Wednesday, June 30, 2010

Sehari Yang Padat ( 29.06.10 )

Dua hari lepas wife aku banjer HERO Whiskas tin....tengoklah betapa lahapnya HERO makan...aku yang kat sebelah ni dia buat tak pandang jer...


Aku rasa satu hari kena pasang jugak roda atau kaki palsu untuk HERO...dia selalu makan berhenti-henti sebab tulang belakang dia lenguh...bila dia makan dalam seminit, dia akan baring sekejap pastu sambung makan balik...begitulah seterusnya sampai makanan tu habis..berat dia makin hari makin bertambah...risau plak aku...kalau nak buat kaki, kosnya amat mahal..memang di luar kemampuan kami sekeluarga...ni pun agak merunsingkan aku....aku takut HERO lama-kelamaan tak boleh jalan langsung...

Si Baby ni mencelah plak...tunggu masa jer nak beranak tu...

Si Pak Tam punya makanan aku asingkan kat luar rumah supaya dia tak ganggu HERO makan. Kata orang, kalau kucing menjilat kaki dan mukanya depan kita, maknanya dia mengucapkan terima kasih sebab memberinya makan dan ada tanda2 rezeki nak masuk..harap2 begitulah hendaknya...

Mak Tam plak berkongsi makan dengan Pak Tam kat Car Porch.

Tengoklah tulang belakang HERO tu...makin lama makin tonggek...sian kat dia...

Ni lah keadaan HERO lepas makan...ni lah namanya sehingga menjilat jari kaki...kenyangla tu lepas bedal Whiskas satu tin...licin plak tu...

Dah kenyang sampai tak perasan aku snap gambar dia...kualiti visual kurang memuaskan...maklumlah, pakai henpon jer...ada rezeki aku nak sambar CANON DSLR sebijik pakai duit Nuffnang...ha ha ha

Rilek la bro....
nak tido la tu...ni la namanya makan tido....

Sebelum tido, biasanya aku akan usap kepalanya sambil membisikkan kata-kata sayang...cewahhh.....

Tiba2, HERO terjaga dan pergi kat pintu....ada sesuatu yang tak kena dengan nalurinya...
Rupa2nya, ada seekor kucing Siam jantan datang ke rumah aku tumpang makan...kucing ni memang selalu bertandang kat rumah aku...aku rasa, dialah yang bertanggungjawab ke atas kandungan Baby...kelihatan Mak Tam tengah merehatkan diri akibat kekenyangan...aku tak tahu dari mana diorang ni datang....

Along & Angah pulak tengah demam....tapi, suhunya masih boleh dikawal lagi...wife aku amat prihatin dengan keadaan diorang ketika ini takut2 diorang terkena sawan tarik macam dulu...kalau seorang demam, yang sorang lagi pun mesti demam..ni lah cabaran kalau mempunyai anak kembar....

Semalam aku gi TESCO...sian aku tengok kucing jantan ni tercium2 lantai yang kotor untuk mencari makanan...badannya ada kesan2 luka akibat berkelahi dengan kucing lain....tapi, kucing macam ni kalau nak bela pun dah susah sebab dia dah jadi liar melainkan kalau dikasikan.....

Sampai jer di rumah, aku terkejut ada anak kucing baru lahir...4 ekor semuanya...baka Siam plak tu...wahhh...Baby dah beranak laa....hadiah harijadi aku ke ni???? ha ha ha

Alahai...hilang penat aku bila tengok baby kucing ni....

Ada kesan2 darah kat lantai...kesian Baby terpaksa beranak kat luar rumah...pagi tadi masa nak keluar bekerja aku tak jumpa mana dia...kalau jumpa, memang aku sumbatkan kat dalam rumah....

Comelnyer....hilang tension beb tengok diorang ni....Memang rezeki harijadi aku ni...

Cepat2 aku ambil pet pending bagi kat Baby...segala perencanaan Allah memang amat sempurna...kucing2 yang beranak tak perlukan doktor pun...tanpa diajar, ibu kucing mampu menguruskan diri dan anaknya selepas beranak...baby kucing tu plak walaupun belum pun membuka matanya tetapi telah diberikan olehNya deria bau yang kuat supaya dia boleh mengesan puting susu ibunya....ajaibkan???

Aku rasa anak2 baby tu baka dari kucing ni...tapi sayangnya kucing ni tak jinak....dah jadi liar dah...

HERO nampak macam sedih jer....terus lepak kat dapur....merajuk dengan Baby la tu, beranakkan anak kucing lain..musnah harapannya selama ni....

Si kembar aku Along & Angah nampaknya menunjukkan perkembangan positif....dah boleh berguling kat lantai tu maknanya dah baik demam la tu.....

