Tuesday, June 14, 2011

Fakta Menarik Tentang Sejarah Komputer & Internet - Bahagian 1

PEMBUAT KOMPUTER PERTAMA DIDUNIA






'The Electronic Colossus' sedang digunakan untuk D-Day, 6 Jun 1944'



Sir Harold Thomas Flower. Dia adalah pembuat komputer elektronik pertama
di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit
Pemecah Sandi Tentera Rahsia Inggeris untuk memecahkan kod pemancar
radio NAZI.





NAMA KOMPUTER KOMERSIL PERTAMA DIDUNIA






ENIAC Sedang Digunakan



ENIAC (Electronic Numerator Intregrator Analyzer and Komputer) adalah
komputer komersil pertama didunia. Komputer ini beratnya 60,000 paun dan
besarnya meliputi satu bilik yang besar. ENIAC selesai dibina pada
tahun 1945. ENIAC awalnya dibuat untuk keperluan tentera. Akan tetapi
komputer ini tidak boleh menyimpan data.





ORANG TERKAYA DIDUNIA KERANA PERISIAN KOMPUTER






Bill Gates Pada 1983



William Henry Gates atau lebih dikenali sebagai Bill Gates adalah orang
terkaya di dunia selama 12 tahun terakhir ini (menurut majalah Forbes).
Gates adalah pengasas dan ketua syarikat Microsoft yang bergerak
dibidang perisian. Dia juga adalah pengasas syarikat Corbis yang
bergerak dibidang arkib citra digital.





SERANGGA DALAM KOMPUTER



Serangga, atau dalam bahasa Inggerisnya 'Bug', memang bisa saja masuk
dalam CPU komputer. Tapi yang dimaksudkan serangga atau bug bagi
komputer bukanlah serangga hidup.



'Bug' adalah kesalahan atau kegagalan dalam program komputer sehingga
tidak berjalan sebagaimana mestinya. Contohnya, saat kita sedang bermain
game, tiba-tiba komputer 'hang' atau tersekat. Bug biasanya terjadi
kerana kekurangan perhatian programmer dalam menulis program, boleh juga
kerana suatu program yang memerlukan ingatan 128 MB dan komputer dengan
memori 64 MB dipaksa untuk menyimpan program dengan memori sebanyak itu
sehingga terjadi kegagalan kerana kekurangan memori.







KOMPUTER BUG PERTAMA






Komputer Bug Yang Pertama



'Bug' pertama adalah rama-rama. Pada tahun 1945, Grace Murray Hopper dan
pasukannya sedang bekerja pada komputer kalkulator 'Relay Aiken Mark
II' dari Universiti Harvard. Kemudian komputernya bermasalah. Setelah
mencari puncanya, ternyata ada lebah pada Relay #70 dalam panel F. Lebah
tersebut kemudian dihapuskan. Sejak saat itu istilah bug digunakan
sebagai kerosakan dalam kerja komputer. Istilah menyingkirkan bug
tersebut dinamakan 'debug'.





MODEM PERTAMA






1958 Modem From AT&T




The Bell 103



Sekitar tahun 1950an, bahagian pertahanan udara Amerika Syarikat telah
meminta utk diciptakan alat untuk menghantar data melalui telefon. Modem
komersial pertama dibuat 'AT&T' dan dilancarkan 'Bell 103' pada
tahum 1962 dengan kelajuan 300 bit / saat. Pada tahun 1996 sudah ada
modem dengan kelajuan 56,000 bit/saat.







PERMAINAN KOMPUTER (GAME)






Imej Permainan Komputer 'Spacewar' pada tahun 1961 oleh Steve Russel



Pada tahun 1947 dianggap sebagai tahun ketika game

(permainan) pertama kali dimainkan pada tabung CRT. Ianya masih
sederhana iaitu tentang pesawat yang harus menembak suatu sasaran. Saat
itu grafik belum boleh digambarkan secara elektronik pada layar CRT.



Tahun 1950an, game dengan grafik pertama dibuat iaitu Tic-Tac-Toe.
Kebanyakan game komputer awal dibuat oleh Universiti. Tahun 1960an
dibuat game Spacewar yang dimainkan oleh dua orang. Ini adalah game pertama yang dijual secara meluas dan langsung menjadi game yang paling digemari saat itu.



Kemudian dibuat game yang boleh dimainkan dilayar televisyen. Game ini namanya 'Chase' oleh penciptanya yang kemudian dikembangkan menjadi game yang memuatkan beberapa permainan. Tahun 1970an, game
'Odyssey' dikeluarkan merupakan video game pertama. Syarikat permainan
'Atari' mencipta game permainan pingpong yang laku keras. Kemudian game mula dibuat portable. Taito mencipta game 'Space Invaders' atau game penembak pesawat makhluk asing (alien). Ini adalah game pertama yang disebut era keemasan game.







