Monday, March 28, 2011

Contest : Bila Aku Boring ..

Hari ni aku boring gile , dengan astro kena potong semalam . Kalau tak , boleh jugak layan HBO kejap , huhu . Tak tau nak buat apa lagi ni , movie kat laptop dah layan semua .. Nak pergi bayar astro , bill dekat 250 ringgit .. Mana nak cekau duit hujung2 bulan ni , lain lah kerja kerajaan , 26hb dah gaji , huhu. Nasib baik P1 tak kena potong lagi , hahaa , boleh gak online ..



Tapi betul la orang cakap  , klau bosan2 ni , duduk saje2 , nanti ada idea pelik2 datang .. So tadi datang idea pelik aku . Nak tengok aku buat apa ? Tengok gambar kat bawah ni ..







Habis semua peserta Raja Lawak aku request family kat FACEBOOK , haha , tak tahu dorang approve ke tak nanti .. haha , kalau dorang layan perangai pelik aku ni , sah dorang memang sporting dan memang layak jadi Raja Lawak ! hahaha ..




Alang2 aku boring ni , aku nak buat 1 contest , khas untuk follower blog aku , nak join , follow ek :p , kemudian korang cuma buat 1 entri , ceritakan apa korang buat bila korang boring . Letak header blog aku dan link ke entri ini . Entri paling menarik akan menang , kalau boleh biar entri ada gambar , baru syok baca , hehe .. Tutup 10 April 2011 .. Hadiah Topup 10 Ringgit X 3 Pemenang .. Ok ?



P/s : Tapi kalau korang boring , korang buat apa ekk ? cecite cecite~ (DALAM ENTRI KORANG TU)


Video : Antara Sebab Kenapa Surat Tak Sampai !













Patut la aku tunggu surat dari awek aku tak sampai2 , ni la puncanya! hahaha

Gambar : Subaru Impreza Limited Edition



Amacam ? Lawa tak ? hahaa

Video : Bila Perempuan Bawa Kereta

Haha , video ni memang tak leh blah , terbahak2 aku ketawa!














Video : Cara Paling Mudah Untuk Pulang Ke Rumah

Untuk korang yang duduk kawasan bandar tu , nak sampai ke rumah dari office mesti berjam2 kan ? So aku cadangkan cara ni .. try laa . haha

















Camne? berkenan tak ? Kalau camni , Sunway Lagoon pun lingkup ! haha

Gambar : Pastikan Kereta Anda Ada Airbag!



hahaha . :p

Video : Prank Yang Hot









haha , terkono den .

Saturday, March 26, 2011

Tanda Anda Gila Internet







Mungkin ada setengah dari anda memang susah nak lepaskan laptop , pergi mana2 berkepit je dengan laptop anda tuh , orang lain tengok pun sampai geleng2 kan kepala .. Tapi anda lagi teruk kalau ....




1. Anda menulis alamat rumah anda semasa mengisi apa-apa borang dengan alamat email atau url blog anda.





2. Loceng di rumah anda bertulis “Click here to continue





3. Pintu bilik mandi anda bertulis “WARNING: This website contains explicit adult material, please verify your age”





4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen.





5. Ketika bertemu dengan rakan lama anda akan berkata: lu g mana? gua “ping” pesal ‘no reply’?





6. Anda menggunakan Google untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.





7. “Unable to locate your server!” kata Anda ketika menerima telefon yang tersalah dail.





8. Anak-anak Anda diberi nama Ajoi.gov supaya dia jadi pegawai kerajaan atau Ajoi.edu supaya dia jadi mahasiswa nanti.





9. Anda susah menggerakkan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.





10. Ketika kereta anda terlepas simpang , yang pertama anda cari adalah tombol UNDO.





11. Anda memperkenalkan diri sebagai: youremail@… atau .domain.com





12. Anda keluar dari komuter dengan berkata “request time out!!!”





13. Ketika hidup anda mengalami stress, anda akan terfikir mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan tombol Ctrl-Alt-Del.





14. Ketika anda sedang bersama dengan isteri, pintu bilik anda ada tulisan “you don’t have permission to access it”.





15. Ketika cinta anda ditolak awek anda selalu berkata “This program is not responding” sambil geleng2 kepala.





16. Jika ada orang lain yang mendekati awek anda, anda berkata kepada mamat tersebut “Sorry This Page Has Been Owned By ….


Gambar : Singboard Yang ....



Kesatnya bahasa~
Korang kisah ?

Korang kisah ?

Bush & Obama duduk di sebuah bar.

Mat datang dekat dan bertanya – Apa yang korang bincangkan?

Bush: “Kami sedang merancang Perang Dunia ke-3.

Mat : “Really? Apa yang akan terjadi? “.

Bush: “Ya, kali ini kita akan membunuh 140 juta orang Arab & Angelina Jolie!”

Mat : “Angelina Jolie ..!!! Mengapa Angelina Jolie? ”



Bush menoleh ke Obama & berkata: “Tengok! aku dah kata , tak seorang
pun yang ambil kisah tentang 140 juta orang yang terkorban.



Korang pula bagaimana????????????

Penatnya ..



Selepas seharian penat bekerja , jom kita relax2 dulu !

Thursday, March 24, 2011

Harun Dan Anaknya

Harun Dan Anaknya















Harun mempunyai anak yang sangat nakal.Bermacam-amacam cara dan nasihat telah di berikan.Namun anaknya tetap juga nakal.