Tapi takper Hero, Mak Tam ada...nanti papa tolong adjust kan yer.....
Pak Tam dari semalam tak balik2..tak tahu plak mana dia tidur malam semalam....sian kat dia...malam ni balik yer Pak Tam....

Ada entri terbaru dan best dari PAPA MEOW. JOM USHA SAMA2....KAT SINI LA NANTI KITA NAK BUAT BARBECUE

Tuesday, June 29, 2010

MENDIDIK ANAK MENYAYANGI HAIWAN SEJAK KECIL

Sedar tak kita yang sejak akhir2 ini, manusia menjadi semakin kejam terhadap manusia sendiri? Kalau dengan manusia pun kejam, apatah lagi dengan haiwan dan serangga, betul tak?? Kadang-kadang, perkara ni berlaku ke atas diri kita sendiri tanpa kita sedar. Kita kejam dengan tikus, semut, lipas, cicak, ulat gonggok, ulat najis ( maggots ). Aku sendiri tak nafikan yang aku pun pernah kejam dengan serangga. Contohnya macam ulat najis / ulat sampah, kita berasa amat geli dengan serangga2 ni. Tapi, bila aku renung dalam-dalam, ulat-ulat ni juga mempunyai ibu dan bapa. Semut juga mempunyai ibu iaitu ratu mereka. Lipas juga mempunyai ibu yang telah bersusah payah menelurkan mereka. Nyamuk juga beribu dan berayah seperti kita. Tetapi, mereka dicop sebagai serangga perosak. Memang mereka serangga perosak, tetapi kenapa mereka diciptakan?? Bagaimana kalau kita berada di tempat mereka pula?? Bagaimana kalau kita diciptakan menjadi lipas yang tak pernah kenal Shelltox, Ridsect, Mortein dan sebagainya?? Adil tak untuk kita yang sudah pun menjadi lipas?? Haaa, inilah cabaran kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran. Akal fikiran manusia amat-amat terbatas. Manusia menyangka yang mereka boleh hidup di dunia ini tanpa kehadiran haiwan2 dan serangga ini. Percaya tak yang manusia tak boleh hidup dengan sempurna tanpa mereka ni? Kalau tak ada ulat sampah, siapa pula yang nak lupuskan sampah2 mentah tu? Takkan manusia nak makan balik?? Jadi, Allah telah menciptakan mereka khusus untuk benda2 macam ni. Yang hebatnya, aku ada terbaca satu kitab agama yang mengatakan haiwan2 dan serangga2 serta tumbuh-tumbuhan tak pernah berhenti memuji-muji Allah kerana memberikan mereka peluang untuk hidup dan beribadat kepadaNya...Subhanallah, manusia pun tak macam tu bro....

Ini baru Pro, Kontranya pula bagaimana pula?? Kalau serangga2 ini membiak di tempat kita lain pula jadinya. Boleh jadi penyakit. Jadi, terpulanglah kepada kita sendiri dan memikirkan bagaimana untuk mengawal keadaan ini dengan akal fikiran yang waras. Kalau nak bunuh serangga tu pun, bunuh jer terus...janganlah kita pandai2 nak buat bedah siasat plak. Seksa binatang tu. Lagi satu, jangan dibakar apa2 haiwan atau serangga. Yang berhak membakar makhluk hanya Allah S.A.W.

Kalau rasa2 ternampak lipas atau semut sedang berenang2 kat dalam jamban tu, selamat kan jer...usah bunuh...kalau tangan kita kotor, boleh dibasuh..tapi, mana pula nak cari ganti kalau satu nyawa dah hilang walaupun nyawa seekor semut?? Kalau aku ternampak serangga dalam jamban, aku mesti fikir bagaimana serangga ini bersusah payah berenang ke tepian jamban yang mustahil untuk berpaut tu untuk meneruskan hidup..lepas tu kena kencing lagi....sedih kalau aku fikirkan...jadi, tak ada salah kalau kita mengeluarkan dia dari lubang najis tu. Kalau tangan terkena najis, basuh je la...tak luak pun...kalau tak nak pakai tangan, pakai tisu pun boleh...Soal ganjaran pahala, itu belakang kira.

MENDIDIK ANAK MENYAYANGI HAIWAN SEJAK KECIL

Dalam bab ni, tak susah sebenarnya...macam aku, aku selalu belikan anak2 aku cerita2 kartun yang berunsurkan haiwan. Banyak terdapat di pasaran sekarang. Contohnya Finding Nemo, Bugs Life, Ant Bully, Help! I'm A Fish dan sebagainya...Doraemon pun ok juga...tapi kalau boleh elakkan dari menonton kartun yang tak berfaedah seperti S**N C**N...aku pernah terbaca dalam surat khabar tentang keburukan kartun seperti ini...

