Saturday, April 24, 2010

Petua Orang Tua Tui dan Pemuda-Pemudi

MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI
Petua orang tua-tua
Letak sehelai daun sirih atau sekeping roti sebaik sahaja nasi sedang kering dan buanglah daun sirih atau roti tersebut sebaik bau hangit hilang

Petua orang muda-mudi
Letak sehelai daun sirih dalam nasi kemudian sumbat tong sampah.Tutup rapat-rapat.Nescaya tak berbau hangit lagi.Lepas tu masak nasi lain.

MENGHALAU SEMUT
Petua orang tua-tua
Bakar kulit telur hingga menjadi abu.Taburkan abu tersebut di tempat yang selalu semut kerumun atau di sarangnya.

Petua orang muda-mudi
Bakar roti dan rebus telur kemudian beri pada orang bernama Abu. Selepas itu suruh Abu tersebut menghalau semut.

MEMBERSIHKAN KERANG
Petua orang tua-tua
Ambil beberapa helai daun nangka yang agak tua. Sentalkan pada kerang.Buatlah sehingga kerang bertukar warna. Atau boleh juga menggunakan hampas kelapa.

Petua orang muda-mudi
Masukkan kerang ke dalam mesin basuh dan letakkan sabun penghapus kotoran degil.Nescaya kerang dan mesin basuh anda akan bertukar baru.

MENYEDAPKAN NASI LEMAK
Petua orang tua-tua
Ketika menanaknya bersama-sama santan,cuba masukkan sedikit gula dan planta.Hasilnya nasi lemak akan lebih lemak dan lembut.

Petua orang muda-mudi
Ketika menanaknya,gorenglah juga ayam atau daging.Sudah pasti nasi akan lebih sedap jika dimakan bersama ayam atau ayam goreng berempah.

MENGELAK IKAN KERING HANCUR

Petua orang tua-tua
Cuba lumurkan sedikit tepung pada ikan kering sebelum digoreng.Ia bukan saja dapat mengelak dari hancur malah rasa ikan lebih enak.

Petua orang muda-mudi
Cuba lumurkan campuran simen dengan air sebelum digoreng.Nescaya ikan kering tidak akan hancur malah sebaliknya gigi anda yang hancur jika memakannya.

Selamat mencuba!

0 komentar:

Post a Comment


Top