Pada suatu hari Harun melihat dirinya di cemin sambil mengusap rambutnya
dan terjumpa beberapa helai uban di rambutnya,"Dah beruban lak aku ini
mungkin aku terlalu memikirkan masaalah anak aku yang nakal,"hatinya
berkata.Harun mendapat idea bagaimana dia hendak menasihatkan anak nya
supaya tidak nakal lagi.Dia pun memanggil anaknya Man



Harun:"kau janganlah nakal lagi Man...kau tak kesian ayah ke?



Man
: "kenapa ayah...Man kesian."jawabnya tanpa perasaan.



Harun
:"setiapkali kau nakal ayah akan tumbuh uban..kau tengok kat kepala
ayah ni kan dah ada uban.Makin kau nakal makin banyak ayah tumbuh
uban." dia berasa yakin dengan caranya ini.



Man: "kalau macam tu ayah lagi nakal sebab rambut atok lagi banyak uban,"jawab Man dengan selamba

Wednesday, March 23, 2011

Saat - Saat Berlakunya Kiamat.







 Hari Kiamat adalah hari di mana akan musnahlah segala yang tercipta dan
akan binasalah segala makhluk yang pernah hidup di alam ini. Tahukah
korang bahawa Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat? Jadi mari kita
selami dan baca kisah di mana peristiwa-peristiwa (besar) yang akan
berlaku sebelum munculnya Kiamat.



1. Munculnya Imam Mahdi



Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir diutuskan dan Imam Mahdi
pula adalah imam yang terakhir dan tiada lagi imam sesudahnya. Imam
Mahdi adalah dari keturunan Hasan, yakni anak kepada Fatimah dan Ali bin
Abi Talib. Ali pernah melihat Hasan sambil berkata: “Anakku ini akan
menjadi pemimpin seperti dijanjikan Rasulullah dan nanti juga akan
keluar dari keturunannya seorang lelaki yang namanya, kelakuannya sama
seperti dengan nama nabi kamu, namun bentuk tubuhnya tidak sama”.
Kemudian Ali menceritakan keadaan Imam Mahdi yang memimpin dunia secara
adil dan bijaksana.



Rasulullah SAW pernah bersabda, “Akan keluarlah manusia dari sebelah
timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi, yakni untuk mengikuti
pemerintahannya”. Imam Mahdi yang dijanjikan akan datang di akhir zaman
itu dikatakan akan mucul dari timur dan mereka akan melantiknya di
Mekah. Beliau akan memimpin dunia selama lima, tujuh atau sembilan tahun
dan pada zamannya nanti ajaran Islam dapat ditegakkan, musuh-musuh
Islam takut akannya, pemerintahannya tiada cacat cela, tiada kezaliman
dan kebaikan berkekalan. Beliau menguasai dunia seperti Nabi Allah
Sulaiman.







2. Munculnya Al-Masih Dajjal



Mengapa dia digelar Al-Masih? Nama Al-Masih diberi kerana buruknya rupa
dan bentuk tubuh Dajjal dan dia diciptakan sebagai makhluk yang dilaknat
kerana ia kufur dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Al-Masih juga diberi
kepada Dajjal kerana terhapus atau hilang mata sebelahnya. Kekuasaannya
mencakup seluruh daratan dan lautan dan dia boleh menahan sungai
daripada mengalir. Di antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR dan ia
dapat dibaca oleh setiap mukmin sama ada pandai membaca atau tidak. Dia
akan hidup di bumi selama 40 tahun.



Pada akhir zaman nanti kemarau panjang akan berlaku, hujan tidak turun
dengan lamanya, tumbuhan tidak tumbuh dan dunia semakin kering kontang,
sementara manusia dalam kelaparan, kehausan dan banyak penyakit melanda.
Ketika itulah akan munculnya Al-Masih Dajjal dengan hebatnya. Dia
memerintahkan langit menurunkan hujan dan dia menyuruh bumi mengeluarkan
tumbuhan, dan ia benar-benar berlaku. Kemudian dia menyuruh sungai
supaya mengalir membasahi kekeringan bumi.



Dajjal menunjukkan kehebatannya dalam mengubati pelbagai penyakit,
bahkan dia boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Dia berpura-pura
mengajak manusia kepada pendamaian dan kemudian banyaklah pengikutnya.
Dalam keadaaan demikian, maka Dajjal mengaku dirinya sebagai nabi Allah
dan ramai percaya terhadapnya. Akhir sekali dia akan mengaku dirinya
sebagai tuhan bahkan dia mempunyai syurga dan neraka.



Dajjal berkata, “Akulah tuhan semesta alam dan aku sanggu menghidupkan
dan mematikan”. Tiba-tiba ada seorang mukmin membantahnya dan Dajjal
terus membelahnya kepada dua bahagian. Kemudian Dajjal menyeru kepada
tubuh mukmin itu, “Berdiri engkau”, lalu ia pon berdiri dan Dajjal
bertanya lagi, “Percayakah engkau aku ini tuhan sekalian alam?”, orang
mukmin itu menjawab, “Tidak, engkau masih Al-Masih pembohong”, lalu
mukmin itu dicampakkan ke neraka milik Dajjal.