PERMAINAN KOMPUTER YANG TERMAHAL






PDP-1







Imej Permainan Komputer 'SHENMUE'



Ada juga permainan komputer yang diperbuat dari emas 18 karat dan
sekeliling layarnya bertatahkan berlian. Gameboy ini dibuat oleh Aspreys
dari London, harganya $25 juta. Ini adalah gameboy termahal yang pernah
dijual. PDP-1 yang dijual dengan game Space Wars dan dibuat 1960,
harganya $120 juta yang sekarang setara dengan $760 juta. Ini adalah
system game termahal yang pernah dijual.



Permainan komputer 'Shenmue' dihasilkan selama 7 tahun sehingga tahun
1999 dan kos pengembangannya lebih daripada $ 20 juta. 'Shenmue'
dihasilkan untuk Dreamcast oleh Sega. 'Shenmue' adalah game paling realistic yang ada dipasaran ketika itu dan merupakan game komputer termahal yang pernah dijual.







Mouse Pad Termahal Di Dunia






Mouse Pad Termahal Di Dunia



'Mouse pad' atau 'pengalas' untuk mouse digunakan untuk permukaan menjadi rata dan mouse komputer bole digunakan dengan baik. Ada sebuah mouse
buatan tangan yang dibuat di Inggeris untuk Formula 1 oleh seorang
teknisinya. Mouse pad ini terbuat dari fiber karbon padat. Harganya
sekitar $489 USD. Ini adalah mouse pad termahal didunia yang pernah
dijual.







KEDAI KOMPUTER PERTAMA






Kedai Milik Dick Heiser



Pada bulan juli 1975, Dick Heiser membuka kedai komputer pertama yang
dinamakan "The Computer Store" di California. The Komputer Store menjual
peralatan komputer, buku dan majalah yang berkaitan dengan komputer.







VIRUS KOMPUTER YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN TERTINGGI






Virus 'iloveyou'



Pada tahun 2004 SCO Group Inc. di Colorado diserang DDOS dari virus
'MyDoom Worm'. Merosot hingga $ 38.5 bilion. SCO Group menghadiahkan $
250 ribu atau sekitar untuk menangkap pembuat virus 'MyDoom.B'. Virus
lain yang telah diketahui menyebabkan kerugian besar adalah virus
'SoBig' yang menyebabkan kerugian $37.1 bilion, virus 'Love Bug'
menyebabkan kerugian $15 bilion dan virus 'Code Red' yang menyebabkan
kerugian sehingga $2 bilion.





KAREKTER KOMPUTER YANG PEMBIAYANNYA PALING MAHAL






Gollum



Gollum, adalah salah satu watak dalam filem 'The Lord of Ring' yang
dibuat oleh WETA Digital. Dengan lebih dari 200 ekspresi wajah dan 300
gerakan otot, ini adalah watak komputer termahal yang pernah dihasilkan.







WEB BROWSER PERTAMA






'WorldWideWeb'




'Mosaic' Web Browser



NCSA Mosaic dibuat oleh Marc Andreesen dari National Centre for
'Supercomputing Applications' pada bulan April 1993 untuk keperluan
khusus. Tapi 'WorldWideWeb' yang dibuat Tim Berners-Lee pada bulan
Disember 2000 dianggap sebagai web browser pertama kerana penggunaannya
yang luas. Namanya kemudian ditukar jadi Nexus. Pada bulan Oktober 1994,
Netscape mengeluarkan versi beta dari Mozilla dan menjadi web browser
komersil pertama.








WEB SITE PERTAMA






Web Site Pertama yang memaparkan sendiri projek WWW tersebut



Sir Timithy John dari "Pasukan" Berners-Lee adalah orang pertama yang
menciptakan world wide web pada Ogos 1991. Web site beliau adalah http://nxoc01.cern.ch.







WEB SITE KOMERSIL PERTAMA
















'Global Network Navigator Web Page'



Pada bulan Oktober 1994 'HotWired' mulai berfikir untuk menerima
pemasangan iklan di internet kerana internet sekarang sudah digunakan
oleh masyarakat secara luasnya. AT&T telah memasang banner
468 x 60 yang dipasang di halaman site 'HotWired' . Ini adalah
keuntungan pertama yang diperolehi dari internet. Pada tahun 1993 Dale
Dougherty melancarkan 'Global Network Navigator' yang dibeli AOL tahun
1995, inilah yang dianggap sebagai web site komersil pertama.







WEBCAM YANG PERTAMA






The First Webcam



Pada tahun 1991, Paul Jardetzky, Qunetin Stafford-Fraser dan mahasiswa
Cambrige University membuat program untuk menampilkan gambar secara
on-line. Pada tahun 1993, web yang baru tersedia secara luas untuk semua
pengguna internet.

0 komentar:

Post a Comment


Top