh diri jumlahnya empat kali ganda berbanding wanita. Iaitu sebanyak 78% dari jumlah keseluruhan kes bunuh diri.

2. Tapi, berdasarkan kajian yang sama di Amerika, wanita lebih sering melakukan percubaan membunuh diri berbanding lelaki. Biasanya dengan cara mengelar lengannya sendiri.



3. Penelitian tersebut juga menyebutkan bahawa di Amerika, cara bunuh diri yang paling banyak digunakan adalah dengan menembak diri sendiri (untuk lelaki) dan minum racun (untuk wanita).



4. Sedangkan data bunuh diri dari seluruh dunia membuktikan bahawa cara "kegemaran" untuk membunuh diri adalah gantung diri.



5. Tingkat bunuh diri di negara maju jauh lebih tinggi berbanding negara miskin dan negara-negara membangun.



6. Orang yang sudah menikah lebih jarang melakukan bunuh diri dibanding orang-orang yang single, bercerai, atau janda / duda.



7. Zaman dulu, orang-orang lebih "kreatif" mencari cara untuk bunuh diri, antaranya dengan menelan labah-labah beracun, menusukkan besi panas ke tekak, menyuntikkan mentega kacang ke urat nadi, dan menjatuhkan diri ke atas tumpukan botol bir.



8. Golden Gate Bridge di San Fransisco, Beachy Head di Inggeris, dan hutan Aokigahara di Jepun, adalah tempat yang paling sering jadi lokasi bunuh diri. Orang Jepun menggelar hutan Aokigahara sebagai Hutan Bunuh Diri.



9. Jepun adalah negara yang terbanyak kes bunuh diri, iaitu 100 orang per hari. Untuk menghentikan fenomena ini, setiap keluarga yang anggotanya mati bunuh diri, dikenakan denda sebesar 100 juta Yen.



10. Bunuh diri paling banyak dilakukan hari Isnin, dan paling jarang berlaku pada hari Sabtu.




0 komentar:

Post a Comment


Top