Orang-orang yang percaya pada Dajjal kemudian mengikutinya setelah
melihat sendiri penipuan yang berlaku. Begitulah ramai yang akan kufur
pada Allah dan beriman kepada Dajjal. Dajjal akan dibantu oleh syaitan
dan jin dalam melakukan segalanya termasuk harta kekayaan. Mereka akan
membantu Dajjal sama seperti mereka membantu Nabi Sulaiman satu ketika
dahulu. Namun Dajjal tidak dapat memasuki kota Mekah dan Madinah kerana
keduanya dijaga oleh Malaikat.



Bilangan orang-orang mukmin semakin sedikit lalu mereka lari ke puncak
Bukit Dukhan untuk menyelamatkan diri dari Dajjal serta pengikutnya yang
terdiri dari bani Iblis dan Bani Adam yang ramai dan kahirnya mereka
dikepung di sana. Mereka ketakutan dan kelaparan berikutan tiada makan
dan minuman di sana dan hanya mampu berdoa, berzikir, bertasbih dan
bertahmid dengan kuat meminta pertolongan Allah. Tentera Dajjal tak
dapat mendekati mereka kerana bacaan yang kuat itu.



Berbulan-bulan mereka terperangkap di atas bukit dan tiba-tiba langit
menjadi gelap-gelita sehingga telapak tangan pun tak dapat dilihat depan
mata. Kemudian mereka mendengar satu seruan dari langit, “Telah datang
kepada kamu pertolongan!”. Tatkala itu bumi disinari nur dari langit dan
turunlah Isa bin Maryam dan tangannya pada sayap dua Malaikat. Dajjal
yang mengetahui kedatangan Nabi Isa kemudian terus pucat dan menyuruh
pengikutnya mengerjakan solat. Ketika Nabi Isa mendatangi Dajjal, lalu
Dajjal sambil ketakutan berkata, “Wahai nabi Allah, kami baru sahaja
mengerjakan solat”. Isa AS bekata, “Wahai musuh Allah, engkau mengaku
sebagai tuhan sekalian alam, untuk siapa kau solat dan mengabdi?” Lalu
tamatlah riwayat Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa di Babu Luddi Palestin. 



3. Turunnya Isa bin Maryam



Nabi Isa adalah nabi kedua terakhir yang diutuskan Allah. Nabi Isa telah
dinaikkan ke langit dan hidup dengan aman hingga sekarang setelah
cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal berleluasa pada akhir zaman,
Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad ke
jalan yang benar dan akan dihapuskan segala agama selain Islam. Dunia
ketika itu akan aman sehingga anak perempuan boleh bermain dengan
harimau.



Turunnya Nabi Isa diriwayatkan bahawa beliau akan turun berdekatan
dengan menara putih di Timur Damsyik dengan memakai pakaian kuning pada
waktu fajar. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua Malaikat.
Kulitnya putih kemerah-merahan dan terdapat nur di wajahnya. Beliau akan
menghancurkan salib-salib, membunuh semua babi, menghapuskan cukai dan
tidak membayar zakat kerana waktu itu tiada seorang pun yang berhak
menerimanya. Tiada lagi cemburu, dengki , marah-memarahi antara satu
sama lain, dunia berjalan dengan aman dan lancar.



Bumi akan mengeluarkan cahaya dan menumbuhkan tumbuhan sama seperti
zaman Nabi Adam dan ramai orang memetiknya dan makan sehingga kenyang.
Nabi Isa akan memimpin dunia dengan aman selama 40 tahun sebelum
kewafatan beliau di Madinah. Beliau disembahyangkan oleh kaum muslimin
dan dimakamkan berdekatan makam Rasulullah SAW. Yakjuj Makjuj iaitu kaum
yang amat ditakuti manusia juga akan muncul pada zaman Nabi Isa ini.



4. Keluarnya Yakjuj & Makjuj



Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang telah hidup lama di sebalik dua
gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang dan mereka suka
berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan dan mengganggu manusia.
Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj Makjuj lalu meminta Raja
Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk membuat benteng menahan
Yakjuj Makjuj dari keluar dari sebalik gunung tersebut. Lalu mereka
bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama tinggi seperti dua
puncak gunung itu. Di situlah Yakjuj Makuj terkurung sehingga Kiamat
nanti.



Telah tiba masanya lalu dengan izin Allah maka hancurlah dinding yang
menahan kaum Yakjuj Makjuj dari melihat dunia selama ini. Mereka pun
turun dari celahan gunung itu dengan lajunya seperti empangan yang pecah
mengeluarkan airnya. Lalu Yakjuj Makjuj meminum dan memakan apa sahaja
yang mereka jumpai sehingga kering air sungai dan perigi. Manusia ketika
itu semuanya ketakutan dan bersembunyi, mereka memohon agar Nabi Isa
menghancurkan Yakjuj dan Makjuj. Maka berdoalah Isa ke hadrat Allah dan
berkat doanya, lalu Allah mengirimkan ulat kepada Yakjuj Makjuj dan
mereka mati kesemuanya.



5. Matahari Terbit dari Barat



Terbitnya matahari dari ufuk barat adalah suatu yang mustahil akan
berlaku tanpa izin Allah kerana ia bertentangan dengan hukum alam.
Ketahuikah anda bahawa matahari itu setelah ia diciptakan, ia sentiasa
mengikut peredarannya iaitu terbit di timur dan terbenam di barat?
Setelah terbenam, ia pergi ke bawah Halimatul Arasy, sujud kepada Allah
dan mensucikanNya dan membesarkanNya. Kemudian matahari akan meminta
izin Allah untuk terbit kembali menjalankan tugasnya seperti biasa.