Di bawah adalah screen shot filem animasi Help! I'm A Fish. Filem ini mengisahkan Fly, Stella dan Chuck bertukar menjadi ikan selepas terminum air fomula yang dicipta oleh seorang profesor supaya manusia boleh hidup di dalam air. Stella ( gambar di bawah ) meminumnya kerana menyangka ianya adalah air oren lalu Stella telah bertukar menjadi tapak sulaiman yang comel sangat. Secara tak sengaja, Fly ( abg Stella ) telah membuang tapak sulaiman itu ke dalam laut. Setelah menyedari tapak sulaiman itu adalah adiknya, Fly telah mengambil risiko untuk meminum air tersebut supaya dia boleh bertukar menjadi ikan dan mencari Stella yang telah pun dicampak ke dalam laut. Begitu juga dengan Chuck setelah terpaksa meminumnya akibat sampan yang mereka naiki semasa mencari Stella tenggelam di tengah laut akibat dipukul ombak. Oleh kerana tidak tahu berenang Chuck meminumnya dan bertukar menjadi obor-obor. Korang carik la CD cerita ni, memang layan...banyak yang aku pelajari dari cerita ni...

Stella yang amat menyayangi Sasha ( kuda laut yang menjadi kawannya semasa menjadi tapak sulaiman )

Screen shot Help! I'm A Fish...

Ini adalah sedutan dari filem animasi Finding Nemo. Sedih tengok bagaimana Marlen ( bapa Nemo ) mencari anaknya ( NEMO ) yang hilang di lautan. Anak2 aku yang berusia 2 1/2 tahun pun dah faham plot cerita ni...siap boleh cakap kat aku : " Ayah...sian ikan nangiss Yah.."

Nampaknya, langkah pertama aku dah berjaya. No wonder anak2 aku skang suka ikan....

Ini adalah watak jerung ( BRUCE jerung yang tengah )...Jerung ni siap buat ikrar tak nak makan ikan kecil....Banyak maksud tersirat di sebalik ikrar tu walaupun penyampaiannya bersahaja dan lucu.

Beberapa babak screen shot Finding NEMO...

Salah satu perkara yang aku belajar dari cerita ni, jangan terlalu mengongkong anak2 dari meneroka dunia luar...boleh mengongkong tetapi biar berpada...jika terlalu mengongkong, ia boleh menyebabkan anak2 benci kepada kita...let it go dengan apa yang dia minat...

Bagaimana cara nak berkawan dengan haiwan lain pun ada diselitkan dalam filem ni...mengajak kita supaya menghormati haiwan atau spesis2 yang selain dari manusia...

Babak Marlen mengingatkan kepada Mr Ray ( Ikan Pari ) supaya jangan berenang terlalu laju kerana NEMO masih kecil..takut2 dia tercicir...Mr Ray cakap jangan risau, dia dah berpengalaman dalam hal ni...dia akan pastikan semuanya di dalam kumpulan..

Marlen telah berjumpa semula dengan NEMO yang hilang tu...happy ending, suka jer aku tengok diorang...

SALAH SIAPA SEKIRANYA ANAK KITA MEMBENCI HAIWAN?

Screen shot di bawah adalah watak DARLA yang selalu membunuh ikan...watak DARLA ni amat dibenci oleh ikan2...setiap kali dia datang, pakciknya akan menghadiahkan seekor anak ikan untuk dijadikan permainannya dan menyebabkan anak ikan tersebut terbunuh...

Kalau boleh, anak2 kita jangan jadi macam ni...tak baikk....cian kat ikan...aku tak nak salahkan saper2 kalau anak2 kita benci kat haiwan..tepuk dada, tanya HERO...ha ha ha

babai, jumpa lagi di lain entri...komenla banyak2 tau...penat aku perah otak ni...ha ha ha

Monday, June 28, 2010

Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi Yang Nak Jaga Mereka...??

