Wednesday, January 5, 2011

Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 Menyihir Jutaan Umat Manusia?



Kehangatan kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 sudah pun melabuhkan tirainya dan Malaysia berjaya merangkul kejuraraan buat kali pertama. Namun, sepanjang kejohanan terutama di akhirnya iaitu yang melibatkan pasukan Malaysia dan Indonesia, media massa dan elektronik di kedua-dua negara mengambil kesempatan untuk ‘memanaskan’ lagi suasana yang sememangnya telah panas dan tegang semenjak awal lagi. Sememangnya, sejarah perlawanan di antara kedua-dua negara ini memang tidak pernah lekang daripada  kontroversi.




Apa yang menarik, kejohanan ini telah berjaya mencuri perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Bermula daripada para pemimpin negara sehinggalah ke rakyat biasa. Tumpuan dan perbualan sehari-hari mereka tidak lari daripada membahaskan perlawanan yang melibatkan pasukan negara di kejohanan itu. Mereka sanggup berkorban harta, masa dan tenaga untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium atau hanya sekadar menontonnya di televisyen. Bahkan, ada segolongan kiyai di Indonesia yang mengadakan acara istighosah (upacara zikir dan doa), memohon kepada Allah agar pasukan negara mereka diberi kemenangan. Namun, doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.




Realiti menunjukkan, umat Islam yang dahulunya pernah menjadi singa yang mengaum dan berani berjuang menentang kuasa kuffar barat, kini jauh ketinggalan berbanding musuh-musuh mereka. Umat Islam tidak lagi menjadi umat ikutan, tetapi menjadi umat yang lemah dan tak berdaya kerana telah diracuni dengan pelbagai penyakit yang disuntik oleh musuh-musuh Islam ke atas mereka. Salah satu racun ini ialah ashobiyyah. Ini berdasarkan kepada tingkah-laku penyokong kedua-dua pasukan yang bertanding di perlawanan akhir AFF 2010. Mereka saling mencerca di antara satu sama lain, merendah-rendahkan kaum masing-masing dan pelbagai provokasi lain yang telah dilakukan. Inilah sebenarnya yang dikehendaki oleh kuffar barat. Mereka sentiasa ingin memastikan negara-negara umat Islam terus terpisah dan berpecah agar berada di dalam keadaan lemah sehingga terpaksa tunduk kepada kehendak barat.




Realitinya kini, umat Islam berada di dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Di mana-mana sahaja di seluruh dunia  khususnya di Afghanistan, Iraq, Palestin, Selatan Thailand dan Pakistan, umat Islam dibunuh, harta dan tanah mereka dirampas tanpa ada pembelaan, maruah para muslimat kita dinodai. Hal-hal seperti inilah yang seharusnya menjadi topik perbincangan dan perlu diberi keutamaan, bukannya yang lain.  Diskusi dan telahan ilmiyah tentang bagaimana mendirikan semula Negara Khilafah perlu disemarakkan dan diperjuangkan oleh kita semua. Kita tidak sepatutnya disibukkan dengan agenda-agenda yang melalaikan seperti kejohanan bola sepak (lahwun munazzomun) ini, yang hanya mendatangkan perpecahan dan persengkataan. Marilah kita mengorak langkah untuk menuju sebuah gagasan yang lebih mulia daripada bola sepak, iaitu perjuangan untuk mendirikan Negara Khilafah yang akan memayungi umat manusia dengan kemuliaan dan kesejahteraan. Wahai umat Islam, bangkitlah daripada kelalaian menuju sebuah kebangkitan yang hakiki.




 

Related Posts

  • Insafnya Aku1 minit...: Harimau, tali, buaya, tikus dan madu Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepihutan. …
  • Pentingkah Dara?Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita y…
  • Rahsia Jari Kita1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambillaung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti …
  • Kenapa Wanita Perlu Menutup Aurat?Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka ber…
  • Wanita Oh Wanita1.Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kep…

0 komentar:

Post a Comment