Setelah wafatnya Nabi Isa, manusia ketika itu ada yang tetap taat pada
ajaran Islam dan banyak yang kembali kufur kepada Allah. Tidak lama
kemudian berlakulah satu perubahan yang ketara pada alam semesta yang
tidak pernah terjadi sepanjang umur dunia. Apabila matahari terbenam,
malam menjelma seperti biasa, namun semua manusia dapat merasai keanehan
malam tersebut. Malam itu terlalu lama dan panjangnya sama dengan dua
malam biasa. Orang yang tidur sudah puas tidur, orang yang selalu solat
subuh di awal waktu masih menanti masa solat, sehingga ramai yang keluar
dari rumah masing-masing bertanya kepada jiran mengapa dunia masih
gelap.



Rupanya Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya, Allah
berfirman, “Diamlah engkau disini”. Matahari pun diam selama dua malam
sehinggalah Allah memerintahkan, “Terbitlah engkau dari tempat
terbenammu”, lalu terbitlah matahari dari ufuk barat. Tatkala itu semua
penduduk dunia berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam
sejarah, matahari telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua
mereka menangis sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah
tahu hampirnya Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak
berguna lagi. Pada waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah
menutup segala pintu taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka
sehingga mulai hari itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.



6. Keluarnya Binatang dari Perut Bumi



Setelah terbitnya matahari dari ufuk sebelah barat, kemudian muncul lagi
tanda kekuasaan Allah iaitu keluarnya binatang yang melata dari perut
bumi. Apabila ia keluar sahaja ke muka bumi ini, lalu muncullah tanda
pada dahi setiap manusia. Jika manusia itu beramal soleh maka
tercatitlah perkataan “mukmin” pada dahinya manakala jika manusia itu
seorang kafir, maka terang-terangan akan tertulis “kafir” pada dahi
mereka.



Rasullullah SAW pernah bersabda bahawa panjang binatang ini adalah 60
hasta iaitu sama tinggi dengan Nabi Adam AS dan orang yang mencarinya
takkan menjumpainya, sedangkan orang yang lari darinya takkan dapat lari
daripadanya. Binatang ini dikatakan kepalanya seperti kepala banteng,
matanya seperti mata khinzir, telinganya seperti telinga gajah,
tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya panjang seperti leher burung
unta, dadanya seperti dada singa, warnanya seperti harimau, rusuknya
seperti rusuk kucing, ekornya seperti ekor kibas, tingginya seperti unta
dan ia akan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman.



Apabila cincin Nabi Sulaiman dioleskan pada mukan orang kafir, maka akan
hitamlah seluruh mukanya manakala apabila ia dioleskan pada muka orang
mukmin, akan berserilah wajah mereka. Begitu juga tongkat Nabi Musa,
apabila ia memukul hidung orang kafir dan mukmin, maka tertulislah pada
dahi mereka kafir dan mukmin. Maka dengan itu jelas sudah perbezaan
antara orang kafir dan mukmin.



7. Dunia diliputi Kabut



Allah berfirman, “Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang
nyata, yang meliputi manusia. Inilah Azab yang pedih. Mereka berdoa, Ya
tuhan kami hilangkanlah dari kami azab itu, sesungguhnya kami akan
beriman“. (Al Dukhan: 10-12)



Apabila kiamat itu hampir tiba, maka dunia ini akan diliputi kabut yang
tebal dan menjadikan dunia ini gelap. Kabut itu akan membuatkan orang
mukmin selsema dan sukar bernafas manakala orang kafir berasa
betul-betul merasa tersiksa dan terbakar. Semua orang akan berasa lemas
ketika itu lalu mereka tunduk pada Allah namun segala penyesalan tak
berguna lagi.



8. Angin yang Mematikan, diangkat Al-Quran & Perkara Baik



Setelah beberapa tanda besar berlaku, lalu berlalu tahun demi tahun,
kemudian manusia tetap lalai dari menginsafi diri pada Allah. Yang baik
akan membuat kejahatan kembali, yang jahat tetap begitu. Orang mukmin
makin ketakutan yakni mereka takut terpengaruh membuat kejahatan serta
fitnah lalu mereka berdoa pada Allah agar tidak terjerumus ke arah
maksiat. Lalu Allah menurunkan ubat dari langit yakni angin yang kuat
untuk mematikan orang-orang beriman walaupun dalam diri mereka masih
mempunyai secebis keimanan. Maka tinggallah orang-orang kafir dan
mungkar di muka bumi ini.



Lalu Allah angkat Al-Quran yakni penyuluh iman manusia ke langit serta
bersamanya Allah angkat segala kebaikan dari dunia ini. Diceritakan
bahawa Al-Quran datang mengadap Allah lalu ia mengadu, “Tuhanku, aku
cuma dibaca orang dan tidak diamalkan sama sekali.” Mendengar yang
demikian, lalu Allah mengangkat Al-Quran (ilmu) dari dada manusia bahkan
dari kitab-kitab Al-Quran dan akhirnya tinggal kertas-kertas kosong
sahaja, sedangkan huruf-huruf dan tulisannya sudah tiada lagi. Namun
Allah telah meninggalkan pada umat masa itu satu kalimah sahaja dan ia
hanya disebut oleh orang-orang tua masa itu, yakni kalimah “Lailaha
illallah”. Setelah orang tua itu meninggal, maka hilang sama sekali
ajaran Islam dari permukaan bumi.