Semalam aku pergi kat satu kedai kasut kat area rumah aku ni. Aku tergelak tengok kasut ni...korang rasa apa yang aku gelakkan??

~~~~~~




~~~~~~



~~~~~~

Korang tengokla lambang kat kasut tu...yang tu lambang PUMA ke lambang PAKTAM tengah serang HERO??? ha ha ha

Kat bawah ni gambar BABY...tunggu masa nak beranak dah....Si Baby ni pun aku tak tahu datang dari mana...Tau2 jer ada kat umah aku...mungkin dia rasa umah aku ni sesuai dijadikan tempat beranak kot...tak pe, aku ok jer...baby boleh beranak kat umah papa yeh...papa dah lama tak jadik bidan...





Beberapa hari lepas, wife aku terkejut kenapa bulu Pak Tam tiba-tiba jadi panjang plak?? Macamana Pak Tam boleh bertukar bulu??


Rupa2nya, ada family baru laaa....kucing betina ni tak tau datang dari mana...nampak gaya mcm baru lepas beranak sebab 'ketet' dia ada bekas2 baru lepas menyusukan anak.. tapi,, mana plak anak dia ni???alaa, sian plak kat anak dia bila aku fikir2kan...


Esok pagi, aku tengok kucing betina ni tercongok kat depan car porch..terus wife aku bagi dia piskis...Hero?? Tercengang2 dia usha kucing ni dari dalam rumah....maklumlah, ada kucing janda baru...cun plak tu...bulu dia panjang, ada kacuk parsi sket...


Sedapnya Mak Tam makan piskis...pasni pergila tgk2 anak tu yer...tengoklah dia makan piskis tu...terjelir2 lidah....


Mamat ni??? dari tadi mengayat Mak Tam tak dapat..Pak Tam ni kan bawah umur lagi...mana leh ayat awek....kalau abg Hero tu bolehla...dia memang dah expert ayat-mengayat ni....skang aku dah ada Pak Tam & Mak Tam...yeaaa.....muka memang sama giler....cuma Pak Tam ni kucing kampung, bulunya pendek dan boleh nampak tulang rusuknya yang kerempeng tu...


Sama tak dgn Mak Tam ni??? ( secara rasminya aku namakannya Mak Tam )


Sama macam Pak Tam kan?? Wife aku terkompius malam tadi...ha ha ha ...kelakar betul...



Yang ni?? anak sape lah yang bersepah ni...inilah yang menjadi masalah di negara kita ni...pandai bela tapi tak nak jaga betul2....anak2 anjing ni berkeliaran di kawasan perumahan...aku tak tau samada anjing ni bertuan atau tidak...bila jumlah anjing liar ini bertambah, ini amat merunsingkan penduduk sekeliling...lepas tu bila ditangkap pihak berkuasa, mereka pula tiada pilihan lain selain dari membunuh haiwan2 yang comel ni akibat peningkatan kos...siapa yang harus dipersalahkan?? fikir2kanlah yer...kalaulah aku ni kaya, memang aku pungut diorang ni...akan aku beli sebidang tanah siap dengan penjaganya sekali,, pastu aku campak semua haiwan2 terbiar kat dalam tu....buatkan taman untuk diorang lepak...sambil2 tu, tempat ni akan aku buka untuk orang awam...sesaper yang nak bagi sumbangan wang atau ubat-ubatan amat dialu2kan....nama tempat tu HERO's GARDEN...ha ha ha


Yang ni plak gambar kucing mak mertua aku..Peace namanya...dulu, kalau aku datang kat rumah mak mertua aku, selalu aku bermain2 dengan dia..Peace ni juga pada asalnya adalah kucing yang terbiar....mak mertua aku bela dia semasa dia masih baby lagi...

Tapi, keadaan sekarang dah berubah...nalurinya sebagai kucing jantan dewasa memang sudah tak boleh dinafikan lagi...Peace sudah mempunyai haluan hidupnya sendiri. Kadang2, dia ada juga balik ke rumah mak mertua aku untuk tumpang makan dan tidur...lepas tu dia hilang semula....kadang2 dia bawak balik cicak mengkarung ke rumah mak mertua aku...ha ha ha


Bulunya dulu putih bersih...tapi sekarang dah menjadi pudar....kesian kat dia, kadang2 aku terjumpa Peace di bawah flat dengan keadaan bulunya yang tidak terurus...teringat dulu mak mertua aku rajin memandikan Peace...

Nampaknya, Peace masih mengenal aku...dia gesel2kan kepalanya kat kaki aku....


Sekarang Peace mempunyai haluan hidupnya sendiri....babai Peace....


Kisah Hero ni sumer orang tau....Pak Tam memang tak leh beat dia...dah berpuluh2 kali lawan pun, Hero masih tegap berdiri...ha ha ha ...apa tak nya,, lawan macam Dinasour T-REX ....Cik Siti Fatimah kita kata, soh anta Pak Tam ni ke Gunung Ledang untuk bertapa supaya boleh kalahkan Hero...aku nak suruh Pak Tam belajar silambam dgn Mak Tam plak....


Hero memang tak boleh turun pada aras yang banyak anak tangga....so, aku lah yang kena bawak dia turun...boleh tgk banyak lagi video dia KAT SINI


Ok, berjumpa lagi di lain entri...bubbyee...

Top