Monday, August 2, 2010

Apabila Si Kembar Ke Klinik Veterinar.....

Kali pertama melihat pintu klinik, Along & Angah beria-ia nak masuk ke dalam...Mungkin dia tahu yang kami akan melawat Hero. Angah siap menyuruh saya meletakkannya ke atas tempat pemeriksaan haiwan tu.

Angah ni pun rindu kat Hero agaknya....

Kelihatan di belakang tu ialah En. Hadzwan.


Si Sammy ni lagi berat dari Along...tinggi pun hampir sama dengan Along...

Sihat betul Si Sammy ni.....

Lepas tu, Along pula menuruh saya meletakkannya ke atas tempat pemeriksaan kucing tu...biasa la, kalau dah ada anak kembar ni kena bagi sama rata.....

Suka dengar Along & Angah panggil "Iyooo...." he he he

Inilah wajah terbaru Hero. Dia dah sihat sepenuhnya dan dijangka boleh dibawa pulang pada hari Rabu 4.08.10....Ada peminat setia Hero bernama Cik Yusnita ( dari rakan Facebook ) selalu melawatnya....terima kasih yer Cik Yus...

Untuk pengetahuan bagi mereka yang mengikuti perkembangan Hero, dia juga telah dikasikan ( neutered )...

Kepada Kelana Jaya Veterinary Clinic khususnya buat En Hadzwan dan Dr Intan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah merawat Hero sehingga sembuh...Saya yakin, para peminat Hero juga berterima kasih kepada anda berdua.


P/s :
Seperkara lagi yang saya risau selepas ini ialah berat badan Hero akan naik selepas dimandulkan...saya takut dia tak boleh berjalan pulak...adessss.....ada sesiapa yang boleh buatkan kaki Hero ni ke??? hu hu hu

0 komentar:

Post a Comment


Top