Rasulullah SAW bersabda, “Yang mula-mula sekali diangkat Allah dari
hambaNya ialah sifat pemalu, kemudian dicabutnya sifat amanah dan kasih
sayang. Lalu Allah cabutkan pula kalung keislaman dari leher hambaNya,
maka jadilah hambanya itu jauh dari rahmat dan dilaknat”. Apabila semua
sifat berikut telah tiada dalam diri manusia, maka sifat-sifat buruk
akan berleluasa di muka bumi dan manusia tatkala itu tidak memperdulikan
sesama mereka. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka kehendaki.



9. Hancurnya Kaabah



Kota Mekah adalah tempat di mana letaknya rumah Allah di muka bumi iaitu
Kaabah. Ia menjadi tempat umat Islam seluruh dunia beribadat kepada
yang Esa. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu
disokong dengan empat tiang daripada air dua ribu tahun sebelum Dia
menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah
Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.



Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat
padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul
Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di
langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia
akan menghempap Kaabah”.



Sabda Rasullullah, “Kaabah akan dihancurkan oleh orang Habsyah yang
bergelar Dzus-Suwaiqatain (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia
akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan
terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit
sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Kaabah itu dengan besi penyeduk dan
kapak besar”. Nabi SAW bersabda lagi, “Seolah-olah aku dapat melihat
orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan
kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”.



10. Api yang Menghalau Manusia



Terdapat hadis menyebut, “Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari
Adan untuk menghalau manusia ke tempat pengumpulan mereka”. Manusia di
akhir zaman makin jahat dan maksiat makin berleluasa, lalu ia
menyemarakkan lagi kemarahan Allah, lalu dikirimkan api yang keluar dari
perut bumi.



Api tersebut akan datang dari Adan (Yaman) dan akan membakar segala di
langit dan dibumi. Datangnya api itu akan membuatkan manusia lari
bertempiaran. Api itu bukan sahaja membakar segala di tanah dan di
udara, namun segalanya di dalam laut akan turut terbakar. Maka
berlarilah manusia menggunakan tumit mereka atau kenderaan-kenderaan
hebat mereka, mereka berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri
masing-masing namun mereka takkan selamat pada waktu itu jika mereka
tidak ke negeri Syam.



Kenapa negeri Syam? Rasulullah ada bersabda, “Api akan keluar dari
Hadramaut sebelum kiamat yang tujuannya untuk menghalau dan mengejar
manusia”. Lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah harus
kami berlari?” Lalu Nabi menjawab, “Pergilah ke negeri Syam”. Pada waktu
itu berbondong-bondonglah manusia pergi menyelamatkan diri ke negeri
Syam. Jika terdapat orang muslim yang masih hidup, api itu akan
mengikuti sahaja muslim tersebut, jika dia berhenti rehat, maka api itu
pun turut berhenti manakala bagi orang kafir, api tersebut akan terus
mengejar mereka tanpa henti.



Maka terbakarlah segala-galanya di muka bumi yang dipinjamkan Allah
kepada makhluknya. Hanya negeri Syam yang kecil sahaja tempat seluruh
makhluk di dunia yakni manusia, binatang, jin dan Iblis serta
pengikutnya berkumpul. Keadaan di sana amat sesak bahkan susah untuk
bernafas apatah lagi nak tidur. Semuanya berhimpit-himpit lalu Iblis
menyuruh konco-konconya menyesatkan lagi manusia yang dalam kesesakan.
Lalu bertambah jahatlah mereka dan berbuat sesuka hati mengikut nafsu.



11. Ditiupkan Sangkakala dan Berakhirnya Umur Dunia



Sangkakala pertama: Mengejutkan dan Mematikan



Masanya telah tiba, manusia-manusia makin lalai dan tidak pernah insaf,
lalu kemarahan Allah datang dan Allah memerintahkan Malaikat Israfil
meniupkan sangkakala. Israfil tidak pernah lalai dari tugasnya. Sejak
bumi diciptakan Allah, Israfil telah siap sedia memegang dan meletakkan
sangkakala itu ke mulutnya dan matanya dihalakan ke Arasy Allah. Maka
ditiupnya sangkakala pertama, yakni untuk mengejutkan. Dengan bunyi yang
cukup kuat dan lantang serta didengar hingga langit ketujuh,
menyebabkan seluruh makhluk Allah tergamam dan terkejut lalu membisu
kesemuanya.



Firman Allah, “Dan ingatlah hari ketika ditiupkan sangkakala, maka
terkejutlah segala yang ada di langit dan segala yang di bumi, kecuali
orang-orang yang dikehendaki Allah“. (Al-Naml: 87)



Seluruh makhluk di bumi mendongak ke langit dan melihat sumber datangnya
bunyi yang amat menggerunkan itu. Mereka tertanya-tanya dalam hati
suara apa yang bergegar di langit itu. Rupanya telah tiba masa nyawa
dunia ini ditarik kembali. Gunung-ganang tidak kukuh lagi, lalu ia
berterbangan mengikut awan. Dunia bergoncang sekuat-kuatnya dan
menjeritlah seluruh makhluk di bumi sehingga ibu melepaskan anaknya dan
orang hamil melahirkan anak tak cukup umur. Ketika itu gelaplah dunia
segelap-gelapnya kerana Allah telah memadamkan cahaya matahari, begitu
juga cahaya dari bulan dan bintang. Tiada istilah siang dan malam.
Langit terbelah, bulan dan bintang jatuh menghempap ke bumi.



