Wednesday, January 19, 2011

Nenek 51 tahun dicekup khalwat | Korang Malu Tak Bila Dengar Berita Ni ?

Seorang wanita berusia 51 tahun dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 24 tahun di sebuah hotel murah di Shahab Perdana, Mergong, di sini, awal pagi semalam.



Wanita itu dicekup kira-kira jam 2 pagi dalam serbuan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang membuat pemeriksaan di hotel itu.



Difahamkan, wanita yang mempunyai seorang cucu itu dikatakan menjalin hubungan dengan kekasihnya sejak sebulan lalu selepas tersilap mendail nombor telefon.



Ketua Operasi JAIK, Mohd Nasir Md Dali, berkata anggotanya yang membuat pemeriksaan di hotel murah itu mengetuk pintu sebuah bilik dan memberi salam beberapa kali sebelum ia dibuka seorang wanita yang berbaju tidur paras lutut.



Katanya, ketika pemeriksaan bilik itu dalam keadaan gelap dan hanya diterangi lampu televisyen tetapi selepas lampu dibuka, anggota penguat kuasa mendapati seorang lelaki hanya berseluar jeans tanpa baju sedang tidur di atas katil.



“Pemeriksaan menemui seluar dalam, dipercayai milik wanita itu yang ditemui di atas katil bilik berkenaan.



“Apabila disoal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau mahram, menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat,” katanya.



p/s : Bila kuar berita pasal benda2 camni , lebih2 lagi membabitkan warga emas , terkedu aku , mane tak nya , malu keluarga , dah tua2 pon ditangkap khalwat , harap dijauhkan dari diri kite semua ni ..



Sumber :  Berita Harian

0 komentar:

Post a Comment


Top