Tuesday, January 25, 2011

Nabil Dan Telinga

Hyep ! berjumpa kita lagi malam hari , da lama rasenya buat entry lawak kat sini .. huhu .. jom la kita baca satu cerita menarik kat bawah ni .. :)



Nabil dilahirkan tanpa kedua telinganya , tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank . Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga .



Suatu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang di senarai pendek untuk sesi temuduga . Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik .



Di akhir temuduga , Nabil bertanya satu soalan kepada lelaki itu .



" Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya ? " .



" Ya , tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga , macam ayam " jawab lelaki itu dengan jujur .



Merasa terhina dengan jawapan itu , Nabil mengusirnya keluar dari pejabat .



Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun . Dia lebih baik dari calon pertama tadi . Di akhir sesi temuduga , Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama .



" Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya ? " .





" Ya .. saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik , sedangkan tuan duduk jauh dari saya " . puji perempuan itu .




Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu , Nabil berang dan menghalaunya keluar . Calon terakhir adalah yang terbaik , walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank .



Selain bijak dia juga tampan dan bergaya .

Seperti calon terdahulu Nabil bertanya soalan serupa .



" Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya ? "



" Ya . Awak pakai contact lens , " jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak .



Walaupun terkejut , Nabil gembira dengan jawapan pemuda itu . Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh .



" Bagaimana awak tahu? " tanya Johan lagi .



Pemuda itu tidak dapat lagi menahan geli hati nya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata , " Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga , nak sangkut kat mana ? " .



Nabil pun tensen ... Last-last tak jadi ambik pekerja baru .



p/s : lawak tak ? lawak kan ? hahahaha , aku bace sampai nak nangis pon ader , hahahaha ..

Related Posts

  • Sebuah Kisah Dari Lorong Haji TaibBingkisan ini ku tuliskan buat renungan mereka yang bergelar insan..Insan? ?? Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh de…
  • Taubat Seorang Pondan 18+Ada cerita lawak nak kongsikan dengan semua , Ini aku dapat dari forum syok.org , siapa2 join forum sana , mesti dah bac…
  • Lawak BengongAda kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pe…
  • 9 Kelebihan Lembu Berbanding ManusiaLEMBU sebenarnya lebih PANDAI daripada MANUSIA kerana...1 ... lembu tak buang anak dalam tong sampah, longkang, paksa an…
  • Kisah 3 Anak Dara (18+)Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mer…

0 komentar:

Post a Comment