Manusia tiada arah tuju lagi, mereka berkawan dengan jin dan jin
berlindung dengan mereka. Semuanya buntu lalu mereka pergi berjumpa
dengan Iblis yang mereka anggap dapat menyelesaikan masalah ini. Iblis
membawa mereka ke laut, namun alangkah terkejutnya mereka melihat laut
yang sudah naik dan api menyala dan mendidihkan laut itu. Mereka kecewa
lalu berdiri sahaja melihat laut. Iblis yang bingung berlari ke sana
sini namun segala yang dilihatnya adalah api. Dia teringat atas
peristiwa dahulu yakni peristiwa yang memulakan permusuhannya dengan
Adam dan sekaligus menjadikan dia kafir. Dia menyesali perbuatannya dan
berkata, “Tuhanku, sekarang suruhlah aku sujud kepada sesiapa sahaja
yang Engkau kehendaki”.



Syaitan-syaitan yang setia bersama Iblis selama ini berasa hairan dengan
kelakuan pemimpinnya, lalu bertanya, “Wahai penghulu kami, kepada siapa
engkau tunduk?” Lalu Iblis menjawab, “Aku merendah diri dan sujud
kepada tuhan sekalian alam yang telah memanjangkan umurku sehingga hari
kiamat. Sekarang sudah dekatnya masa yang telah dijanjikan.” Syaitan
yang tidak pernah tahu akan kewujudan Allah selama ini lalu berkata,
“Sesungguhnya engkau telah mencelakakan dirimu dan engkau telah
mencelakakan kami”. Mereka menyesal namun penyesalan pada waktu ini
tidak berguna lagi.



Tiba-tiba terdengarlah suara dari langit, “Sekarang sudah datanglah
ketentuan Allah, maka jangan kamu minta untuk dipercepatkan lagi”.
Meremang bulu roma mereka semua ketakutan dan menyesali perbuatan mereka
namun ianya tidak berguna. Lalu ditiupnya Israfil sangkakala kedua
yakni untuk mematikan, maka kedengaran ngauman sangkakala yang cukup
kuat dan panjang sehingga menembusi lapisan langit dan bumi yang ke
tujuh. Turunlah Izrail dengan rupa yang mengerikan dan dicabutnya nyawa
segala makhluk dengan kasar secara paksa kecuali yang tertentu sahaja.



Allah berfirman kepada malaikat maut, “Pakailah pakaian kemurkaanKu dan
bawalah bersamamu 70,000 Malaikat Zabaniyah (malaikat penjaga neraka)
dan setiap satu malaikat itu membawa 70,000 cangkuk dari Neraka Jahanam
dan cabutlah nyawa Iblis Laknatullah”. Malaikat maut turun ke bumi Allah
dengan rupa seburuk-buruknya, bau sebusuk-busuknya, dan diceritakan
rupa malaikat maut tiada seorang pun berani melihatnya. Maka larilah
Iblis ke mengelilingi bumi, ke laut, ke langit, ke timur, ke barat,
namun Izrail telah sedia berada di depannya. Akhirnya Iblis dikepung di
tempat mula-mula ia turun ke bumi sewaktu zaman Nabi Adam dahulu, lalu
dibentaknya Iblis dan dicabutnya nyawa Iblis secara kasar dan paksa lagi
mengerikan. Menjeritlah Iblis dan matilah ia disana. Maka tamatlah
permusuhan antara Adam dan Iblis dan dihancurkan dunia ini.



Malaikat Maut kemudian pergi mengadap Allah kemudian berkata, “Ya
tuhanku, telah mati semua penghuni langit dan bumi kecuali makhlukMu
yang Engkau kehendaki”. Allah bertanya pada Izrail walaupun Dia lebih
tahu, “Siapa lagi yang masih belum mati?” Izrail menjawab, “Yang tinggal
adalah Engkau yang sentiasa hidup dan tidak akan mati untuk selamanya,
malaikat penjaga ArasyMu, begitu juga Jibril, Mikail dan saya sendiri”.
Lalu Allah memerintahkan Izrail mencabut nyawa Jibril dan Mikail,
kemudian mereka pun mati. Serta merta Arasy Allah bergoyang dan dengan
izin Allah, Arasy berkata, “Ya tuhanku, mengapa diwafatkan Jibril dan
Mikail?” Allah berfirman, “Diam engkau! Tidakkah engkau tahu bahawa Aku
telah menetapkan kematian bagi semua makhluk yang berada di bawah
ArasyKu?”



Izrail mengadap Allah sekali lagi lalu ditanya Allah siapakah yang masih
tinggal, lalu Izrail menjawab, “Hanya Engkau ya tuhanku, malaikat
pemegang ArasyMu dan aku”. Dia diperintahkan mencabut nyawa malaikat
pemegang Arasy dan bergoncanglah Arasy tersebut disebabkan tiada siapa
yang memegang Arasy yang besar itu. Dengan izin Allah, Arasy itu diam
sendiri. Kemudian Allah bertanya lagi, siapakah yang masih tinggal, lalu
Izrail berkata hanya dirinya dan Allah yang Maha Esa. Allah berfirman
padanya, “Tidakkah kau mendengar firmanku bahawa setiap yang hidup pasti
akan merasai mati? Maka cabutlah nyawamu sendiri.”



