Saturday, April 9, 2011

Air Tangan Muslim Yang Tinggalkan Solat !




Sekadar Gambar Hiasan





Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan
malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.



Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),
"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."



Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun
hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun
runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.



Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk
umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram,
maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman
Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan
nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya
pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang
terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak
perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih
hina dari air kencing anjing hitam.



Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh
dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu
Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi
Musa tadi.



Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan
air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing
anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.



Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu@ isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah

solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan
menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang
akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak
gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan ?



Tapi lain pula halnya dengan kita ni.. Pagi petang, mamak! Teh tarik
satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat.
Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat
nak buat kerja-kerja yang baik.



Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah
syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ' Mikraj sedangkan
kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat
Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk
umat Islam),

"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".

Maknanya,

"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu"



Jadi,

sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana
amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan
kelak.



*peringatan utk diri sendiri jugakk. same-same kite muhasabah!

0 komentar:

Post a Comment


Top