Friday, April 8, 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan





1. Menipu



Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama
ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk
"menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati
pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati
mereka telah dipermainkan.



2. Harapan / Kebebasan



Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya
malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal
ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang
mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki
yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan
perhubungan tersekat.



3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan



Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat
harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami.
Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius.
Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap
akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan
dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini,
perhubungan boleh menjadi putus.





4. Mengungkit Hal Yang Lalu




Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang
lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari
kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan
perhubungan.



5. Berbeza Pendapat



Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering
terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal
inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai
cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak
mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah
perhubungan.



6. Status Yang Tinggi


Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang
dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu
mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat
sesuai dengan diri mereka.



7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati



Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah
sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang
lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan
bertahan lama.



8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak



Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka
sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia
menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya
membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.



9. Kawan-kawan dan Keluarga



Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah
perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga
boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda
sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai
anda.

0 komentar:

Post a Comment


Top