Pergilah malaikat maut di suatu tempat yakni antara syurga dan neraka
lalu dicabutnya nyawa sendiri di situ dengan cara selembut-lembutnya.
Izrail berteriak sekuat hati dan andainya ada makluk Allah yang lain
mendengar teriakannya, maka akan mati kesemuanya. Lalu Izrail berkata,
“Andainya aku tahu pedihnya rasa mati, akan aku cabut nyawa orang
beriman dengan selembut-lembut cara.”



Sangkakala kedua: Membangkitkan



Setelah kewafatan Izrail, maka tinggallah Allah sebagai Raja di alam
semesta ini, lalu Allah bertanya kepada alam, “Siapakah raja-raja yang
memiliki kerajaan hari ini?” Namun tiada seorang pun menjawab
persoalannya, maka Allah sendiri menjawab, “Hanya kepunyaan Allah Yang
Maha Esa lagi Maha Mengalahkan”. Kemudian Allah memerintahkan langit
menurunkan hujan seakan-akan air mani lelaki ke bumi selama
berbulan-bulan sehingga bumi ditenggelami air. Lalu Allah hidupkan
Jibril, Mikail dan Malaikat penjaga Arasy serta Israfil.



Israfil telah bersedia meletakkan sangkakala di mulutnya sambil menunggu
arahan dari Allah. Jibril pula ditugaskan membawa pakaian yang serba
cantik lagi harum ke kubur Nabi Muhammad bersama Buraq yang pernah
baginda tunggah ketika Israk Mikraj dahulu. Kemudian Israfil memasukkan
kesemua roh-roh umat-umat sejak Nabi Adam hinggalah kiamat ke dalam
sangkakala dan ditiupkan sangkakala kali ketiga yakni untuk menghidupkan
segala makhluk, maka terbukalah kubur Rasulullah dan keluarnya baginda
disambut Jibril. Bertanya Rasulullah pada Jibril, “Hari apakah ini?
Bagaimanakah perihal umatku”. Jibril menjawab, “Ketahuilah bahawa engkau
adalah manusia pertama yang dibangkitkan.” Maka dipakaikan Rasulullah
pakaian yang serba agung lagi baik dan ditunggangi Buraq ke Masyar.



Sangkakala terus ditiupkan dalam masa yang panjang dan bertebaran
roh-roh masuk ke kubur masing-masing dan dihidupkan semua makhluk kali
kedua. Mereka semua tertanya-tanya hari apakah ini. Itulah hari
pengadilan dan mereka semua dihalau ke Padang Masyar untuk dihisab.





sumber : http://syahirul.com/kisah-sebelum-terjadinya-kiamat/

Monday, March 21, 2011

Video : Filem KRU – Karak Laluan Puaka





Filem terbaru keluaran KRU Studios yang menyeramkan bulu roma aku - KARAK LALUAN PUAKA memang menakutkan! aku tengok trailer pun dah takut . Filem ini kalau tak silap aku berkisarkan kisah benar Norman Abdul Halim yang hampir-hampir kemalangan kerana ternampak hantu.






Aku pernah terbaca dekat majalah Mastika satu ketika dulu pasal Lebuh Raya Karak ni.


Tapi bila tengok trailer ni ada je
tempat-tempat selain lebuh raya yang menakutkan.  Tp yang best tentang filem ni , Shahir AF pun ada berlakon gak tau ! . Tengok dari trailer ni , lakonan Shahir tak mengecewakan aku .























Tapi aku tak pasti bila keluar panggung , tak sabar nak tengok filem yang menakutkan ni . Apa pendapa korang tentang trailer ni ?

Gambar : Akibat Posing Berlebihan

Hati2 bila nak ambil gambar yang cantik2 , ni la akibatnya kalau pentingkan posing dari nyawa ..











apalah nasib awek tu ek ? hidup lagi ke tak ...

Koleksi Cartoon Korea

Da lama tak baca komik , asyik online je . Semuanya kan ada kat internet .. Tak payah nak beli2 komik lagi . huhu .. Jom lawak antara koleksi lawak dari Korea .










































Gambar : Jom Bawa Binatang Kesayangan Bersiar-Siar

Eh2 , dah lama rasenya tak bawak kucing aku  bersiar2 kat luar ni , aku penah letak kucing aku dalam raga motor , bawak dia jalan2 pusing kampung , teruja kucing aku .. haha . jom kita tengok binatang apa dorang bawak siar2 jom ..













p/s : kih kih kih , ada berani bawak binatang ni jalan2 tak ?

Sunday, March 20, 2011

Tips : Idea Dan Cara Aku Untuk Dapatkan Traffic

Assalamulaikum , traffic sangat-sangat penting bagi setiap blog , blog yang tiada trafiic umpama blog kosong , lebih kepada penulisan entri yang sia-sia . Sia-sia tu bukan cakap blog korang tak layak untuk orang baca , bukan camtu , cuma kurang seri sesebuah blog tu tanpa pembaca  ..



Ok Tuan Puan yang aku sayangi , ( Sayang ke ? , sayang lah , sebab korang pembaca blog aku ni , jangan lupa follow sekali ekk :p ) . Kat sini , aku ada satu tips macam mana nak tambah traffic lagi , idea ni aku terpikir lama dah , cuma baru sekarang aku ada masa untuk guna pakai dan bagitau kat korang .. Aku tak tahu la sama ada ada antara korang yang dah guna pakai cara ini . Tapi idea ni memang terlintas kat otak aku masa tu, hehe



Ok , kita mulakan sekarang , korang mesti ada akaun FACEBOOK kan ? Facebook antara laman sosial yang patut korang ada , bukan untuk tambah kenalan je , boleh diguna pakai untuk tambah traffik blog jugak .. Selain daripada korang post entri kat wall facebook korang , korang ada lagi satu cara untuk tarik kawan anda utk jenguh blog anda , caranya ..



