Tuesday, June 28, 2011

Kapal Firaun berusia 4500 tahun ditemui









Para arkeologi mula menggali kapal kayu berusia 4500 tahun yang ditemui berhampiran Piramid Agung Giza. Kapal ini dipercayai membawa Firaun Khufu ke alam baka.



Kapal ini dipercayai sebagai adat agama yang akan membawa Firaun Khufu ke alam baka. Khufu yang juga dikenali sebagai Cheops ini dikenali sebagai pembangun Piramid Agung Giza. Ketua projek pemulihan Sakuji Yoshimura dari Universiti Wasela mengatakan, salah satu kapal dari dua kapal yang ditemui bertuliskan nama Khufu.




Khufu merupakan pengasas dinasti keempat pada tahun 2680 Sebelum Masihi (SM) dan menjadi pemimpin Mesir selama 23 tahun. Menteri Warisan Mesir, Zahi Hawass mengakui bahawa penggalian ini merupakan salah satu projek arkeologi dan pemuliharaan terpenting dunia.



Kapal ini asalnya ditemui pada tahun 1954 bersama kapal lain yang kemudian dipulihara dan dianggap sebagai salah satu penemuan besar di dataran tinggi Giza. Para ahli arkeologi mengakui kapal ini merupakan kapal tertua yang boleh bertahan hingga kini.



Setelah proses penggalian selesai, saintis akan membuat skema komputer kapal ini untuk membantu memuliharanya. Pemulihan kapal  ini dijangka memakan masa empat tahun. Setelah selesai, seperti dilaporkan Fox News, kapal ini akan dipamerkan di Muzium Solar Boar berhampiran Piramid Agung Giza.


sumber

Related Posts

  • 8 Manusia Paling Bertuah Di Dunia1. Lelaki yang membeli Salinan Rasmi Deklarasi Kemerdekaan Amerika dengan harga $4Seorang lelaki yang tidak dikenali,mem…
  • Mereka Popular Kerana YoutubeOk , siapa tak kenal Ana Raffali kan ? , beliau lebih dikenali di Youtube dulu . Semalam , aku tengok rancangan APA SAJA…
  • Gara - Gara Upload Gambar di Facebookkalau korang nak buat jahat kat opis , elakkan dari ambil gambar korang da upload gambar kat Facebook !Kakitangan jabata…
  • Kebaikan dan Keburukan COKE !Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan dara…
  • 27 Fakta Menarik1.Cuba tengok zip seluar korg, tertera huruf YKK.YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushiki gaisha iaitu sebuah kilang membu…

0 komentar:

Post a Comment