1-Buat satu entri bekenaan ucapan hari jadi seperti entri ini , http://www.tengkunizam.com/2010/08/selamat-hari-jadi-moga-panjang-umur.html , entri ni ucapan hari jadi rakan Facebook korang .. Dalam entri tu korang letaklah ucapan 'SELAMAT HARI JADI' korang kat kawan2 korang yang sambut hari jadi tu . Boleh tengok entri yang di link kan di atas sebagai contoh .







2-Post entri ini ke wall Fabebook kawan korang yang sambut hari jadi pada hari berkenaan , contoh pada 17 mac 2011 ,  ada 9 kawan facebook aku yang sambut hari jadi . Jadi korang gunakan cara ini , tak salah kan ucap selamat hari jadi sambil letak link entri tu kan ?. Sekurang - kurangnya kawan korang tu hargai ucapan korang tu dan akan datang dan kenali blog korang ..





Contoh aku post entri tu ke wall facebook kawan aku yang sambut hari jadi hari ini ..





ADAKAH POST ENTRI KE WALL FACEBOOK ORANG DIKIRA SPAM ?



Bagi aku , cara ni bukan SPAM , tapi lebih kepada promosi blog korang tu je , dan seolah2 korang buat entri tu khas untuk kawan korang yang sambut hari jadi hari tu .. Tak salah mencuba , sekurangnya ada usaha untuk tambah traffic blog korang tu , soal sama ada kawan korang tu datang blog korang ke tak , tu jangan fikir sangat , buat ikhlas , kawan korang akan hargai , mana lah tahu korang boleh dapat jodoh dengan cara ni ke , tak cuba , tak tahu . hehe ,  Ok la, selamat mencuba k , buat yang terbaik untuk blog korang ! :)



P/s: Maaf kalau penulisan aku tak beberapa baik , aku bukan belajar tinggi pun . hehehe 


Gambar : Koleksi Fesyen Rambut Yang Gempak

Rambut ibarat perhiasan terindah bagi wanita, wanita yang masalah rambut , mesti malu nak hadapi dunia , hahha, So hari ni tengok la koleksi rambut yang pelikk ek..


































Saturday, March 19, 2011

Gambar : Makanan Pelik Di Jepun

Jepun terkenal dengan rekaan2 yang pelik dan kreatif , antara yang pelik ialah makanan camping yang pelik ni ..






Pilih Jenis Ikan






Bawa Balik




Bakar




Tunggu Masak dan ..




Taraa! Siap !




Dan Boleh Makan :p




Kreatif kan ?


Maca mana ? kreatifkan ? tapi aku tak sanggup nak makan , haha

New Yamaha LC 135 2011

Yamaha mengeluarkan model baru bagi casis LC 135cc , memang menarik .. nak angkat 1 laa.. haha ..



















* Model code:LC135

* Engine: SOHC 4-valve 4-stroke 135cc water-cooled engine

* Cylinder arrangement: Forward-inclined single cylinder

* Displacement: 134.9 cc

* Max power: 8.45 kW (11.33 PS) @ 8,500 rpm

* Max torque: 11.65 Nm @ 5,500 rpm

* Max speed: 162 km/h[2]

* Bore x stroke: 54.0 x 58.7 mm

* Compression ratio: 10.9 : 1

* Transmission: Constant mesh 4-speed

* Clutch: Wet, multiple-disk and centrifugal automatic (optional manual clutch model is also available)

* Fuel system: Fuel injection (2008 Yamaha Spark 135i in Thailand only); Mikuni VM22 carburetor with throttle position sensor (other countries)

* Frame Type: Diamond-shaped underbone steel tube

* Suspension (Front): Telescopic

* Suspension (Rear): Monoshock

* Brake (Front): Single-piston disc

* Brake (Rear): Drum

* Dry weight: 103 kg

* Fuel tank capacity: 4.3 L




Wednesday, March 16, 2011

Banyak Bercakap Serlah Kelemahan

Banyak Bercakap Serlah Kelemahan

SESEORANG Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata

tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.



Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya,

sabda Baginda bermaksud: “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam

neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.” (Hadis riwayat

at-Tirmizi)




Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin (jika)

dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis riwayat

at-Tirmizi)



Pesan Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah

kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa

yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”

(Diriwayatkan oleh Baihaqi)



Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah,

seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang

percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.



Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut

sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri.



Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.



Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari

kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau

tidak, hendaklah diam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).



Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu

sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang

memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain.



Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih

baik berdiam diri saja.



Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan

seseorang ke dalam syurga.



Jawab Baginda: “Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak.”



Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam

neraka? Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan.”



Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada

memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal

yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan

melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya

kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.”

(Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya).



Ibnu Abid-Dunya meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak akan

lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan

lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan

masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”



Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan

yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah.



Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat dan nikmat lidah

yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredai-Nya.



Sumber : Syok.org

Tuesday, March 15, 2011

Gambar : Koleksi Kereta Vintage (30 gambar)































































Top